BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket kad kebal warga asing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Amiruddin menunjukkan dokumen yang dirampas.

image.jpg

Peralatan yang dirampas pihak polis.


image.jpg

Contoh 'kad kebal'.

SINDIKET ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang kononnya melakukan bancian terhadap warga asing yang mempunyai masalah berhubung dokumen perjalanan.

Motif mereka adalah memperdayakan mangsa dengan dakwaan mereka mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri untuk melakukan program bancian atau 6P.

Sindiket berkenaan juga memperdayakan mangsa dengan janji boleh memperoleh permit atau dokumen pengenalan diri yang dipercayai kebal daripada tindakan pihak berkuasa.

Mangsa perlu membuat bayaran serendah RM1,500 hingga RM5,000 mengikut sektor perkhidmatan warga asing tersebut. Terdapat juga sindiket yang mengenakan bayaran sebanyak RM270 setahun untuk mendapatkan kad pengenalan diri yang dianggap kebal daripada tindakan pihak berkuasa.


Jangan terpedaya jaminan perlindungan

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno menasihati warga Indonesia khususnya berwaspada dan tidak tertipu dengan sindiket terbabit yang menawarkan perlindungan kepada warga asing.

“Mereka datang tanpa permit yang sah. Mereka dijanjikan pelbagai manfaat dan jaminan keselamatan.

"Setelah bayaran dilunaskan, akhirnya ia menjadi korban penipuan sindiket tersebut,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak maklumat dapat disalurkan kepada pihak kedutaan, polis dan imigresen supaya dalang sindiket berkenaan dapat diberkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin menegaskan pihak Kementerian Dalam Negeri tidak melantik atau membenarkan mana-mana pihak melakukan permohonan 6P selepas program itu tamat tahun lalu.

“Kami meminta orang ramai tampil membuat aduan jika mendapati ada syarikat atau NGO melakukan aktiviti sedemikian bagi membantu siasatan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/sindiket-kad-kebal-warga-asing-1.172041
 
ni dah ada hari tu.... tak silap aku kat kajang punya kes.
 
owh.ade aje org yg mgambil ksmpatan dlm kesempitan.
 
kt sentosa jb..dlu ada kes melayu tipu nepal putus tangan sebelah..tinggal xmati je..dh kutip 6-8k sorang nak renew permit pastu lesap

lesap terus xpe..ni dtg balik tipu nepal lain plak..saja cari nahas

nepal dulu2 ketuk pijak kepala xpe lagi..mmg xlawan..skang dah berani..kt kilang pun dah jadi leader, siap marah lg budak melayu kita..ciss
 
kt sentosa jb..dlu ada kes melayu tipu nepal putus tangan sebelah..tinggal xmati je..dh kutip 6-8k sorang nak renew permit pastu lesap

lesap terus xpe..ni dtg balik tipu nepal lain plak..saja cari nahas

nepal dulu2 ketuk pijak kepala xpe lagi..mmg xlawan..skang dah berani..kt kilang pun dah jadi leader, siap marah lg budak melayu kita..ciss

xfaham aku kat negara sendiri pon kita kena takut dgn dyeorg :(
 
Back
Top
Log in Register