jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
9 Julai telah lalu dengan jayanya. Pelbagai visual gambar mahupun video mengenai keganasaan PDRM sudah tersebar luas di alam maya. Pelbagai lapisan masyarakat dan pecinta hak asasi mengutuk keras layanan pihak polis dalam perhimpunan tersebut.<
Pihak polis bertindak defensif pada mulanya dengan menafikan bahawa pihak polis bertindak zalim terhadap peserta yang tidak bersenjata dan melawan. Selepas mengambil sikap defensif, PDRM beralih angin dengan cuba mengambil sikap offensif untuk 'menyerang' balas video-video yang menunjuk kezaliman anggota polis. Sehinggakan mencadangkan ia ditayangkan di RTM dan TV3? Mengapa sungguh terdesak?
PDRM mula menayangkan layanan baik yang diberi, tahanan ditahan dengan sopan dan pelbagai video-video indah seoalah-olah peserta di dalam percutian. Ya, hanya mereka yang berada di lokasi 9 Julai tahu apa sebenarnya yang berlaku dan beribu-ribu video yang dimuat turun oleh peserta mungkin boleh mengambarkan kesemuanya.
Sikap polis kelihatan amat beriya-iya kononnya untuk memulihkan nama baik PDRM dan ini seolah-olah meletakkan beban sepenuhnya ke atas PDRM tanpa membebankan parti politik pemerintah. PDRM dilihat sungguh beriya-iya dalam mempertahankan diri dan bertindak balas seoalah-olah PDRM akan bertanding pada PRU-13 kelak.
Video kemalangan Mat Sabu pula tidak diberikan tanyangan dari sudut yang lain. Kemalangan Mat Sabu terhalang dengan visual sebuah Pajero. Ya, rakyat tertanya-tanya, apa yang berlaku dibelakang Pajero tersebut? Adakah Mat Sabu di langgar atau terjatuh dengan sendiri? Pihak PDRM cuba mewujudkan persepsi bahawa Pajero tersebut tidak menyentuh Mat Sabu. Tetapi mereka lupa, rakyat ingin mengetahui perkara yang terjadi ketika Pajero tersebut melindungi kelibat motorsikal yang ditungang Mat Sabu.
Ramai tertanya-tanya mengapa PDRM bertindak sedemikian? Seolah-olah cuba menyucikan diri dari segala kekotoran? Jawapannya mudah, mungkin PRU 13 sudah hampir, 9 Julai menjejaskan momentum Barisan Nasional, oleh demikian PDRM memainkan peranan dalam meneutralisekan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah. PDRM harus mencuci segala kotoran yang terpalit pada imej Dato Seri Najib.
http://bangsarakyat.blogspot.com/
Last edited: