BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singapura bebas anggota JI

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
SINGAPURA: Seorang anggota rangkaian Jemaah Islamiah (JI) Singapura yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang serangan ganas terhadap sasaran di Thailand, dibebaskan di sini, semalam.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan Arifin bin Ali @ John Wong Ah Hung, 48, kini diletakkan di bawah Perintah Terhad (RO) akta yang sama.

Arifin melarikan diri dari negara ini pada Disember 2001 apabila pihak berkuasa melancarkan gerakan bagi membanteras rangkaian JI.
Dia kemudiannya ditahan di Bangkok oleh pihak berkuasa Thailand pada Mei 2003 dan dihantar pulang ke Singapura.

"Semasa bersembunyi di Thailand, dia menyertai satu kumpulan yang merancang melakukan serangan ganas terhadap sasaran di negara itu," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu juga mengumumkan bahawa seorang lagi rakyat tempatan,yang menganggotai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Filipina dan ditangkap April lalu turut diletakkan di bawah Perintah Terhad selama dua tahun bermula 6 Mei lalu.

Ahmad Jalaluddin Sanawi, 53, telah menjalani latihan ketenteraan di kem MILF di Filipina dan terbabit dalam kegiatan memungut derma bagi menyokong perjuangan MILF.

"Ahmad meninggalkan Singapura pada Disember 2001 dan bersembunyi di luar negara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Dia bagaimanapun menyerah diri kepada polis tempatan April lepas," menurut kenyataan itu. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register