BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siswa demo bantah UIA batal program Saifuddin

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
0f0959e868591914f5823724ab3e01b5.jpg

Sekumpulan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengadakan demonstrasi susulan pentadbiran universiti yang membatalkan program bicara buku elektronik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada saat-saat akhir, Isnin lalu.

Kira-kira 200 mahasiswa pro-Mahasiswa (Pro-M) UIA berhimpun mengadakan bantahan tersebut keranaa kecewa dengan pembatalan program itu.

Bantahan diadakan di perkarangan masjid universiti, selepas solat Jumaat tadi.

50258409c4b620c278aeff3e73f1c4d6.jpg

Jurucakap pro-M UIA Mohd Eikhwan M Ali berkata pihaknya juga mengadakan bantahan kerana percaya terdapat campurtangan "luar" terhadap pentadbiran universiti berhubung pembatalan program itu

Bagaimanapun, mahasiswa fakulti kejuruteraan itu, enggan menyatakan dengan jelas pihak "luar" yang dimaksudkan.

"Kalau nak buat pembatalan, kenapa tidak dibuat semasa (peringkat awal mahasiswa) menghantar kertas kerja cadangan? Kenapa dibatalkan pada saat-saat akhir?

"Kita menolak sikap berprinsip pentadbiran untuk mempertahankan hak mahasiswa dan UIA. Tidak boleh (ada) campurtangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

8e9f1bfcd6c875757705fcb0b061c37d.jpg

Dilaporkan universiti berkenaan dikatakan telah membatalkan program bicara buku Saifuddin dengan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan.

Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak dibatalkan pada saat akhir dan ia ditangguh ke tarikh lain.

Selain kes Saifuddin, terdapat beberapa perkara lagi yang dibangkitkan kumpulan mahasiswa itu, antaranya dakwaan UIA terlibat dalam pembatalan penyertaan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Mohamad Iqbal Ab Wahab dalam program televisyen Hujah bulan lalu.

Bantahan juga bagi menuntut kebebasan akademik ekoran penggantungan sementara tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang UIA bulan lalu berhubung kenyataannya terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama.

sumber
 
Budak2 Universiti ni kuat betul berdemo..
 
hidden hand mcm cilaka nie..
 
Back
Top
Log in Register