BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Side Effect Pengambilan Steroid - Katakan Tidak!

generasifit

Junior Member
Messages
89
Joined
Jan 25, 2011
Messages
89
Reaction score
39
Points
16
Topik ni rasanya sangat sensitif, namun perlu disentuhi.

Steroid.

Saya boleh cakap 70% orang yang pergi ke gym mengambil steroid supaya boleh mendapatkan result yang lebih cepat. Terutamanya kaum lelaki yang nak besarkan badan.

Sebagai seorang personal trainer dan sahih dalam dunia fitness, sudah tentu saya belajar mengenai steroid, tak payah nak kencing cakap Anabol itu vitamin atau Stanozolol itu fat burner.

Biasanya bila saya buat-buat b***h tanya “otai-otai” yang dengan selambenye telan pil-pil steroid ni, dengan selamba badaknya menjawab, “Vitamin je ni,”. “Bukan steroid ke?” saya balas, dan biasanya mereka and bagi jawapan yang sama, “Steroid tu cucuk dengan jarum. Ni pil”.

Samada dia ingat aku ni b***h, atau dorang sendiri yang memang b***h tak reti nak bezakan antara oral steroids dengan injectible steroids.

Memangla susah nak mengakukan? Konon-konon ‘natural’, tak pernah guna steroid, atas usaha sendiri badan naik berketul-ketul. Kalau yang mengaku pun, memang sedih sangat sebab mereka tak pedulikan side effect yang akan terkena pada mereka.

“Ala.. Biarla aku amik. Badan aku. Biar la badan aku cantik sekarang, boleh enjoy. nanti tua nanti aku stop amik nanti badan aku ok la.”

Kepala h*t*k hang. Tapi bila fikir-fikir balik, betulla. Suka hati lah, nanti belum tua dah banyak penyakit, pandai-pandai la lu nyesal, lu pikir sendiri salah tang mana. Bukan badan aku, bukan hidup aku.

Nak masuk in detail mengenai side effect memang banyak sangat, termasuk dengan penjelasan saintifik kenapa ianya boleh berlaku. Tapi rasanya tak perlu jelaskan in detail, just nak share dengan readers.

Pada Remaja:-

  • Pertumbuhan terbantut
  • Risiko sangat tingi untuk ketagih steroid
  • Jika berhenti mengambilnya pelbagai sistem badan akan berhenti berfungsi dengan normal
  • Dsb

Pada Perempuan:

  • Payu dara mengecil
  • Suara lebih dalam
  • Pertumbuhan bulu yang luar biasa
  • Dsb


Pada Lelaki:

  • Testikel mengecut kerana tubuh kurang upaya hasilkan natural testosterone
  • Risiko mendapat gyno (payu dara lelaki)
  • Mandul
  • Dsb

Klik gambar dibawah untuk melihat anatomi tubuh orang yang abuse steroid:-


Terdapat lebih banyak lagi side-effect yang tidak dinyatakan yang boleh mengambil kesan tidak kira umur atau jantina seperti masalah-masalah jantung, tekanan darah meningkat, stroke, masalah sendi, kerosakan hepar (hati), dan sebagainya.

Bukan saja dari segi kesihatan fizikal terjejas, malah kesihatan mental sekali. Emosi akan terganggu, pengguna biasanya kuat marah dan aggresif, dan apabila pengambilan dihentikan, mereka mula rasa depresi.

Apa yang menyedihkan ialah bertapa mudah untuk mendapatkan steroid di market tempatan, dan pengguna biasanya main beli dan amik saja tanpa hiraukan side effect, malah ramai remaja yang sudah memulakan pengambilan steroid.

Nak cerita panjang lebar, tak ada gunanya, saya cuma harap anda semua fikir lebih dari 10 kali kalau teringin nak mengambilnya.

Dah tahu kesan buruknya, lu pikirlah sendiri.


P.S: Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sesiapa. Cuma saya rasa amat sedih sebab tujuan utama orang bersenam atau buat badan ialah untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pengambilan steroid adalah sebaliknya, walaupun luaran nampak cantik, tapi dalaman hancur. Amalan ini sepatutnya dijauhi dan bukan dipromotekan oleh otai-otai yang sering dipandang tinggi dalam gym.

P.S.S: Sila ikuti blog saya untuk tips kuruskan badan, bina badan dan diet yang percuma yang selalu diupdatekan dari semasa ke semasa di Generasi Fit

P.S.S.S:Sempena sukses penjualan eBook terbaru saya, Anjakan Metabolisma, saya ingin kongsikan promotion terbaru bersama pembaca-pembaca semua!

 
adik penah cakap kat aku die nak amik steroid,nak bina badan..sebab kawan-kawan die amik,badan cantik2..aku cakap dengan dia jangan buat pasal..merana nanti..
 
adik penah cakap kat aku die nak amik steroid,nak bina badan..sebab kawan-kawan die amik,badan cantik2..aku cakap dengan dia jangan buat pasal..merana nanti..

Tapi pastikan dia jangan amik.. Ramai juga budak-budak, ada yang umur baru 14 tahun dah amik steroid, sebab dia cakap ada abang otai cakap semua side effect tu mitos belaka.. Sampai sanggup menipu remaja.. aduh..
 
Anabolic steroid ni ada side effect. Ye, badan kat luar tu nampak lawa, ketul2 tapi ka dalam hancur! habis rosak sistem2 badan. Ini dinamakan exploitation! Satu soalan, adakah protein powder mengandungi steroid?
 
Anabolic steroid ni ada side effect. Ye, badan kat luar tu nampak lawa, ketul2 tapi ka dalam hancur! habis rosak sistem2 badan. Ini dinamakan exploitation! Satu soalan, adakah protein powder mengandungi steroid?

Bro ni tak amik protein ke????:-?:-?
 
Anabolic steroid ni ada side effect. Ye, badan kat luar tu nampak lawa, ketul2 tapi ka dalam hancur! habis rosak sistem2 badan. Ini dinamakan exploitation! Satu soalan, adakah protein powder mengandungi steroid?

Protein Powder tak ada steroid :)
Steroid in USA adalah illegal juga, dan kalau ada pasti FDA tak luluskan, especially sebab FDA sangat strict.

Sebagai contoh, Hydroxycut Hardcore dulu dikeluarkan daripada pasaran oleh FDA buat sementara waktu sementara company pengeluarnya MuscleTech review ingredient dan perbetulkan dosage nya sebab ada ketidakseimbangan dan caffein terlalu tinggi menyebabkan ia merbahaya.

So yes, so far tak ada protein yang dilaporkan mengandungi bahan yang tidak sepatutnya.
 
dah lama tak guna superpump...superpump membuatkan aku susah nak tido malam walaupun aku minum pukul 4.30 petang...hahahaha
 
Gaspari superpump250 ade anabolic ke??

Tak ada :) Gaspari SuperPump semuanya natural, kecuali caffein.

Caffein yang buat some people sampai tangan ketar2 and badan panas, hyperactive and takleh nak tido :)

Tapi Superpump selamat untuk dimakan, bukan saja bagi energy, tapi bantu dalam penyerapan dan penghantaran nutrien ke seluruh tubuh
 
Back
Top
Log in Register