BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singapura: ISA masih relevan

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih terus relevan dan penting sebagai usaha terakhir memelihara keselamatan negara.

Kementerian itu menegaskan ISA hanya diguna pakai untuk menangani ancaman subversif, pelampau kaum dan agama seperti menghasut kebencian kaum dan agama, keganasan, pengintipan dan terorisme.

Dipetik Bernama Online, katanya, kerajaan mengambil perhatian terhadap pemansuhan ISA oleh kerajaan Malaysia dan menggantikannya dengan perundangan baru bagi mencegah ancaman subversif, jenayah terancang dan tindakan jenayah.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah mahu memansuhkan ISA menerusi perutusan Hari Malaysia kelmarin.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura menambah, ISA di Singapura dan Malaysia mungkin mempunyai persamaan ketika dibawah jajahan British tetapi kedua-dua negara dan fabrik masyarakat dan politik telah berubah mengikut peredaran masa.

Seseorang yang ditahan mengikut ISA di Singapura ditahan sehingga 30 hari dan kemudian Perintah Tahanan atau Perintah Terhad perlu dikeluarkan dan sekiranya gagal mengeluarkan perintah itu maka tahan itu dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Sejak 1991, Presiden Singapura mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan kerajaan untuk menahan seseorang mengikut ISA sekiranya Lembaga Penasihat ISA, yang dipengerusikan oleh seorang Hakim Mahkamah Agung, mengesyorkan pembebasan tahanan tersebut.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura berkata kerajaan Singapura menggunakan ISA dengan berhati-hati dan hanya diguna pakai terhadap individu yang mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Katanya tiada individu pernah ditahan mengikut akta itu semata-mata kerana kepercayaan poltitik masing-masing.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/singapura-isa-masih-relevan/
 
apahal singapore nak jd batu api pulak nie..
 
apahal singapore nak jd batu api pulak nie..

tak kan tak tau bro ..

derang nie memang spesis cam tuh .. sama gak ngan anak didik dia kek sini ..

kasik bom satu kali .. baru ader akai ..

:)
 
yang biru tuh malaysia tak pernah buat...yang merah tuh pula..keputusan tahanan ISA mengikut budibicara Menteri Dalam Negeri..
 
apahal singapore nak jd batu api pulak nie..

TT ni umpama the pot calling the kettle black.....:eek::eek:

Of topic kejap

Rupa-rupanya ramai yang salah faham terutamanya Melayu UMNO bila Mat Sabu menggelar Al-j.u.b.u.r.i. kepada Anwar. Bukan mengejek tapi adalah.. Tak percaya, cuba google Al-j.u.b.u.r.i....

Sebenarnya Mat Sabu ni dah lama jadi tag team Anwar yang ramai orang tak tahu......Donia...donia.....
 
Last edited:
pendapat dari kawan aku yang agak optimistik

aku tak setuju ISA ni mansuh..! ni semua tak tik mereka-mereka ni utk selamatkan diri..

kalau mansuh.. esok BN kalah pilihanraya.. mana kita nak sumbat kan mereka2 yg keruk habis duit Negara ni?

Ini sama macam Thaksin di Thailand.. sebelum kejatuhan beliau.. beliau dah plan 'exit strategy' dgn cantekk punya..

beberapa akta di pinda utk tidak membolehkan para pemimpin dan bekas pemimpin di dakwa.. serta passport tidak boleh di tahan serta ekstradisi tidak di bolehkan..

nah.. memang dia kalah pun pilihanraya selepas tu.. dan.. dia terus jalan saja plan dia.. dan dia selamat hingga kini.! kaya raya di luar negara.. memimpin Negara melalui proksi2 dan patung2 yg telah pun di letakkan dalam kerajaan sebelum kejatuhan.

Kini Thaksin kembali ke area politik Thailand.. terima kasih kepada 'adik' nya Smiling Yingluck..! Yingluck dah pun angkat sumpah perdana menteri baru.. , 1st thing Yingluck akan buat adalah? - drop semua charges ke atas abangnya.. dan membenarkan abangnya kembali ke Negara thai .. menjadi rakyat biasa.. !

~~

Back to Malaysia... scenario yg bakal terjadi .. sebaik saja BN kalah.., 1st.. pemusnahan segala bahan bukti korupsi.. dan segala penyalahgunaan wang .. kuasa dan apa saja.. alah.. sama macam apa yg terjadi kt pejabat PKNS selangor.. bilamana staff sibuk betul memusnahkan semua rekod2 di pejabat MB! kalau tidak.. mat toyo tu.. dah tersumbat dalam ISA skang ni.. kalau ada segala bukti tu. selamat dia.. segala projek2 perumahan dia selamat.. dan proses2 pengambilan Tanah bekas trek batu tiga tu pun.. takde apa2 rekod pun dah..

So.. back to parlimen.. lepas pemusnahan rekod berlaku.., dalam orang sibuk2 nak take over negara., bijan dan kuncu dah ready dgn flight ke luar Negara dulu.. , rumah2 agam di luar Negara dah ready utk terima mereka. Korang ingat apsal dia pegi Australia masa raya baru ni? .. orang raya ktmalaysia.. dia tunjuk muka kejap pagi raya.. lepas tu dah ilang.. haa. preparation tu penting bro.. .

gedebuk ..gedebak.. lepas all the dust settled.. kerajaan baru pun summons AG utk prepare paper utk dakwa kerajaan dulu.. atas pelbagai kes penyalahgunaan kuasa. - kes cincin kepala batu besar tu lah.,. kes beg birkin complete collection lah.., kes travelling kos yg bukan2.. kes jabatan FLOM..! nah.. menangis laa sapa dok kt AG masa tu..! tapi.. most likely.. kes sukar nak di prosecute.. sbb banyak saksi.. bahan bukti.. dan benda2 berkaitan prosiding.. utk pendakwaan sukar utk di sediakan. bijan tersenyum di luar negara.. ! menantikan the return of the jedi..

sapa yg akan kembali!? haaa.. , ini ala-ala Bill Clinton lah.., lakinya terpaksa resign in grace pasal kes monica lewinsky.., pastu tunggu orang lupa sikit.. (tak lama.. 2-3 tahun aje).. , bini dia pulak bertanding next pilihanraya! dan sekarang Hillary Clinton adalah orang kanan Obama..!

So kat Malaysia - Bik Mama will surely akan cuba jadi pm wanita pertama di Negara ini (kalau pun skaarng pun dah Nampak dia asik overshadow bijan aje.. , raya pun dia ada slot sendiri.., hari Malaysia takde? ) .. so.. mmg boleh Nampak lah cita2 politik dia ni. sebab tu dia takde sedikit pun kemaluan.. utk 'over' macam tu.

fuh.. panjang teori konspirasi aku ..! tapi itu yg aku Nampak dari pelaksanaan segala benda baru ini. tak lain tak bukan.. utk menyelamatkan diri sendiri.. bila kalah nanti.!

PAda aku - BN is Doomed!! tak kira apa pun mereka buat.. damage yg telah berlaku terlalu besar! ekonomi Negara kita hampir musnah teruk oleh penjarah2 ni! kita tak patut lepas kan mereka ni.. mana kakitangan kerajaan yg masih ada rasa sayangkan Negara Malaysia ini.. haruslah sama2 menolong.. utk menyimpan apa saja rekod2 salah guna kuasa mereka ini. agar.. bila masa di perlukan .. semua dokumen2 ini akan 'timbul' di saat waktu perlu.

Selamatlah.. Malaysia raya.. Negara ku yang kucintai
 
Malaysia is Malaysia,Singapore is Singapore.Who cares?
 
Back
Top
Log in Register