BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tahan lelaki disyaki samun, pukul 2 warga asing

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Polis tahan lelaki disyaki samun, pukul 2 warga asing​

47ae03a7-handcuff-14324.jpg

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392, Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu pada 9 dan 10 Sept lepas daripada mangsa yang berusia 25 dan 35 tahun.

Beliau berkata suspek ditahan di kawasan Taman Perling pada 11 Sept, kira-kira 5.40 petang.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Sept bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392, Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline Polis Johor 019-279 2095 atau Bilik Gerakan IPK Johor 07-221 2999.
 
Back
Top
Log in Register