BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silat Cekak Ustaz Hanafi

:) hmm... saya terangkan sedikit. tetapi bukan membangkitkan apa² isu. saya pun dari silat cekak hanafi.

silat cekak hanafi adalah dipegang oleh waris sebenar manakalah cekak malaysia adalah cabang dimana yg tidak mahu melepaskan "takhta" atau tidak mahu mengiktiraf waris tersebut.

dalam masa yg sama persatuan memang tidak mengiktiraf cekak malaysia. "Hakikat" masih lagi di cekak hanafi. :)

terbalik cite ni bro.. Ustaz Hanafi sendiri pilih waris yg bukan anak dia..
 
Erk ... setahu aku , sama seperti Ustaz Hanafi dulu ada seorang pemegang sebelum ustaz hanafi dan kata pengamal Cekak nie dia kata klu jumpa keturunan ku kembalikan kepadanya . Dan Utz Hanafi la warisnya . Pastu Ustz hanafi bagi Ishak Hitam sebagai pemegang jerk , dan bila anak Utz Hanafi nak tuntun dia punya hak Ishak Hitam tak nak bagi. Camtu la cerita dia.
 
Kepada Ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi - Kita akan ada Guru Utama baru kot.
KENYATAAN MAJLIS MESYUARAT KEBANGSAAN (MMK)



29 September 2006 / 6 Ramadhan 2006

Kepada Semua Penyelia Kelas dan Ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Assalamu Alaikum wbt.


PEMBEKUAN SEMENTARA MAJLIS PENGIJAZAHAN SILAT

Berikutan penggantungan keahlian dan penolakan kepimpinan En Md Radzi Hj Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama persatuan ini, adalah dimaklumkan bahawa semua majlis pengijazahan silat dibekukan sementara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Walaubagaimanapun, kelas-kelas latihan persilatan boleh berjalan seperti biasa asalkan ianya tidak melibatkan majlis pengijazahan silat.

Sekian, harap maklum.

RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung



_____________________________________________________________________________

18 September 2006 / 25 Syaaban 1427

Kepada Semua Ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Assalamu Alaikum wbt.


KEDUDUKAN ENCIK MD RADZI BIN HJ HANAFI,
PRESIDEN MERANGKAP GURU UTAMA,
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA


Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK), Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang bersidang pada 13 Ogos 2006 dan 17 September 2006 telah membuat keputusan berikut:

1- Bahawa Encik Md Radzi Hj Hanafi telah melakukan kesalahan yang amat serius dan telah mencemar imej dan merosakkan nama baik persatuan maka dengan itu beliau dikenakan tindakan tatatertib dengan keahlian beliau digantung bagi satu tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun berkuat kuasa dari 13 Ogos 2006.

2- Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) juga menolak kepimpinan Encik Md Radzi Hj Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Oleh yang demikian, beliau tidak boleh dan tidak ada kuasa untuk mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia serta melakukan apa-apa perkara yang melibatkan atau mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, wassalam.

RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung
 
PEKELILING MMK-1/07

5 Januari 2007

Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK)
Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT)
Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT)
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Para Penyelia Kelas
Para Tenaga Pengajar
Ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Assalamu Alaikum wbt.

Tuan / puan,

PENGGANTUNGAN KEAHLIAN DAN PENOLAKKAN KEPIMPINAN
ENCIK MD RADZI HJ HANAFI SEBAGAI PRESIDEN DAN GURU
UTAMA, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan
(MMK), Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia pada
mesyuarat MMK bil. 3-06/09 telah membuat keputusan menggantung
keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi untuk tempoh selama tiga (3)
tahun berkuat-kuasa pada 13 Ogos 2006. Tindakan tersebut diambil
berikutan Encik Md Radzi Hj Hanafi telah didapati melakukan kesalahan
tatatertib yang amat serius yang mengikut tafsiran Majlis Mesyuarat
Kebangsaan telah merosakkan imej dan nama baik persatuan ini. Majlis
Mesyuarat Kebangsaan juga pada mesyuarat MMK bil. 4-06/09 telah
membuat keputusan menolak kepimpinan Encik Md Radzi Hj Hanafi
sebagai Presiden dan Guru Utama berkuatkuasa pada 17 September
2006.

2- Selaras dengan hukuman penggantungan keahlian dan penolakkan
kepimpinan beliau, maka jawatan Presiden dan Guru Utama yang
disandang oleh beliau sebelum ini juga tidak berfungsi. Oleh yang
demikian, beliau tidak boleh bertindak dan tidak ada kuasa untuk
melakukan apa-apa perkara ataupun aktiviti yang melibatkan atau
mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan/atau

Mukasurat 1 daripada 3


Edaran MMK bil-1/07
Penggantungan Keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi
5 Januari 2007

Silat Cekak Ustaz Hanafi samada secara langsung mahupun tidak
langsung.

3- Dengan ini juga dimaklumkan bahawa Encik Md Radzi Hj Hanafi tidak
dibenarkan menggunakan nama dan jentera persatuan ini dan juga nama
Silat Cekak Ustaz Hanafi bagi tujuan pengedaran dokumen, mengadakan
majlis pengijazahan silat, ceramah, perjumpaan formal dan tidak formal
atau apa-apa aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan berkaitan dengan
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ataupun Silat Cekak
Ustaz Hanafi.

4- Encik Md Radzi Hj Hanafi juga tidak dibenarkan menerima atau
mengutip wang atau apa-apa bayaran yang berkaitan dengan majlis
pengijazahan, yuran-yuran atau apa-apa bayaran yang berkaitan dengan
persatuan ini untuk diri beliau mahupun bagi pihak Persatuan Seni Silat
Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

5- Adalah dinasihatkan kepada tuan/puan sekelian supaya mengelakkan
diri dari menghadiri mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Encik
Md Radzi Hj Hanafi atau wakil-wakil beliau yang tidak mendapat
kebenaran pihak pengurusan ibupejabat persatuan khasnya dari Majlis
Mesyuarat Kebangsaan. Sebarang perjumpaan dan perhimpunan yang
tidak mendapat kebenaran dari pihak persatuan adalah tidak sah dan
boleh membawa implikasi tindakan perundangan.

6- Tuan/puan juga dinasihatkan juga supaya tidak melakukan sebarang
perbuatan dan percakapan yang tidak sopan yang boleh menimbulkan
kekerohan dan mencetuskan keadaan tidak selesa sesama ahli di mana
ianya ditafsirkan boleh membawa implikasi yang tidak baik kepada ahli
dan juga kepada persatuan. Dalam hal ini, pihak Majlis Mesyuarat
Kebangsaan telah dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan
persatuan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara-perkara
yang diluar kawalan MMK berlaku apatah lagi ianya melibatkan
keselamatan dan ketenteraman pergawai persatuan serta ahli-ahlinya.

7- Sebagai makluman juga, pihak persatuan telah disaman oleh seorang
ahli cawangan Melaka iaitu Saudara Omar bin Abdul Rahman melalui writ
saman bertarikh 9 Disember 2006 yang membuat tuntutan supaya
Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan pada 11 March 2006 tidak
sah dengan alasan cawangan Pulau Pinang yang menghadiri mesyuarat
agung tersebut telah dibatalkan pendaftaran sebelum mesyuarat agung


Mukasurat 2 daripada 3


Edaran MMK bil-1/07
Penggantungan Keahlian Encik Md Radzi Hj Hanafi
5 Januari 2007

diadakan. Pihak persatuan telahpun menjawab afidavit oleh Saudara
Omar bin Abdul Rahman dan jika sekiranya tiada apa-apa bantahan, kes
ini akan di dengar pada 23 Januari 2007 di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.

8- Sementara kes ini berjalan dan sehingga pihak mahkamah membuat
keputusan, sebarang aktiviti persatuan dan perjalanan kelas-kelas
persilatan serta lain-lain aktiviti hendaklah diberi maklum kepada pihak
pengurusan ibupejabat persatuan dan juga Majlis Mesyuarat Kebangsaan.

9- Pihak MMK telah mengambil tindakan berdasarkan amanah yang
dipertanggungjawabkan tanpa ada niat jahat atau mengambil
kesempatan terhadap mana-mana pihak. Tindakan ini diambil adalah
untuk menegakkan kebenaran dan melindungi ahli-ahli dan pegawai-
pegawai persatuan dari sebarang penganiayaan dan ketidakadilan.

10- Pihak Majlis Mesyuarat Kebangsaan akan memaklumkan
perkembangan selanjutnya tentang kedudukan dan perjalanan persatuan
dari semasa ke semasa.

’Sesungguhnya kebenaran itu pahit untuk diterima, namun jika
kebenaran tidak ditegakkan, itu merupakan satu penipuan;
dan penipuan itu lebih pahit untuk ditelan’

Sekian, wassalam.


Yang menjalankan tugas,
Bp Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung

s.k -Tuan Hj Md Nasir Md Arshad
Pemangku Presiden

-Tetuan Yahaya, Helmi & Co.

-Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azhar

Sedih gak aku , org yg bagi ijazah kat aku nie En Mohd Radzi Hj Hanafi
 
Erk aku cawangan skolah jerk murah sikit.

Pasal perbezaan tu ye . Cekak Hanafi dan Cekak Malaysia banyak perbezaan . Dan , Silat Cekak Ustaz Hanafi mmg dah kena iktiraf kat JAKIM tak de unsur-unsur khurafat . Mana kala Silat Cekak Malaysia , Ishak Hitam klu tak silap yg memegang Cekak Malaysia ada buat pengakuan kat JAKIM pasal dia ada tambah2 unsur khurafat . Dia tak silap mohon maaf cam tu la .

Pasal kain2 putih tu . Tidur kat kain putih tu kata trainer aku adalah lambang menyucikan diri . Kan warna putih tu lambang kesucian. Dan masa time tidur tu pun tak da unsur2 bacaan yg melencong dan semuanya berpegang kepada Islam. That why Muslim jerk boleh join Silat Cekak Ustaz Hanafi .

Pasal Silat Cekak Ustaz Hanafi nie , 99% pertahanan diri dan 1% serangan . Dan aku blum lagi ambik buah terakhir tu a.k.a buah serang . Trainer kata walau kena tangkis pun kena tak tangkis pon kena. Dan pergerakan silat cekak adalah laju .

Dan about kenapa buah tak leh nak tunjuk2 tu . Silat tu bukan lah hak milik kami , dan kami dah diberi kebenaran untuk blajar sahaja bukan untuk mengajar orang yg belum dapat kebenaran dari tuan punya silat. Jadi klu korank nak blajar mesti lah ambik ijazah asas dulu. Kena salam kat Tuan Guru Utama , dan kita akan lafaz janji dgn Tuan Guru Utama.

1/ pasal perbezaan cekak Hanafi dan Malaysia, we leave it there. kang ada yg kata membangkitkan isu. :)
2/ basic buah serang = elak kena tak elak pun kena. :)
3/ bagi saya memang tidak rugi menuntut ilmu.. selagi hayat dikandung badan, menuntutlah ilmu sehingga ke nafas yg terakhir.
 
KENYATAAN RASMI MMK BERHUBUNG KES AHLI MMK DITAMPAR OLEH EN MD RADZI HJ HANAFI

Berhubung perkara di atas, pihak MMK telah menerima laporan mengenai seorang ahli MMK telah ditampar oleh En Md Radzi Hj Hanafi.

Insiden tersebut berlaku pada 8 Oktober 2006 bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak. Mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Cheras pada keesokan harinya.

Menurut laporan yang diterima, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menziarahi seorang ahli Persatuan yang dimasukkan ke wad HUKM kerana kemalangan. Secara kebetulan En Md Radzi Hj Hanafi juga berada di wad tersebut bagi tujuan yang sama. Beberapa ahli Persatuan juga turut berada di tempat kejadian termasuk anggota keluarga mangsa kemalangan yang menyaksikan insiden tersebut.

Pihak MMK memandang serius perkara ini dan berasa amat berdukacita Insiden ini juga tersangat memalukan kerana ia melibatkan seseorang yang pernah bergelar Guru Utama dan mangsanya adalah merupakan ahli MMK yang masih menganggotai Majlis Mesyuarat Kebangsaan.

Memandangkan laporan Polis telah dibuat oleh mangsa maka pihak MMK telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu.

Sekian.

Sumber daripada
HTML:
http://www.cekakhanafi.com/kenyataan/muka_hadapan.htm
dan
HTML:
http://www.cekakhanafi.com
 
Pastu Ustz hanafi bagi Ishak Hitam sebagai pemegang jerk , dan bila anak Utz Hanafi nak tuntun dia punya hak Ishak Hitam tak nak bagi. Camtu la cerita dia.

dengar dari mana ni bro..
 
dah la.. kita biarkan benda tu kat situ. :) saya dah pesan ni buat kali ketiga.

hmmm.. teringat 2 benda yg abg mat pernah tegur saya

1/ bila jln tangan jgn masuk poket sebab dia lihat tangan saya selalu masuk poket sebelah.

2/ mandi bermula dari lutut. :)
 
Sumber daripada
HTML:
http://www.cekakhanafi.com/kenyataan/muka_hadapan.htm
dan
HTML:
http://www.cekakhanafi.com

Aku cadangkan..kalau nak tau kesahihan citer diatas, lebih ko tny sendiri dengan Abg Mat..

p/s - aku sendiri telah jumpa abg mat dan tnykan pasal citer diatas.
 
jd aper citernya? keke...aku tak mau la dgr perbezaan dr politik. yg aku nak dgr perbezaan dr jenis gerak seni nya. berbeda atau sama? dr susur galur yg sama atau berlainan? adakah ustaz hanafi pengasas cekak atau ada guru yg sebelumnya?
 
Back
Top
Log in Register