antudegil
Active Member
- Messages
- 1,790
- Joined
- Feb 25, 2006
- Messages
- 1,790
- Reaction score
- 103
- Points
- 33
Nah! Debat la pasal hal ni. Korang nak bertumbuk, nak menendang, suka ati kamu. He!
Sumber : Klik sini
Macam biasa sebagai seorang yang loser dan tiada kehidupan walaupun sibuk mencari sesuap nasi dan merancang masa depan, sesi blogwalking dah menjadi lumrah la untuk aku sempena nak mengarang artikel untuk kamu semua, terjumpa lak hal tentang kes Illuminati.
Since Malaysia ni especially Meleis sangat paranoid tentang this group dengan few stories yang dah dicungkil serta terlalu banyak tengok The Arrival agaknya, I think after u done reading this entry kamu semua should throw away duit yang ada dalam wallet kamu sekarang. Let use dinar as said by our ex PM Tun Dr Mahathir Mohamed.
Lebih afdal lagi kamu bakar duit tu macam upacara kematian bagi kaum Cina bila bakar duit kertas untuk di hantar ke dunia kematian untuk kegunaan si mati. Kenapa aku kata macam ni? For your information, duit yang kita sedang pakai setiap hari ni memang ada kaitan dengan Iluminati dol! Tak percaya? Baca entri ni sampai habis!
Firstly cuba kamu tengok simbol yang ada dekat setiap note duit Ringgit Malaysia kita ni.
![]()
![]()
![]()
Nampak tak simbol yang aku bulatkan tu? It seems nampak macam gambar kijang. Tapi betul ke gambar tu adalah gambar kijang? Now, let’s we close up lambang tu untuk mencari sohihnya perkara ini.
Secara harfiahnya simbol tu adalah lambang kepada logo seperti gambar di atas iaitu simbol bagi Bank Negara Malaysia (BNM). Ok, it’s make sense sebab duit ni memang duit Malaysia jadi memang kenala letak simbol BNM takkan nak letak simbol bank Cyprus atau Swiss Bank kan? Tapi apa yang peliknya simbol ni?
Kalau kamu perhatikan betul-betul, mengikut struktur fizikal Kijang mempunyai ekor yang pendek. Tapi apa ke halnya simbol tu ekornya panjang? Rasanya ianya merupai haiwan apa? Dah tentula berasaskan kepada haiwan bernama anjing! Lagi best kenapa pulak ada lambang bulan penuh dan bulan sabit? Betul ke bulan penuh? dekat sini isu ini akan timbul berkaitan Illuminati.
![]()
![]()
Untuk makluman kamu, bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan (menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid.
Manakala anjing itu pula kelihatan seperti Pharaoh Dog / Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason. Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan? Hermp.. Nampak menarik. Let’s dig more.
Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958 jadi Bank Negara ni memang bawah kerajaan. Info yang ada, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat / induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk dibawah Kerajaan atau Kementerian mana. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
To make this things more interesting, 1st Gabenor bagi BNM semasa awal penubuhan Malaysia dalam mencorakkan ekonomi adalah warga asing – Tan Sri W H Wilcock! Apa nak heran, zaman tu memang zaman koloni dan kita masih lagi bergantung harap pada warga asing.
Jadi, adakah benda ni satu kebetulan atau memang dah dirancang seperti tertubuhnya Freemason di Pulau Pinang? Tepuk dada, tanya hati. Pada aku, benda ni tak perlu nak difikirkan sangat sebab kesohihannya memang samar-samar unless kamu memang berjiwa kental nak mengkaji benda ni. Tapi sebelum kamu mengkaji benda ni, baikla pergi mengaji dulu benda yang betul-betul boleh membantu ummah.
Sumber : Klik sini
Last edited:
