BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simpan 90kg ganja dalam kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Abdul Rahim (kanan) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas polis.
< 1 / 1 >
BUKIT MERTAJAM - Hasil pemeriksaan dalam sebuah kereta yang diletakkan di Kubang Semang di sini, polis menemui 90 kilogram (kg) ketulan mampat daun kering dipercayai ganja bernilai RM300,000, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, susulan penemuan ganja terbabit, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Tanah Liat di sini, dan menahan seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah berkenaan.

“Kira kira jam 1.30 pagi, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah dan menahan lelaki terbabit.

“Turut dirampas kunci kereta disyaki milik suspek bersama dua telefon bimbit serta motosikal bersama kunci,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Semalam.

Katanya, rampasan ini antara rampasan terbesar tahun ini.

“Kita percaya suspek menjalankan kegiatan haramnya selama beberapa bulan lalu dan hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kenderaan juga mendapati kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman sehingga 27 Januari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes rampasan ganja ini disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sekiranya sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/simpan-90kg-ganja-dalam-kereta-1.352589
 
Back
Top
Log in Register