Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,847
- Points
- 196
Sindiket 2S tumpas
Amran Ramli (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa dadah
dan wang tunai yang dirampas daripada kumpulan 2S pada sidang
akhbar di Kota Bharu, Kelantan, semalam. -Utusan/ Zuharman Mohamad Nor
KOTA BHARU 27 Mei - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai 2S yang giat menjalankan aktiviti di Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang dan Kuala Krai ekoran penangkapan dua lelaki dipercayai ketua kumpulan tersebut dalam satu operasi pada Jumaat lalu.
Suspek iaitu adik-beradik berusia 20 dan 24 tahun itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mentangga Bukit Panau, Tanah Merah pada pukul 6.50 pagi.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Supritendan Amran Ramli berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kelantan dan JSJN Gua Musang itu berjaya merampas 4,092 biji pil kuda bernilai RM143,220.
sumber : http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm