Anwar buat laporan polis
Jul 1, 08 12:02pm
Malaysiakini
Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, akan membuat satu laporan polis di Shah Alam awal petang ini.
Laporan polis, yang dijadual 2 petang ini, berhubung dakwaan terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Bagaimanapun tidak jelas sama ada Anwar sendiri akan ke balai polis atau aduan itu dibuat oleh pemimpin PKR.
Penasihat PKR juga menyeru para penyokongnya berkumpul di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya tidak lama selepas laporan polis tersebut - dijangka jam 3.30 petang.
Menurut siaran media Angkatan Muda PKR lagi, ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.
Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.
Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.
So, xde press confrnce xdela update kan? hehe