BTC USD 81,656.5 Gold USD 4,131.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simpan bihun dalam tandas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Peti simpanan digunakan untuk menyimpan bahan mentah.
< 1 / 3 >
MELAKA - Serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam satu operasi, membongkar tindakan sepasang suami isteri warga Kemboja yang mengendalikan makanan untuk dijual dalam keadaan menjijikkan di sebuah rumah di Bachang, di sini, semalam.

Pasukan penguat kuasa sebelum itu memeriksa seluruh rumah bagi memastikan tiada warga asing lain bersembunyi, bagaimanapun terkejut apabila menemui bihun direndam dalam baldi di tepi lubang jamban, selain kuih terdedah diletakkan di atas kolah bilik air rumah tersebut.

Pasangan itu mengaku makanan itu akan dijual di tapak-tapak projek pembinaan di kawasan berhampiran.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, pasangan itu ditahan bersama bayi lelaki berusia 5 bulan dan anak perempuan berumur 3 tahun di rumah teres kos rendah bertingkat itu.

Lelaki 30-an dan isterinya berusia 20-an ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan, sementara kedua-dua anak mereka turut tidak mempunyai sebarang dokumen.

Pemangku Pengarah Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, empat beranak tersebut antara 24 warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam empat serbuan berasingan sekitar Jasin dan Melaka Tengah.

“Mereka terdiri daripada 10 warga Bangladesh, sembilan Indonesia, empat kemboja mempunyai dua anak dan seorang warga Pakistan.

“Tujuh warga Bangladesh itu bagaimanapun ditahan ketika berlari ke arah semak dan ladang sawit yang mengelilingi sebuah kilang pembakaran tayar di Kersang Pajak, Jasin,” katanya selepas operasi melibatkan 53 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam operasi lebih empat jam.

Abu Bakar berkata, semua ditahan mengikut Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tamat tempoh permit dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas sah.
 
bukan pendatang asing aje malahan rakyat tempatam juga ramai yang pengotor kalau nak makan dikedai tu hati-hatilah..lebih baik masak sendiri jimat dan kebersihan pun lebih terjamin dari terkena keracunan kemakanan.
 
dorg buat bihun, kita kena bahan.
 
Aramak..aku baru nak jamah nasi goreng beli kat kedai tadi tak jadi bila baca news article ni ..
 
Back
Top
Log in Register