TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
WASHINGTON: Wanita yang baru memulakan tugas di sebuah pusat jagaan haiwan di sini, meninggal dunia selepas diserang seekor singa.
Alexandra Black, 22, pencinta hidupan liar baru bertugas sebagai pelatih selama 10 hari di pusat jagaan Burlington, Carolina Utara.
“Pusat jagaan sangat bersedih atas kejadian hari ini yang mengorbankan nyawa manusia,” kata pusat itu dalam kenyataan.
Menurut pusat jagaan itu, kejadian berlaku ketika pasukan penjaga yang diketuai pelatih haiwan profesional melakukan tugas pembersihan rutin sebelum seekor singa terlepas daripada sangkar lalu masuk ke ruangan petugas yang kemudian bertindak menyerang hingga menyebabkan kematian.
“Masih tidak dapat dipastikan bagaimana singa itu boleh keluar daripada sangkar yang ditutup dan sekelip mata berada di kawasan yang tidak berpagar,” kata kenyataan itu sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Alexandra dan mengumumkan penutupan sementara.
Pusat jagaan itu berkata, singa terbabit terpaksa dibunuh sebagai menghormati Alexandra.
Menurut laman web pusat jagaan itu, Alexandra, lepasan graduan Universiti Indiana, sudah bekerja selama beberapa minggu di pusat jagaan yang menempatkan berpuluh-puluh haiwan dan 21 spesies berlainan itu.
https://www.hmetro.com.my/global/2018/12/407422/singa-terlepas-sangkar-baham-penjaga