BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sikap ulama kini

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Ulama pada zaman ini sudah tidak bersatu hati dan bersatu jiwa.Mereka hanya mampu bersatu dari segi zahir dengan mengikuti persatuan, jemaah atau parti parti. Masing masing dengan kepentingan diri masing masing.Ada yang nak jaga periuk nasi.Ada yang nak jaga hati tuan dia dan ada yang nak jaga parti dia.Ada yang hanya nak duduk di kerusi empuk menjadi Mufti dan menjadi pemimpin parti atau jemaah.Ada yang bercita cita nak rebut kuasa menjadi pemimpin.Yang betul betul nak jaga agama Islam sudah hampir tidak ada.

Ulama kini sudah tidak ada suara.Kalau ada pun suara nya tak di dengar.Atau kalau bersuara pun hanya soal soal yang dia rasa selamat di suarakan.Tidak mahu menyentuh atau menyinggung mana mana pihak lebih lebih lagi pihak tuan dia iaitu parti atau pemerintah yang dia sertai .Ada juga yang memang berani bersuara.Tetapi berani bersuara untuk mengutuk dan menghukum orang lain, lebih lebih lagi lawan dia.Mereka hanya reti mengutuk dan menghukum akan kesalahan pihak lain tetapi tidak reti memperbaiki malahan semakin merosakkan keadaan.Mereka ini adalah sebenarnya perosak agama.Ini lah sikap ulama zaman ini.

Bukan semua ulama begitu.Ada ramai juga yang baik baik.Tetapi ramai di antara kita tidak sedar akan kewujudan mereka.Ulama saperti ini lah yang harus kita cari dan ikuti.
Siapakah dia ulama yang boleh di jadikan “role model” untuk diikuti? Yang dari segi pakaian mereka sahaja sudah dapat membezakan mereka dari orang awam dan orang awam pula boleh meniru pakaian yang di pakai oleh mereka dan menganggapnya satu sunnah. Atau nak ikut ulama yang apabila memberi kuliah di kaca TV pun hanya pakai T Shirt dan gondol kepala mereka yang botak? Sangat di kesalkan, jika ulama sendiri sudah malu nak kenakan pakaian yang sesuai sebagai ulama dan mengenengahkan pakiaan sunnah sebagai pakaian Islam apatah lagi pemimpin dan rakyat akan lagi jauh dari mengamalkan nya.

Ulama ulama silam mampu menjadi “role model” .Mereka mampu membentuk dan mencorak umat Islam dalam setiap sudut kehidupan.Rumah tangga mereka menjadi rujukan orang awam sebagai keluarga contoh.Ibadah mereka menjadi ikutan.Ilmu, wirid zikir mereka tidak terkira.Tawakal mereka setinggi gunung tidak boleh di gugat oleh mana mana isme ciptaan manusia.Contoh, mereka tidak takut dengan ugutan ugutan sesetengah ulama lain yang mengatakan kalau tak ikut serta dalam sistem pilihanraya demokrasi (taghut), Islam tidak akan bangkit dan akan terus kecundang.Keyakinan mereka terhadap sistem Tuhan itu lebih benar dari segala sistem yang di fikirkan manusia, adalah seteguh gunung Uhud.Ulama ulama saperti ini sebenarnya masih wujud.Tetapi mereka terpinggir.Di pinggirkan oleh berbagai bagai momokan , sistem dan undang undang ciptaan pemerintah.Momokan dan undang undang mengambarkan mereka sebagai pembawa ajaran sesat.Tetapi mereka tidak kisah.Mereka memang tidak terkenal di atas bumi.Tetapi mereka terkenal di langit.Kerja mereka tidak di lihat dan di nilai manusia.Tetapi di lihat dan di nilai di sisi Allah.

Peranan ulama dalam sesebuah negara adalah amat penting.Tetapi jika ulama sendiri hati dan jiwa mereka sudah jauh dari Tuhan.Pemimpin negara dan rakyat apatah lagi akan langsung tidak ada Tuhan.Kalau ulama sendiri kerjanya mencari dunia, kejar pangkat dan kekuasaan maka pemimpin dan rakyat akan lebih bersungguh sungguh mengejarnya.Jika ulama tidak sungguh sungguh menjadikan dirinya role model, pemimpin dan rakyat akan meninggalkan ulama dan mengikut penyanyi dan pelakon sebagai role model.Jika ulama tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu, menyampaikan ilmu untuk menegakkan kepentingan pihak yang dia sertai sahaja, maka kata katanya kelak akan menjadi saperti mencurah air di atas daun keladi.Pemimpin dan rakyat tidak kan ambil peduli walaupun apa yang di sampaikannya adalah benar.Jika ulama pintu hatinya tertutup daripada hidayah Allah.Pemimpin dan rakyat akan mati hati mereka dari mendapat hidayah dan taufiq Allah.

Jika ulama sudah malu beramal dengan amalan sunnah saperti memakai pakaiaan yang sesuai sebagai ulama, pemimpin dan rakyat akan lebih jauh tidak akan mahu beramal dengan sunnah.Jika ulama tidak takut Tuhan, pemimpin dan rakyat langsung tidak akan hormat pada ulama dan akan hilang Tuhan daripada mereka.
 
Siapa yang layak dipanggil ulama,peringkat Malaysia Ulama Pas ulama BN bertelagah,mereka tak bersatu,masing masing kata mereka benar,mereka mentafsir Ayat ayat Allah dan Hadith Rasul mengikut acuan masing masing.Hujjah mereka mencipta pengikut,Pengikut Pas percaya hujjah mereka benar dan mereka berpegang dengan kuat keyakinan mereka hingga kadangkala mengkafirkan puak puak yang tidak mengikut mereka....
Ulama UMNO pun sama, mereka ada kuasa mengeluarkan Fatwa dan Fatwa mereka merupakan Hujjah kebenaran untuk mereka.Mereka juga mencipta pengikut dan pengikut mereka juga berpegang kuat atas keyakinan mereka bahwa Fatwa mereka yang benar..
Kedua Ulama itu menggunakan AlQuran dan Hadith untuk menyokong Hujah mereka.Dari sumber yang sama.....Tapi.... mengapa tafsiran,pemahaman, amalan berbeza, Salah siapa apakah ajaran yang mereka ceduk dari dua sumber yang berbeza.


Diperingkat Global.....mari kita lihat pemahaman pemahaman dan Harakah harakah yang wujud kini......
Salafi Wahabi ajaran mereka berbeza sama sekali dengan aliran aliran yang ada...hinggakan ada puak puak berani mengkafirkan mereka...
Kebanyakan mereka mencipta pengikut disebelah Arab Saudi dan kawasan sekitarnya di Malaysia tak kurang juga pengikut mereka,Apakah Aliran mereka bukan dari sumber Al Quran dan Hadith.Atau apakah tafsiran mereka dari sumber tadi bukan dari ajaran Rasulullah.

Ahli Sunnah yang dipegang oleh sebahagian besar penduduk dunia juga berdepan dengan cabaran cabaran perpecahan. Masing masing ada Ulama mereka dan mereka juga tidak bersatu...
Lihat ajela aliran aliran di Mesir Tafsiran mereka bermacam macam dan mereka yakin merekalah yang benar...

Syiah dan ajarannya Puak Sunnah melabelkan mereka Sesat, begitu juga Sunnah melabelkan Syiah sesat....

Mereka semua mengiktiraf diri mereka mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Siapa yang benar siapa yang salah ummat dah tak dapat menilai dan memberi jawapan.

Kekeliruan ini salah siapa.... Ummat atau Ulama.Dapatkah Ulama yang kita harapkan bersatu untuk kekuatan Islam dan Agamanya......

Beribu tahun berlalu Ulama silih berganti...tapi jawapannya sama. Ulama dan Ummat tetap bertelagah hingga akhir zaman nanti....

Bahkan kalaupun nanti Imam Mahdi yang bakal lahir....Ummat dan Ulama masih lagi bertelagah untuk mengiktirafnya atau tidak....

Hairan bin ajaib......Al Quran itu satu,,,,Nabi Muhammad itu satu....

Ajaran yang dibawa itu satu,,, tapi Ulama mengajar Ummat dengan pemahaman yang berbeza beza hinggakan menimbulkan perpecahan dan tiada kesatuan...

Salah siapa sebenarnya.....
Kalau kita menselusuri perpecahan ini....sejak dari wafatnya Rasulullah perpecahan telah berlaku...Peperangan Jamal antara Siti Aishah dan saidina Ali,Peperangan Shiffin antara Muawiyyah dan Saidina Ali,Pembunuhan Saidina Ummar dan Saidina Ali. Pembunuhan Saidina Usman.....Pembunuhan Saidina Hassan cucunda Rasul yang diracun... Pembunuhan Cucunda Rasul saidina Hussein.
Ini semua salah siapa,Salah Ulama!!!!! Salah Ummat!!!!! atau siapa?????

Mereka yang membunuh dan berperang itu semuanya Ummat Islam yang awal yang boleh digelar para Sahabat Rasul...Apakah perbuatan membunuh,berperang tidak dianggap satu kesalahan dalam Islam atau ada tafsiran para Ulama yang berbeza guna untuk mengatakan pendapat atau ijtihad mereka benar dan betul disisi ajaran Islam walaupun membuat keputusan membunuh sesama ummat.

Sekiranya Ulama mengatakan mereka mampu berijtihad walaupun melibatkan hukum membunuh itu perkara yang benar.Maka pasti ada satu pihak yang lain yang berada dalam kesalahan...Tak mungkin kedua duanya betul.
Kalau kedua duanya betul,bagaimana pula hukum dosa dan pahala.

Untuk bersatu kita perlu membetulkan samada ULAMA atau UMMAT.Persoalannya bolehkah kita membetulkan mereka...

Harap harap tuan tyco boleh memberikan jawapannnya.
 
Last edited:
mmg begitu semenjak ketiadaan Rasullullah.. ini pun sebahagian sunnatullah.. apo boleh dibuek. Yang penting, biar ramai yang celik ilmu islam.., siapa ulama..biar Allah tentukan. Sekarang ni ulama tak ramai..itu yang mereka nak jadi ketua kempulanlah..ketua jemaahlah... :)
 
Aku sungguh berharap agar 1 hari nnti Malaysia akan dipimpin oleh seorg Khalifah yg berperanan sbg ulamak yg berwawasan dunia & akhirat.....bknnya seorg ahli politik....yg tentunya Fulamakkkkkkkkkkk
 
apa ulasan ulamak amnoi dalam hudud?:-?
tempek sket..
 
bagaimana mungkin turunnya setitis air yg suci dari sebuah kolam yg kotor... begitulah gambaran akhir zaman di mana umat dan masyarakat yg setiap hari brgelumang dgn dosa dan kemurkaan Allah xkan mampu menghasilkan ulama yg sebenar atau ulama yg boleh digelar 'warasatul anbiaa'.. :((:((:((
 
Bukannya ulama yg ada tauliah dari JAIS kah yg diiktiraf? :D:p
 
Aku sungguh berharap agar 1 hari nnti Malaysia akan dipimpin oleh seorg Khalifah yg berperanan sbg ulamak yg berwawasan dunia & akhirat.....bknnya seorg ahli politik....yg tentunya Fulamakkkkkkkkkkk

jangan risau tuan..bila zaman duit dah takda nilai nanti..semua pemimpin dunia akan berhenti kerana tiada gaji,takda orang nak bekerja bawah diorg,ulama'-ulama' agama islam akan muncul mengambil alih memerintah dunia..cuma kita bersedia atau tidak je .. :)
 
slogan kata nabi "ulama sebagai pewaris nabi dalam menegakkkan hak,dan menegakkan keadilan serta membedakan kebatilan dan kebenaran hanya omogan kosong ulama kini ...sungguh menyedihkan ...
lihatlah bagaimana ulama mengharuskan riba dalam sistem perundangan kewangan iaitu syeikh tantawi ..manakala syeikh qardhawi bercanggah pendapat ..
pendek kata kesatuan ulama dalam bersatu hampir tidak ada ..
masing masing ingin menjaga periuk nasi sendiri
 
Back
Top
Log in Register