BTC USD 82,755.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Kasim sertai PBM

afwan83

Active+ Member
Messages
3,468
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,468
Reaction score
13
Points
25

Siti Kasim sertai PBM​

8e4c3e3a-peguam-siti-zabedah-kasim-fmt-18725.jpg

Peguam dan aktivis, Siti Kasim sebelum ini berkata beliau enggan sertai parti politik kerana kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan bertindak mengikut hati nuraninya amat penting baginya.

Siti, yang bertanding sebagai calon bebas pada PRU15, berkata sebelum ini beliau enggan menyertai parti politik kerana kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan bertindak mengikut hati nuraninya amat penting baginya.

“Saya bersetuju menyertai PBM kerana kepimpinannya bersetuju menghormati kebebasan itu. Saya akan kekal bebas untuk menyuarakan pandangan dan memperjuangkan perkara yang saya yakini. Prinsip dan suara saya bukan sesuatu yang sanggup saya korbankan demi keahlian politik.

“Menyertai parti tidak bermakna saya memberi sesiapa kebebasan untuk berbuat sesuka hati. Saya akan terus bersuara menentang ketidakadilan dan meminta mereka yang berkuasa bertanggungjawab, termasuk mereka yang berada dalam pihak saya sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Siti berkata beliau akan terus memperjuangkan nasib Orang Asli, kebebasan berperlembagaan, kesamarataan dan golongan terpinggir sebagai anggota PBM.

Peguam itu mengetuai sekumpulan calon bebas dikenali sebagai Gerak pada PRU15 dan bertanding di kerusi Parlimen Batu yang menyaksikan persaingan sengit.

Siti hanya memperoleh 653 undi dan hilang wang deposit, manakala calon PKR P Prabakaran dipilih untuk penggal kedua sebagai Ahli Parlimen Batu dengan majoriti 22,241 undi.

Siti sebelum ini lantang mengkritik dasar konservatif dan pernah membangkitkan keperluan memisahkan agama dengan kerajaan.

Pada Julai 2023, bom ditemui di bawah keretanya ketika kenderaan itu menjalani penyelenggaraan rutin, dengan polis kemudian mengesahkan objek berkenaan sebagai alat letupan buatan sendiri.
 
Back
Top
Log in Register