BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM kaji iklan 'potong'

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan "potong" secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie, berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.

"Bila kita kata potong ini...lucah sangat la...kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada berkhatan).

"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.

Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang meminta beliau meringkaskannya.

"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya berseloroh.

Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa ahli Dewan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091110183256/Article/index_html
 
banyak implikasinya .. dah potong .. nak pulak .. apa ke jadahnya ..
 
iklan ni sungguh berkesan sehingga memberi kesan yg mendlm... mari kita POTONG! PONTONG!!
 
buat apa aku POTONG kalu servis terukkkkk!
 
kalo tak potong jadik dominan pulak .. susah aa kalo dia je monopoli ... kalo byk pesaing bagus utk pengguna
 
Back
Top
Log in Register