combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: SIRIM Berhad
SIRIM Bhd hari ini melancarkan Jelajah Kesediaan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus), Program Pensijilan Personel dan Khidmat Nasihat Laporan Kelestarian di bawah Pelan Hala Tuju Kelestarian MADANI untuk memperkukuh penerapan amalan ESG dalam kalangan industri Malaysia.
SIRIM dalam satu kenyataan berkata inisiatif itu selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan agenda Kerajaan MADANI bertujuan untuk memajukan pembangunan perindustrian mampan.
Selain itu ia juga bertujuan memperkukuh daya saing Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dalam sektor pembuatan dan berkaitan, termasuk yang disepadukan ke dalam rantaian bekalan antarabangsa.
Menurut SIRIM, program tersebut menyediakan panduan teknikal, pembinaan kapasiti dan pensijilan kepada organisasi yang mengambil bahagian untuk menyepadukan ESG ke dalam operasi utama mereka.
“Sebagai rakan strategik industri, SIRIM merangka inisiatif ini untuk mengubah ESG daripada perkara pematuhan kepada pemacu pertumbuhan yang mampan, cekap dan menguntungkan, bermatlamat memperkasakan syarikat Malaysia untuk menerima guna ESG dan meningkatkan daya saing di pentas global," katanya.
SIRIM berkata program itu menangani cabaran industri yang biasa seperti kepakaran ESG dalaman terhad dan kos perundingan luaran tinggi.
Pendekatan berstruktur SIRIM menawarkan sokongan praktikal yang kos efektif, termasuk panduan tentang penyediaan laporan kelestarian selaras dengan piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI), yang dapat meningkatkan kredibiliti dengan pelabur dan mengukuhkan perkongsian rantaian bekalan.
Menurut kenyataan itu, organisasi yang layak boleh memohon Program Geran ESG-NIMP, yang menyediakan 80 peratus pembiayaan kerajaan dengan 20 peratus sumbangan bersama syarikat.
"Geran ini disasarkan kepada PKS dan syarikat peringkat pertengahan, termasuk pengeksport dan firma dalam sektor pelepasan karbon tinggi, untuk melaksanakan amalan ESG dengan berkesan.
SIRIM Lancar Program Kesediaan ESG Perkukuh Kelestarian Industri Malaysia
SIRIM Bhd, ESG, kelestarian, kesediaan, PKS, NIMP