afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,595
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,595
- Reaction score
- 13
- Points
- 25
JPPM batal pendaftaran PN
Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya selepas JPPM meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan bagi menjawab notis terdahulu susulan aduan dikemukakan Bersatu. (Gambar Facebook)
Keputusan JPPM dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) mengambil kira penelitian keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN, pada 12 Okt.
Katanya, notis bertarikh 22 Sept lalu dikeluarkan kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi memberi peluang kepada parti itu mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara dibangkitkan.
“Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, Pendaftar Pertubuhan mendapati alasan diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran sebagaimana dinyatakan dalam notis berkenaan.
“Ia juga tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Pada 24 Sep, JPPM memaklumkan status semasa PN adalah digantung, sambil gabungan itu diberi tempoh munasabah menjawab notis dikeluarkan mengikut Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjelaskan aduan dilaporkan Bersatu.
JPPM berkata, justeru semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 Sept sejajar Subseksyen 13(2A) Akta 832.
Pada 5 Okt, PN memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis dikeluarkan JPPM berkenaan.
Pada 13 Okt, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PN mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar dua notis dikeluarkan JPPM.
Namun, Hakim Azizan Arshad tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti gabungan itu oleh JPPM untuk tempoh yang tidak ditetapkan.
