BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Google baru-baru ini memperkenalkan model penjanaan dan penyuntingan imej kecerdasan buatan (AI) baharu yang dikenali 'Nano Banana'. Kini, syarikat itu berkongsi betapa popularnya ciri baharu tersebut. Sejak dilancarkan pada 27 Ogos, eksekutif Google Josh Woodward berkata lebih 200 juta imej telah disunting menggunakan ciri ini, dengan lebih 10 juta pengguna Nano Banana merupakan pengguna baharu Gemini. Populariti ciri penyuntingan imej ini turut mendorong muat turun aplikasi, menjadikan Google Gemini kini berada di tangga kedua bagi kategori aplikasi percuma di Apple App Store dan Google Play Store.
1757333947601.png

Buat pengetahuan, nama rasminya ialah Gemini 2.5 Flash Image, tetapi Google sendiri lebih kerap menggunakan nama kod Nano Banana di pelbagai platform dan terus "melekat" hingga kini. Malah, kini terdapat emoji pisang dalam bar arahan Gemini, nama Nano Banana dipaparkan dalam AI Studio, serta wujud juga akaun rasmi @NanoBanana di platform X. Model penyuntingan imej ini popular kerana kemampuannya mengekalkan konsistensi watak. Ia juga membolehkan pengguna menggabungkan beberapa imej, menukar latar belakang dan sebagainya. Ketika ini, terdapat beberapa prompt yang sedang tular di seluruh dunia, dan salah satunya ialah penjanaan imej gaya figura yang membolehkan foto ditukar menjadi karakter kreatif dengan hanya satu arahan. Walaupun begitu, pengguna disarankan untuk menggunakan ciri ini secara berhemah bagi mengurangkan pembaziran sumber tenaga AI.​
 
google dgn gemini, nano banana
openai dgn chatgpt, sora
 
Back
Top
Log in Register