TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM4,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dan menjual rokok tidak sah.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan Ahmad Mujahid Adzeme, 29.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Mujahid didakwa memiliki rokok tidak sah pelbagai jenama bernilai hampir RM400 di rumah kedai di Kampung Tok Jembal, di sini, ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), 10 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki pelbagai jenis rokok yang diklasifikasikan sebagai barangan larangan di bawah perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa JKDM Terengganu Mohd Zaizul Azli Mohamed Zain.
Sejak 2 Januari hingga 12 Ogos lalu, JKDM menyerbu 4,317 premis dan daripada jumlah itu, 1,444 premis didapati menyimpan rokok seludup serta 952 peniaga ditahan.
Jumlah rokok seludup yang dirampas sehingga kini mencecah 190 juta batang manakala seramai 455 individu sudah dijatuhi hukuman sama ada didenda atau dipenjara sebaik dihadapkan ke mahkamah.
Hukuman paling tinggi pernah dikenakan pada denda RM1.3 juta dan penjara 12 bulan ke atas seorang lelaki selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimpan rokok seludup di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Ahad lalu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SimpanRM400kenadendaRM4_000/Article/index_html