BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Andre tebus kecewa, raih emas lompat jauh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,596
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,596
Reaction score
350
Points
141
3372550.webp

Andre Anura Anuar raih emas lompat jauh Sukan SEA 2025.

JAGUH lompat kijang negara, Andre Anura Anuar menebus kekecewaan dalam acara kegemarannnya itu apabila meraih pingat emas lompat jauh Sukan SEA 2025 di Stadium Supachalasai pada Selasa.

Ia juga pingat emas ketiga olahraga dan lebih manis kejayaan Andre disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir di stadium.

Andre Anura mencatat 7.71 meter (m) pada lompatan terakhirnya, sekali gus meraih pingat emas mengatasi pencabar terdekatnya, Ubas Janry dari Filipina.

Janry sekadar mencatat lompatan 7.64m untuk perak, manakala wakil Singapuram Medina Andrew George gangsa dengan catatan 7.53.

Manakala, seorang lagi wakil negara, Tan Zhi Hang kurang bernasib baik apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Pada Ahad, Andre melakukan 16.29 meter (m) dalam acara lompat kijang, sekali gus menyaksikan dia terlepas pingat emas kepada wakil Vietnam Ho Trong Manh Hung menerusi catatan 16.33m manakala gangsa milik Gabriel Jing Yi dari Singapura dengan catatan 16.09m.

Keputusan itu turut menyaksikan dominasi Malaysia sejak edisi 2015 di Singapura berakhir.

Atlet berusia 26 tahun itu mengakui dia beraksi dalam tekanan untuk mempertahankan emas dimenanginya sejak edisi 2021 di Vietnam.
 
Back
Top
Log in Register