BTC USD 82,712.4 Gold USD 4,114.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Skim ponzi surat berantai

aku dah join dlu...
tp takder org nak masuk....
so smpi skang tak dapat aper2...

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Kat ne ko pomot? Kan ke ni nk kena pos flyers. U ada pos x? Ada banyak cara nk pomot bende nie, pos flyers, edarkan flyers kt masjid atau parking kete. pi la upah budak2 suruh edarkan flyers ni kt parking kete & sebagainya. Atau pi upah tokey kt kedai jual suratkhabar, mntak selit flyers tu kt dlm paper/majalah. Memang nak kena usaha..kalau x usaha mana duit leh masyuk bro...
 
Aku bg lg tips, kalau u all pegi kemana2 jgn lupa bawak sama flyer @ risalah program nie, pas tu edarkan laa..so dh jimat setem. Singgah la kt mana2 perhentian kt lebuhraya, pi tinggal kt toilet ka, surau ka..tingge la bnyk cket...so kalau ada org nmpk & berkenan mereka akan ambik flyers tu & bwk balik. Lagi pun bende ni tiada paksaan, kalau mereka minat mereka akan masuk.

Lg satu idea,kalau hang dok kt flet pi masuk risalah nie kt semu peti surat yg ada kt flat tu. Pi selit kt cermin kete kt parking lot. Tak rugi mana pun..try laa..bukannye ada org nk saman pun
 
Kalau ada sesapa yg minat nak join, leh la KLIK ke blog nie
JUTAWAN KUTU PINTAR. Dapatkan borang di situ. Download & Print. Bila nk join pos jer ke alamat HQ yg ada di borang tu
 
Salam.
Maaf menyelit.
Mungkin ramai diantara kita tidak tahu tentang hukum.
Kepada yg tahu mungkin harus saya sampaikan kpd yg tidak tahu.

Saya mungkin btol.. saya mungkin salah.. tapi apa salahnya kepada kita semua yg nak join skim2 mcm nih.. kita carik ustad ekonomi dalam islam bertanyakan tentang hukum bermain kutu dan sebagainya.

kerana pada fahaman saya apabila kita bermain pusingan duit, kita hanya memusingkan duit. takder faedah lain yg kita buat selain memusing duit.

Kalau kilang kopi menghasilkan kopi, kalau kampeni teksi sediakan khidmat kenderaan, maksudnya perniagaan2 mcm ni ada mengeluarkan produk/perkhidmatan. Produk dan perkhidmatan inilah yg menjana pendapatan dan eknomi negara.

Tapi bila kita h anya memusing duit, kita tidak membuat ape2 pekerjaan yg berfaedah, selain hanya duduk dan tunggu duit. tidak menjana ekonomi, tidak menghasilkan produk gunaan harian atau ape2 perkhidmatan yg org ramai perlukan.

adakah hukumnya riba? saya kurang pasti tapi mungkin pada sesiapa yg ada kenalan2 yg mahir dalam ekonomi islam tolong2 lah bertanyakan..
mana tahu dapat kita kongsikan bersama. tidak salah kalau kita selidik dan berhati2
 
Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

Ini pendapat saya..saya memang x setuju bab yg ini...kalau u all ada pandangan sendiri, itu hak masing2

Bagi pandangan saya, setiap pelaburan memang orang nak untung. Tak kira buat bisnes apa, mana ada orang tak nak untung. semua orang nak untung. Orang gila jer buat bisnes x nak untung. Sekurang2nye kalau x untung pun kita nak pulang modal balik. Betul x? Dalam bab nie x payah la kita nak sebut riba2 nie sebab kita menyimpan di ASB pun dh ada unsur riba...Kenapa hal nie x de di keluarkan fatwa. Anda tahu ke kemana wang anda dilaburkan. Kalau ada yg rasa x nak mkn riba, baik korang cepat2 kuarkan simpanan korang di bank @ asb. Semua tu ada riba...

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana semestinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

Dah adat berniaga memang ada kalanya kita akan mengalami kerugian, bukan semua orang bernasib baik sekali berniaga dah boleh terus untung. Syarikat2 besar pun ada yang gulung tikar sebab mengalami kerugian, itu tak pelik la
1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Syarikat tidak menjanjikan pulangan, setiap pulangan @ keuntungan adalah atas usaha individu @ ahli itu sendiri. Tak de usaha x dapat la pulangan & keuntungan.
Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid

Ada setengah ahli, mengeluarkan modal lg utk kos iklan dan sebagainya. Bukan semata2 modal RM121 utk join tu lps tu terus boleh untung. Ini bukan program yg dok diam dapat untung. Kena usaha. Tiada usaha memang tak akan mendapat pulangan. Jadi saya memang tak setuju sgt kalau program ni dikatakan haram.

Kalau kita edarkan risalah tanpa henti, kita akan mendapat pulangan lebih. Ada kalanya orang yg dibawah sekali boleh menjana pendapatan lebih drp org yg join lebih awal.

Kalau ada sesapa yg kata dh buat bene nie, tapi x dapat pulangan, tanya pada diri anda sendiri, setakat mana usaha anda?

Ada buat iklan, ada edarkan risalah. Setiap program, perniagaan, pelaburan memang nak kena buat promosi. Tak ada promosi mcm mana orang ramai nak tau, mcm mana orang nak join, mcm mana orang nk beli...anda perap risalah tu....:eek::eek:
 
Wah Bezita.. backup kaw2 nampaknya program kutu pintar yer.. satu masa dulu memang ada program kutu guna wang pos yang meletop.. ramai jadi berduit sekejap waktu tu... 3 tahun lepas rasanya.

Tapi skrg ni tk tau pulak camne, tk pernah lak sesiapa yang genuine pernah approach.
 
Wah Bezita.. backup kaw2 nampaknya program kutu pintar yer.. satu masa dulu memang ada program kutu guna wang pos yang meletop.. ramai jadi berduit sekejap waktu tu... 3 tahun lepas rasanya.

Tapi skrg ni tk tau pulak camne, tk pernah lak sesiapa yang genuine pernah approach.

Yang sekarang ni makin bertambah pintar...:)
berminat ker?...boleh pm aku.
:D
 
Back
Top
Log in Register