BTC USD 49,082.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket bayi tumpas

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan bayi dengan tertangkapnya sembilan ejen termasuk dalang dan empat pembeli dalam tangkapan berasingan di Banting, Klang dan Kajang, Selangor, baru- baru ini.

Dalam operasi dinamakan Ops Kasih Klang itu, polis berjaya menyelamatkan lima bayi berusia dalam lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Polis turut menyelamatkan dua wanita rakyat Indonesia yang sarat mengandung. Kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan wanita mengandung yang bermasalah sama ada warga tempatan mahu pun rakyat asing seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Orang Asli.

Kesemua mangsa yang ditempatkan di lokasi tertentu sekitar Banting dan Klang dijanjikan bayaran RM5,000 sebagai wang perubatan.

Namun selepas melahirkan bayi, mereka hanya dibayar RM2,000 sahaja dengan pelbagai alasan termasuk kononnya anak itu tidak cantik.

Dengan modus operandi tersebut, sindiket berkenaan mampu memperoleh pendapatan lumayan kerana setiap bayi dijual pada harga RM15,000 hingga RM20,000 seorang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd, Zinin berkata, sindiket tersebut menjual bayi kepada mana-mana pasangan yang belum dikurniakan anak.

Katanya, siasatan mendapati sindiket terbabit aktif menjalankan aktiviti tersebut sejak lima tahun lalu.

Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan pihaknya pada 4 Disember lalu di sebuah rumah di kawasan Banting dekat sini.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya menahan lapan orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua sindiket, dikenali sebagai aunty.

“Difahamkan aunty akan bertemu dan menasihatkan wanita mengandung yang bermasalah tidak menggugurkan kandungan dengan menjanjikan bantuan kewangan,’’ katanya di sini hari ini.
 
Top
Log in Register