BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,190.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sikap Atas Pagar

Kalau ikut apa yang aku belajar ; Sebagai orang Islam ; kita kena ada pendirian , tak boleh ' atas pagar ' ; kita kena cenderung terhadap sesuatu. Cenderung kita wajib kepada mana yang lebih akrab kepada Allah , dalam semua hal.Tiada yang terkecuali.Kita mesti buat keputusan.Kalu tak tau , rujuk kepada yang lebih arif.

Nak terang lebih2 , tak mampu ; cuba semak Tafsir Surah Ar - Rum , ayat 1 - 5 ; Tafsir Pimpinan Ar - Rahman pong dah ok.

Adakah aku relevan ????
 
Last edited:
Beri la pengertian dulu yang di katakan 'berdiri atas pagar' nih dulu...positif atau negatif sikap tersebut..kemudian baru la dapat ditentukan kateogori yg mcmana termasuk dlm golongan tersebut...

Klu nak dikatakan berdiri atas pagar nih satu golongan yg berdiri ditengah2 untuk meneliti dan menilai sesuatu yg positif diantara keduanya utk diguna pakai, its ok tp klu sekadar untuk melihat di mana ruang yg terbaik utk dia melompat tak berapa ok rasanya..He..he..Dlm memberi pendapat tang isu nih pun byk nmpknya yg mcm tu..Bila pendirian ini dinilaikan positif ramai jer yg ngaku dia la tu...Bila negatif..ish3, confirm bukan dia yg mcm tu...:))

abis, klu benda tu dh mmg salah, xkn nk tetap setia sampai mati....

sy rse xsalah utk melompat kpd perkara2 +ve....

dlm Islam pn d sarankan memilih rakan2 yg beriman....
 
Ruang yg aku maksudkan kat sini secara umum jer…mungkin individu atau kelompok manusia, mungkin juga prinsip, idea, pandangan atau buah fikiran. Yang pastinya klu dah melompat ke sesuatu ruang dia tidaklah boleh lagi dikateogorikan berdiri atas pagar…

Tu la… kena jelas la dulu apa yg dimaksudkan dgn ungkapan tersebut..Klu ia lebih condong kepada sikap ‘talam 2 muka’ dah tentu jer tak ok..Tp klu sekadar dia berdiri di tengah2 untuk menyaring mana yg baik ia ada la ok..Yg penting dia harus punya keupayaan utk menilai..

abis, klu benda tu dh mmg salah, xkn nk tetap setia sampai mati....

sy rse xsalah utk melompat kpd perkara2 +ve....

dlm Islam pn d sarankan memilih rakan2 yg beriman....

Apa benda yg salah ? Apa benda yg setia sampai mati nih Bro? Peringkat awal Bro kata tak bias kat mana2..tp nih macam nak fokus ke isu politik jer nih..:D :D..Takper...Bro bole jugak la fokuskan ke situ cuma mungkin nnt Mod rasa tak sesuai pulak thread nih berada kat sini...
 
setia bkn dlm politik jer....:D

mcm2 gak...

tp, klu dh mmg xleh lari dari politik...

mmg sy xleh buat pe la....:D
 
Kalau ikut apa yang aku belajar ; Sebagai orang Islam ; kita kena ada pendirian , tak boleh ' atas pagar ' ; kita kena cenderung terhadap sesuatu. Cenderung kita wajib kepada mana yang lebih akrab kepada Allah , dalam semua hal.Tiada yang terkecuali.Kita mesti buat keputusan.Kalu tak tau , rujuk kepada yang lebih arif.

Nak terang lebih2 , tak mampu ; cuba semak Tafsir Surah Ar - Rum , ayat 1 - 5 ; Tafsir Pimpinan Ar - Rahman pong dah ok.

Adakah aku relevan ????

Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan; Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Surah Ar-Rum, ayat 1 hingga 5

sungguh relevan...
 
setia bkn dlm politik jer....:D

mcm2 gak...

tp, klu dh mmg xleh lari dari politik...

mmg sy xleh buat pe la....:D

Klu dlm politik aku bole la kot dikateogorikan atas pagar..:D

PRU lepas..utk parlimen antara dacing dan bulan..aku pangkah bulan...Tp tang DUN..antara dacing ngan roket...aku tak byk pilihan ..aku pangkah dacing..ha..ha..Suka ati aku la kan..
 
entah la...

itu mmg hak anda sbg pengundi...

tetapi mengaku ia adalah atas pagar, sy xberani nk sah kn...
 
atas pagar melihat alam,
luas terbentang ciptaan Tuhan,
menilai,menganalisis, fikirlh dalam-dalam,
keputusan diri pengaruhi pemerintahan.....

diatas pagar aku berdiri,
banjir yg deras menghalangku turun......
 
Tangan-tangan hitam itu
menutup mulutmu menjadi bisu
Sehingga engkau tidak mampu
memilih antara bahagia
atau berterusan di rantai sengsara.

Telah sekian lama
kau usung derita itu
Menjadi api yang membakar diri
Kini kau harus bersuara
dan melangkah pergi
meninggalkan ruang derita.

Marilah ke pantai bahagia
biar ombak membilas segala derita
Pasti siulan camar
mampu membuatmu terlena
dari memikirkan sejuta kesakitan
yang membelit jiwa.

Kau harus bersuara
dan kembali menjadi berani
melangkah, tanpa memandang kembali
detik-detik kelam yang memenjarakan diri
selama ini kerana sayangmu padanya
tiada ertinya lagi.​
 
Back
Top
Log in Register