balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Sebahagian ETA di Terengganu dan Pahang yang akan ditempatkan selama 10 bulan di beberapa sekolah terpilih.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Seramai 15 pembantu guru Bahasa Inggeris akan ditempatkan di beberapa sekolah menengah terpilih di negeri ini, bermula penghujung bulan ini.
Mereka sebahagian daripada 100 siswazah muda dari Amerika Syarikat yang menyertai program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) bagi sesi 2015 yang ditempatkan di beberapa negeri selama 10 bulan, sehingga Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, program itu dikendalikan bersama antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (Macee).
“Sebenarnya program ini bermula di Terengganu sejak 2006. Malah sehingga tahun lepas sahaja, seramai 146 sukarelawan ETA telah membantu anak Terengganu dalam memperkukuhkan kemahiran Bahasa Inggeris di dalam dan luar sekolah.
“Kerajaan sangat memberi tumpuan berkaitan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Jadi kita harapkan pengetua dan guru ambil ruang dan peluang ini untuk berkongsi ilmu yang ada bagi meningkatkan motivasi serta penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan ETA Tahun 2015 yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Macee, Dr James Coffman.
Kata beliau, buat pertama kalinya pada tahun ini, KPM mengadakan Kursus Orientasi mengikut zon yang diadakan serentak di seluruh negara.
Zon Timur yang melibatkan Terengganu dan Pahang diadakan di negeri ini, bertujuan memudahkan guru ETA ini mengenal sosiobudaya di Pantai Timur.
“Ada beberapa sensitiviti yang perlu kita ambil tahu kerana masyarakat kita masih berpegang teguh kepada adat, tatasusila dan agama. Oleh itu kita nak ETA kita diberi pendedahan.
“Mereka perlu didedahkan dan diberi informasi yang jelas tentang apa yang boleh dan tak boleh serta bagaimana sistem kehidupan kita di Pantai Timur khususnya,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/siswazah-luar-negara-ajar-bi-1.355762