BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singa putih 'makan' tuan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
807782.jpg


HOEDSPRUIT - Seorang ahli konservasi hutan di Afrika Selatan maut selepas diserang dua ekor singa putih yang dibesarkannya di taman Safari di sini.

West Mathewson, 68, diserang oleh dua haiwan karnivor dengan berat sekitar lapan kilogram ketika dia membuka kandang untuk membawa haiwan itu berjalan pada waktu pagi, lapor Daily Mail.

Mathewson dikatakan bersama dua ekor singa putih yang dikenali dengan nama Demi dan Tanner sebelum salah seekor haiwan itu tiba-tiba menyerangnya.

Isterinya, Gil, 65, cuba menyelamatkan suaminya dengan menghalau Demi dan Tanner.

Mathewson yang mengalami kecederaan parah di anggota badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Mathewson bertugas di safari terkenal dikenali sebagai Lion Tree Top Lodge terletak berhampiran bandar Hoedspruit.

Sebelum ini, sumber media tempatan mendedahkan kejadian sedemikian bukan kali pertama berlaku sebaliknya pernah terjadi pada 2017 membabitkan dua singa betina yang sama.

Singa itu telah membunuh pekerja kerana memusnahkan kandang haiwan tersebut.

Namun Mathewson amat menyayangi mereka dan terus mengajar haiwan itu sambil percaya tidak akan menyerang manusia lagi.

Jurucakap Lion Tree Top Lodge mengatakan bahawa mereka tidak akan membunuh kedua-dua haiwan tersebut kerana percaya Mathewson menyayanginya.

"Mathewson sangat menyukai singa ini dan menghabiskan banyak masa dengan mereka. Ini hanyalah kemalangan," katanya.

Demi dan Tanner dilaporkan ditenangkan sebelum dibawa ke pusat pembiakan haiwan terancam tempatan memandangkan spesis itu jarang ditemui.


== sinar harian
 
Singa apa berat 8kg, kucing rumah aku pun lagi berat.
 
80kg tu, editor tidor...
 
sifat semulajadi haiwan pemangsa, sebab tu kadang2 kita nampak anjing pun lari dengan kucing, sebab kucing ada darah king of the jungle, anjing pulak berdarah serigala je, tak sehebat singa.
 
ye la sebab kucing lagi kecik. tapi dari segi mental kucing lagi kuat.

Anjing tu nk main2 je tu..
Manade takut.. nyakat lagi ada
 
ye la sebab kucing lagi kecik. tapi dari segi mental kucing lagi kuat.


munkin anjing kunyit..geletar semcm je..kat area umah aku menggelupur kucing kene kejar ngan anjing..
 
Back
Top
Log in Register