BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Network School: 256 warga asing disahkan pelancong

afwan83

Active+ Member
Messages
3,291
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,291
Reaction score
12
Points
25

Isu Network School: 256 warga asing disahkan pelancong​

2242e056-zakaria-shaaban-bernama-pic-020226.jpg

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata 10 pemegang PLIK nomad itu terdiri daripada empat rakyat AS, tiga warga Rusia, dua rakyat Australia dan seorang warga India. (Gambar Bernama)

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata 10 pemegang PLIK nomad terdiri daripada empat rakyat Amerika Syarikat, tiga warga Rusia, dua rakyat Australia dan seorang warga India.

Menurutnya, pemeriksaan imigresen itu turut membabitkan dua warga tempatan.

“Daripada keseluruhan warga asing yang diperiksa, 179 adalah lelaki dewasa, manakala 87 lagi wanita dewasa,” katanya menurut Harian Metro.

Warga asing yang memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dibenarkan tinggal sementara di Malaysia bagi tujuan seperti pelancongan, urusan perniagaan atau lawatan, tetapi mereka tidak dibenarkan bekerja.

PLIK nomad pula dikeluarkan menerusi program DE Rantau Nomad Pass kepada profesional digital warga asing untuk tinggal dan bekerja secara jarak jauh di Malaysia sehingga 12 bulan.

Rabu lalu, Zakaria dilaporkan berkata, pihaknya belum menemui bukti dapat mengesahkan dakwaan kehadiran warga Israel dalam program Network School, tetapi pihaknya akan meneruskan siasatan dan berkongsi dapatan dengan agensi lain.

Jabatan Imigresen menjalankan naziran (pemeriksaan) ke atas 266 warga asing dari 40 negara di sebuah komuniti antarabangsa di Forest City pada Selasa lalu, yang mendapati semuanya memiliki dokumen imigresen sah berdasarkan rekod semasa.

Kontroversi berhubung Network School tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mempersoalkan program itu di Forest City dengan mendakwa ia menarik usahawan asing, termasuk warga Israel yang menggunakan pasport negara kedua.

Antara dakwaan tular ialah soalan temu duga kepada bakal peserta menyentuh isu berkaitan Israel, teknologi ketenteraan dan politik, selain dakwaan inisiatif itu berpotensi menjadikan Forest City sebagai lokasi pertemuan usahawan mempunyai kaitan dengan Tel Aviv.

Susulan itu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi program berkenaan.
 
Yang dibangkitkan berkenaan warganegara Israel tu, macam mana dorg boleh kesan? Kalau dia ada dual citizen, boleh ke sistem imigresen kita kesan andai dia masuk guna pasport negara yg kita ada hubungan?

Isu dual-citizen ini juga telah dibangkitkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pasal pemain warisan Harimau Malaya, katanya x ada bukti jelas mereka melepaskan kerakyatan negara asal semasa passport Malaysia diberikan.
 
Back
Top
Log in Register