BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sijil halal hotel lulus segera

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR – Berita baik kepada mana-mana hotel yang ingin mengadakan tawaran bufet Ramadan untuk umat Islam berbuka puasa namun masih tidak mempunyai sijil halal.

Ia berikutan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini mewujudkan sistem pendaftaran segera yang mengambil masa satu hari sahaja khusus untuk mana-mana hotel yang berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha, (gambar) semua permohonan daripada pihak hotel akan diberikan keutamaan sepenuhnya sebelum bulan Ramadan yang bermula Isnin depan.

“Kita beri laluan secara fast track kepada pengusaha-pengusaha hotel ini, malah kita beri keutamaan termasuk kakitangan khusus untuk menguruskan permohonan ini dengan segera. Jakim ingin membantu mereka dan memudahkan apa jua urusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Nasyid Peringkat Wilayah Persekutuan 2011 di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini semalam.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
kebanyakan chef kat hotel ni(thayanunalif), ada dripada mereka ni membela binatang a####g dan ada jugak yg mkan b##i... dan mereka la jugak yg memasak dan menyediakan makanan buffet ni... anda fikir tak apa yg sya fikirkan?:-?:-?:-? so JAKIM kena lebih tegas dlm hal sebegini,,,~X(~X(~X( just my 2 cent!
 
alahai bagusnya idea... nanti jangan terperanjat kalo buffet ramadhan bersama air kencing setannn..
 
Back
Top
Log in Register