BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket curi pikap tumpas

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,283
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,283
Reaction score
5,428
Points
486
hiluxx_cropped_1531838952.jpg


POLIS melumpuhkan sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang aktif di ibu negara selepas menahan lima lelaki, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tiga suspek lelaki berusia 41 hingga 63 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong, manakala dua lagi suspek ditahan di Sri Muda, Shah Alam.

“Susulan penahanan lima suspek itu, polis merampas 20 kenderaan pacuan empat roda model Toyota Hilux dan satu kereta Mini Cooper.

“Modus operandi sindiket berkenaan adalah menyimpan kenderaan pacuan empat roda dicuri di premis kereta terpakai sebelum menyeludupnya ke negara Timur Tengah,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bukit Jalil, hari ini.

Mazlan berkata, siasatan mendapati enam daripada kenderaan pacuan empat roda dirampas itu didapati tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai nombor casis berkenaan sudah diubah.

Beliau berkata, empat kenderaan dirampas pula dilaporkan hilang dari 2014 hingga kini di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Semua kenderaan dirampas itu dianggarkan bernilai RM1.2 juta dan akan dihantar ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut.

“Kami sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti rangkaian sindiket berkenaan dan dalang utama sindiket.

“Semua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 413 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket berkenaan boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran.

Metro
 
63 tahun pun mencuri kenderaan .... mmg cita2 dr kecik kot..
 
Kena curi dari 2014 tapi masih elok lagi.. Nape x pi potong je.. Hantar siam ke..
 
Back
Top
Log in Register