BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim pelaburan celcom i talk: Doktor jadi mangsa sindiket tipu

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Pengamal perubatan labur RM400,000 dalam skim Celcom I Talk-Prabayar

KANGAR: Seorang pengamal perubatan antara 50 mangsa penipuan membabitkan nilai pelaburan dipercayai bernilai lebih RM4 juta menerusi skim dikenali ‘Celcom I Talk-Prabayar’ di sini, dan sekitar Kedah.
Sindiket dipercayai didalangi dua lelaki masing-masing berusia 41 tahun menjanjikan keuntungan 10 peratus terhadap nilai pelaburan dalam tempoh 10 hari hingga menarik minat ramai individu menyertainya. Mangsa, Dr Hazlimi Salim, 45, berkata beliau melabur hampir RM400,000 menyertai skim terbabit selepas terpedaya dengan keuntungan mudah ditawarkan individu dikenalinya itu pada 2007.

“Saya membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank salah seorang daripada dua individu berkenaan membabitkan jumlah RM385,000. Sebahagian besar wang terbabit saya peroleh menerusi pinjaman bank.

“Pada minggu pertama pelaburan bermula Mac 2007, mereka memasukkan keuntungan 10 peratus daripada jumlah pelaburan hingga menarik minat saya menambah jumlah pelaburan,” katanya ketika ditemui di cawangan New Straits Times Press (NSTP) Kangar, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya menyedari menjadi mangsa penipuan berkenaan selepas dua bulan skim beroperasi apabila pihak penganjur gagal memasukkan keuntungan dijanjikan, malah dua penggerak utamanya menghilangkan diri dan gagal dihubungi.
Sehubungan itu, katanya, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Kuah, Langkawi iaitu pada 25 Oktober 2007 disusuli setahun kemudian pada 22 Oktober 2009 selepas tidak berpuas hati dengan proses siasatan terhadap laporan berkenaan.

“Saya pernah menyiapkan laporan lengkap berhubung rasa ketidakpuasan hati terhadap proses siasatan di Langkawi bagi dihantar kepada Ketua Polis Negara, tetapi terbantut selepas dinasihatkan pegawai polis di Langkawi,” katanya.

Dr Hazlimi yang mempunyai klinik sendiri di Langkawi berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui perkembangan kes itu walaupun maklumat lengkap, termasuk individu yang menganjurkan skim terbabit sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes berkenaan.
 
doktor yang educated pun kna scam....patik pun tak paham(mintak maaf cakap orang melayu mudah sangat parcaya benda2 mcm ni....dgn kata lain nak cari kesenangan dengan cara yang mudah....) pada fahaman patik...untuk senang bukan dengan cara yang senang...kena kerja kuat. patik pun penah kena benda2 mcm ni....masa jahil dulu dulu la.....lepas kna skali patik tobat tak ikut...walaupun pelaburannya cuma 10sen aje....
 
doktor cerdik bahagian rawat orang .. tapi bab tipu .. lecturer dia tak ajar dulu, dan kena belajar dari luar .. so .. dia tak sempat belajar .. dah kena ..
 
jangan tunggu dah kena mcm sosilawati baru nak siasat
 
orang nak scam ni macam2 gaya.. mulut manis xpayah cakap.. kita dok dengaq orang kena scam, kita kata mcm2 kt org yang kena scam tu. jangan sampai kena batang idung ja.. baru tau langit tu tinggi ka rendah..

bukan nak senang cepat, depa cuma nak tambahkan lagi rezeki depa dengan cara pelaburan.. kalau kata nak senang cepat, takkan doktor tu saja2 nak bagi 400k mcm 2 ja.. dia pakai duit tu ejoy pn senang gak.. bwt pa susah2 bagi kat orang..


tapi, apa2 pn, pihak berkuasa patut ambil tindakan yang sewajarnya..
mcm2 scam skrg nih.. so, yang betoi2 bwt keja pn kena tempias..

harap2 warga CG xdak yang scammer..

TQ
 
orang nak scam ni macam2 gaya.. mulut manis xpayah cakap.. kita dok dengaq orang kena scam, kita kata mcm2 kt org yang kena scam tu. jangan sampai kena batang idung ja.. baru tau langit tu tinggi ka rendah..

bukan nak senang cepat, depa cuma nak tambahkan lagi rezeki depa dengan cara pelaburan.. kalau kata nak senang cepat, takkan doktor tu saja2 nak bagi 400k mcm 2 ja.. dia pakai duit tu ejoy pn senang gak.. bwt pa susah2 bagi kat orang..


tapi, apa2 pn, pihak berkuasa patut ambil tindakan yang sewajarnya..
mcm2 scam skrg nih.. so, yang betoi2 bwt keja pn kena tempias..

harap2 warga CG xdak yang scammer..

TQ
 
Back
Top
Log in Register