BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Media Keluarga Saiful (BATAL) - Update

Keluarga Saiful dapatkan khidmat peguam
01/07/2008 3:30pm

PETALING JAYA 1 Julai – Keluarga Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan mendapatkan khidmat peguam bagi mengendalikan dakwaan liwat yang dibuat oleh pemuda itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapa saudaranya yang hanya mahu dikenali sebagai 'Uncle Pat' kepada pemberita di hadapan rumahnya di Bandar Utama di sini hari ini.

Sidang akhbar yang beliau rancang petang ini, menurutnya, terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Mohd. Saiful, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.

Semalam, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Saiful yang didakwanya membuat laporan palsu.

Mohd. Saiful bekerja sebagai pembantu Anwar sejak beberapa bulan lalu. - Utusan

Pakcik dier nama uncle pat???:-? :-?
 
Bikin malu orang yg nama sepul aje mamat nie... ~X(
 
sebenarnya...seorang penyokong fanatik..nak dengar sebelah pihak pun susah...sebab fanatik sangat betul tak? bila dah fanatik taksub..kita anggap "idola" kita tuh baik...So bagi korang anwar nih..betul la...sorry la..aku nih..tak respect anwar lama dah..dan aku jugak mmg tak respect ngan Kerajaan BEnd...mg shit semua nya...the best solutionnyer anwar nih aku nak ludah ja kat muka...sebab melalui sejarah pengalaman aku lah aku tak suka..aku lebih suka hindraf atau DAP jadi pemenrintah negara...wahahah..anwar sorry la...aku jumpa aku just ludah ja kat muka..kuat menipu orang nya...nyesal aku jadi supporter anwar dulu dulu tahun 1996-1998..[/QUOTE]

betol punya marah abg ni smp nak ludah2 muka org
aku pun x sokong mane2..
aku sokong sesape yg menegakkkan hak rakyat.
membela rakyat..:)paid

SOKONG !!! HAK RAKYAT MESTI DIUTAMAKAN. KETUANAN MELAYU MESTI DIJUNJUNG DAN RAJA MESTILAH DIDAULAT SERTA ISLAM HARUSLAH DIUTAMAKAN. JAGA KEPENTINGAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN.. :)cgrock :)cgrock
 
tAK KIra sesiapa Memerintah .. hak rakyat, keistimewaan org Melayu dan agama Islam mestilah selari..sistem keadilan mestilah bersikap telus!!
 
..Info terkini...

..Uncle Pat = Patrick Lim....

takkan patrick lim plak kot.. silap2 sammy vellu.. dlm keadaan la ni ramai puak2 BN terpaksa mengaku bapak dan mak saudara saifol ni..
 
Back
Top
Log in Register