BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SJMC Lancar Makmal Kateterisasi Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,562
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,562
Reaction score
322
Points
141
5e4e779376b2085ba55f0fa24c10a951688dd7e519d5a

9b9b0f0e53026c6199395f812d21ccf1688dd7fc1f128

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kanan) dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan bergambar kenangan bersama waris keluarga Datuk Dr Anuar Masduki pada perasmian Makmal Katerisasi Jantung bagi menghargai Datuk Setia Dr Anuar Masduki sempena Ulang Tahun Ke-40 di Pusat Perubatan Subang Jaya hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Bryan Lin (kiri) dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Asia OneHealthcare, Dr Chan Boon Kheng (dua, kiri).

Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) hari ini merasmikan makmal kateterisasi (Cath Lab) baharu dinamakan sempena Datuk Dr Anuar Masduki, sebagai penghormatan kepada beliau yang merupakan antara pakar kardiologi dan perubatan paling disegani di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SJMC dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Asia OneHealthcare Bryan Lin berkata majlis perasmian yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu juga menandakan ulang tahun ke-40 SJMC.

Lin berkata Dr Anuar merupakan antara pengasas awal pasukan perubatan SJMC dan pernah berkhidmat sebagai pakar kardiologi peribadi kepada Sultan Selangor.

“Detik ini amat bermakna kepada kami di SJMC dan semua mengenali Allahyarham Dr Anuar, seorang yang berwawasan dan perintis dalam bidang kardiologi. Dedikasi, kebijaksanaan dan belas ehsan beliau meninggalkan kesan berkekalan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Sebagai rakan, kawan sekerja dan doktor, beliau seorang yang merendah diri, boleh dipercayai serta sentiasa mengutamakan pesakit pada setiap masa diperlukan.

“Menamakan makmal ini dengan penghormatan kepada Dr Anuar merupakan cara kami mengekalkan legasi dan mengiktiraf nilai diamalkan beliau, yang akan terus memberi inspirasi kepada kami di SJMC,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian makmal itu.

Turut berangkat pada majlis itu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Lin berkata makmal baharu itu mula beroperasi pada Mei, dengan pelaburan sebanyak RM14 juta.

“Makmal ini memperluas keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan penjagaan peribadi melalui diagnosis dan rawatan masalah jantung kompleks menggunakan teknik invasif minimum termasuk angioplasti dan elektrofisiologi terkini.

 
Back
Top
Log in Register