PEKELILING MMK-1/07
5 Januari 2007
Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK)
Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT)
Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT)
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Para Penyelia Kelas
Para Tenaga Pengajar
Ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
Assalamu Alaikum wbt.
Tuan / puan,
PENGGANTUNGAN KEAHLIAN DAN PENOLAKKAN KEPIMPINAN
ENCIK MD RADZI HJ HANAFI SEBAGAI PRESIDEN DAN GURU
UTAMA, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan
(MMK), Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia pada
mesyuarat MMK bil. 3-06/09 telah membuat keputusan menggantung
keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi untuk tempoh selama tiga (3)
tahun berkuat-kuasa pada 13 Ogos 2006. Tindakan tersebut diambil
berikutan Encik Md Radzi Hj Hanafi telah didapati melakukan kesalahan
tatatertib yang amat serius yang mengikut tafsiran Majlis Mesyuarat
Kebangsaan telah merosakkan imej dan nama baik persatuan ini. Majlis
Mesyuarat Kebangsaan juga pada mesyuarat MMK bil. 4-06/09 telah
membuat keputusan menolak kepimpinan Encik Md Radzi Hj Hanafi
sebagai Presiden dan Guru Utama berkuatkuasa pada 17 September
2006.
2- Selaras dengan hukuman penggantungan keahlian dan penolakkan
kepimpinan beliau, maka jawatan Presiden dan Guru Utama yang
disandang oleh beliau sebelum ini juga tidak berfungsi. Oleh yang
demikian, beliau tidak boleh bertindak dan tidak ada kuasa untuk
melakukan apa-apa perkara ataupun aktiviti yang melibatkan atau
mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan/atau
Mukasurat 1 daripada 3
Edaran MMK bil-1/07
Penggantungan Keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi
5 Januari 2007
Silat Cekak Ustaz Hanafi samada secara langsung mahupun tidak
langsung.
3- Dengan ini juga dimaklumkan bahawa Encik Md Radzi Hj Hanafi tidak
dibenarkan menggunakan nama dan jentera persatuan ini dan juga nama
Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi tujuan pengedaran dokumen, mengadakan
majlis pengijazahan silat, ceramah, perjumpaan formal dan tidak formal
atau apa-apa aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan berkaitan dengan
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ataupun Silat Cekak
Ustaz Hanafi.
4- Encik Md Radzi Hj Hanafi juga tidak dibenarkan menerima atau
mengutip wang atau apa-apa bayaran yang berkaitan dengan majlis
pengijazahan, yuran-yuran atau apa-apa bayaran yang berkaitan dengan
persatuan ini untuk diri beliau mahupun bagi pihak Persatuan Seni Silat
Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
5- Adalah dinasihatkan kepada tuan/puan sekelian supaya mengelakkan
diri dari menghadiri mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Encik
Md Radzi Hj Hanafi atau wakil-wakil beliau yang tidak mendapat
kebenaran pihak pengurusan ibupejabat persatuan khasnya dari Majlis
Mesyuarat Kebangsaan. Sebarang perjumpaan dan perhimpunan yang
tidak mendapat kebenaran dari pihak persatuan adalah tidak sah dan
boleh membawa implikasi tindakan perundangan.
6- Tuan/puan juga dinasihatkan juga supaya tidak melakukan sebarang
perbuatan dan percakapan yang tidak sopan yang boleh menimbulkan
kekerohan dan mencetuskan keadaan tidak selesa sesama ahli di mana
ianya ditafsirkan boleh membawa implikasi yang tidak baik kepada ahli
dan juga kepada persatuan. Dalam hal ini, pihak Majlis Mesyuarat
Kebangsaan telah dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan
persatuan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara-perkara
yang diluar kawalan MMK berlaku apatah lagi ianya melibatkan
keselamatan dan ketenteraman pergawai persatuan serta ahli-ahlinya.
7- Sebagai makluman juga, pihak persatuan telah disaman oleh seorang
ahli cawangan Melaka iaitu Saudara Omar bin Abdul Rahman melalui writ
saman bertarikh 9 Disember 2006 yang membuat tuntutan supaya
Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan pada 11 March 2006 tidak
sah dengan alasan cawangan Pulau Pinang yang menghadiri mesyuarat
agung tersebut telah dibatalkan pendaftaran sebelum mesyuarat agung
Mukasurat 2 daripada 3
Edaran MMK bil-1/07
Penggantungan Keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi
5 Januari 2007
diadakan. Pihak persatuan telahpun menjawab afidavit oleh Saudara
Omar bin Abdul Rahman dan jika sekiranya tiada apa-apa bantahan, kes
ini akan di dengar pada 23 Januari 2007 di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
8- Sementara kes ini berjalan dan sehingga pihak mahkamah membuat
keputusan, sebarang aktiviti persatuan dan perjalanan kelas-kelas
persilatan serta lain-lain aktiviti hendaklah diberi maklum kepada pihak
pengurusan ibupejabat persatuan dan juga Majlis Mesyuarat Kebangsaan.
9- Pihak MMK telah mengambil tindakan berdasarkan amanah yang
dipertanggungjawabkan tanpa ada niat jahat atau mengambil
kesempatan terhadap mana-mana pihak. Tindakan ini diambil adalah
untuk menegakkan kebenaran dan melindungi ahli-ahli dan pegawai-
pegawai persatuan dari sebarang penganiayaan dan ketidakadilan.
10- Pihak Majlis Mesyuarat Kebangsaan akan memaklumkan
perkembangan selanjutnya tentang kedudukan dan perjalanan persatuan
dari semasa ke semasa.
’Sesungguhnya kebenaran itu pahit untuk diterima, namun jika
kebenaran tidak ditegakkan, itu merupakan satu penipuan;
dan penipuan itu lebih pahit untuk ditelan’
Sekian, wassalam.
Yang menjalankan tugas,
Bp Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung
s.k -Tuan Hj Md Nasir Md Arshad
Pemangku Presiden
-Tetuan Yahaya, Helmi & Co.
-Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azhar