BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Situasi tegang di Mesir memuncak

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_01.1.jpg

BEBERAPA penyokong membawa sepanduk dan potret calon Ihkwanul Muslimin, Mohamed Morsi dalam tunjuk perasaan
di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KAHERAH - Situasi tegang di Mesir memuncak semalam selepas pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ichwanul Muslimin memberi amaran konfrantasi akan berlaku sekiranya calon mereka, Mohamed Morsi tidak dinamakan sebagai Presiden Mesir yang baharu.

Kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya Presiden yang diadakan pada 16 dan 17 Jun lalu meningkatkan kebimbangan Ichwanul Muslimin bahawa pemerintah tentera merancang untuk merampas kuasa.

Seorang pemimpin Ichwanul Muslimin turut memberi kata dua bahawa keadaan buruk akan tercetus jika pesaing Morsi yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan.

Terdahulu, suruhanjaya pilihan raya menyatakan, pihaknya terpaksa menangguhkan pengumuman rasmi keputusan pilihan raya yang dijadualkan semalam.

Kelewatan tersebut ekoran suruhanjaya berkenaan masih menyiasat dakwaan penipuan daripada kedua-dua calon yang bertanding.

Akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram melaporkan, kempen Shafiq menuduh pasukan gerak kerja Morsi mencetak hampir sejuta kertas undi palsu.

Bagaimanapun, Morsi dalam kempen pasca pilihan raya menafikan tuduhan tersebut.

Sebaliknya, beliau menuduh kem Shafiq merasuah pengundi.

Perkembangan membimbangkan itu berlaku ketika bekas Presiden Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak sejak kelmarin.

Bekas pemimpin berusia 84 tahun itu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat di sebuah hospital tentera di sini selepas diserang strok di penjara. - AFP
 
adesss, camano ni, den baru nk tggu bukak pintu sempadan palestin nun
 
oh ikhwanul muslimin yer....
hmmmmmmm
 
Salahkan tentera yang zalim, bukan rakyat Mesir yang dizalimi.
 
Semoga pihak tentera menyerahkan kuasa kepada pemimpin yang telah dipilih rakyat mesir, Mohamed Morsi sebagai presiden baru mereka.
 
kat potret tu ade lambang dacing,parti BN kah itu???
 
lambang dacing tu.. BN wujud di mesir.. :D
 
israel mesti takut punya kalo ikhwanul muslimin kuasai mesir.
 
ni semua agenda Amerika..
nak lindungi Israel..

pakat2 doa belako..
islam kembali tadbir mesir..
 
Back
Top
Log in Register