BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siew raih emas pertama powerlifting

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
SOLO - Atlet elit powerlifting negara, Siew Lee Chan berjaya menyumbang pingat emas pertama untuk skuad powerlifting negara setelah melakukan angkatan beban 90 kg bagi kategori berat badan 56kg dan 60kg wanita pada hari ketiga Sukan Para ASEAN 2011 yang berlangsung di Gedung Wanita.

Pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik peserta Indonesia, Rahayu Iwan Musa dengan angkatan 80kg iaitu lapan kilogram di hadapan pemenang pingat gangsa, Habbebah Sahatang dari Thailand.

Siew, 40, gembira dengan kejayaan itu namun terkilan kerana gagal untuk mengatasi angkatan peribadi 100kg yang dilakukannya ketika sesi latihan di Malaysia sebelum ini.

"Walaupun masih mengalami rasa sakit akibat kecederaan pada bahagian bahu kiri, saya tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat angkatan terbaik tadi," katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, tumpuannya selepas ini membuat persiapan bagi menghadapi Paralimpik London pada 2012.

"Saya meletakkan harapan tinggi untuk membawa pulang pingat tanpa mengira warna di London nanti kerana menjadi harapan dan cita-cita saya sejak dahulu lagi untuk meraih pingat di kejohanan itu," kata pemenang pingat gangsa Paralimpik Beijing, China 2008 itu. - BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register