BTC USD 82,585.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket warga asing: SPRM reman 33 individu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,461
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,461
Reaction score
13
Points
25

Sindiket warga asing: SPRM reman 33 individu​

2966f178-macc-chief-commissioner-abd-halim-aman-bernama-pic-15626.jpg

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia 20 hingga 50-an, ditahan Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam. (Gambar Bernama)

Menurut sumber, 10 pegawai penguat kuasa ditahan dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 serta mengeluarkan visa, pas dan permit tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Sumber itu memberitahu kesalahan lain yang dikesan adalah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dan mendapatkan kuota pekerja asing.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga tahun ini,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

Abd Halim juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut.
 
Back
Top
Log in Register