BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
A.
Tun Mahathir bakal hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 di Bangkok

Oktober 30, 2019 15:20 MYT

51572423837_TBMAHATHIR.jpg

Malaysia akan diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan tiba di kota Bangkok pada 1 November. - Gambar fail

BANGKOK: Ibu kota Thailand, Bangkok, sekali lagi bakal menjadi tumpuan pemimpin ASEAN dan dunia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan sidang-sidang berkaitan bermula 31 Oktober hingga 4 November.

Ini merupakan persidangan kali kedua buat Thailand selaku Pengerusi selepas menjayakan Sidang Kemuncak ke-34 pada Jun lalu.

Malaysia akan diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka tiba di kota Bangkok pada 1 November ini.

Setakat ini jadual rasmi acara yang akan dihadiri perdana menteri masih belum dikeluarkan dan akan dikongsi bersama oleh Duta Malaysia ke Thailand iaitu Datuk Jojie Samuel.

Namun berdasarkan jadual tidak rasmi Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir dijangka akan mengikuti beberapi sesi antaranya sesi dialog Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN (ABIS) dan sudah pasti Sidang Kemuncak ASEAN.

Pertemuan kali ini amat signifikan memandangkan ekonomi dunia berdepan suasana tidak menentu dan pembangunan yang terganggu dan amat penting melihat kepada peranan ASEAN sebagai zon yang utuh dari segi kerjasama dan ekonomi dalam berdepan cabaran ekonomi global.


Antara sidang berkaitan yang dijangka menjadi tumpuan adalah Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijangka berfokus kepada memuktamadkan Perjanjian Ekonomi Komprhensif Serantau (RCEP).

Rundingan RCEP sudah berlangsung selama tujuh tahun dan jika rundingan di Thailand ini berjaya, besar kemungkinan RCEP dapat dimuktamadkan di Hanoi tahun hadapan ketika Vietnam menyambut baton sebagai Pengerusi ASEAN 2020.

Selain itu, Sidang Kemuncak Asia Timur juga akan menyaksikan enam sidang lain melibatkan ASEAN bersama China, Jepun, Amerika Syarikat, India dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) serta ASEAN campur tiga iaitu bersama China, Jepun dan Korea Selatan.

Perdana Menteri juga dijangka akan menghadiri kesemua sidang ini yang akan menyentuh isu-isu mendesak utama seperti krisis pelarian Rohingya, Perang Dagang Amerika dan China, Hubungan tegang Korea Selatan dan Jepun, Ketegangan di Laut China Selatan, perubahan iklim dan reformasi Ogranisasi Dagangan Dunia.

Penutup kepada Sidang Kemuncak ini amat penting buat tuan rumah Thailand sebagai ukuran kejayaan sebagai Pengerusi dalam mengukuhkan neautraliti ASEAN, mempromosi multilaterism, pembangunan mampan, mempersiapkan ASEAN untuk revolusi industri ke-empat, dan mengukuhkan dialog ASEAN bersama ahli dan rakan dagang lain.





B.

Khamis, 31 Oktober 2019 | 7:57pm

31jojie_1572523029.jpg

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.


Isu semasa serantau, antarabangsa tumpuan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35

BANGKOK: Isu keselamatan seperti jenayah rentas sempadan, perang perdagangan Amerika Syarikat - China dan usaha pengukuhan kerjasama negara anggota dijangka menjadi topik utama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 bermula Sabtu ini.



Bertemakan Memperkukuh Kerjasama Bagi Kemampanan (Advancing Partnership for Sustainability), 10 ketua kerajaan negara anggota ASEAN pasti menggunakan platform sidang kemuncak kali ini untuk mengenalpasti pendekatan terbaik yang mampu membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran serantau.



Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel, berkata persidangan kali ini yang juga terakhir dipengerusikan Thailand akan turut menilai semula agenda Komuniti ASEAN dan Perakuan ASEAN 2025 - Melangkah Ke Hadapan Bersama (Visi ASEAN 2025).



Katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi negara kali ini, malah turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan-ocha dan Scott Morrison dari Australia.



“Pertemuan Dr Mahathir dan Prayuth dijangka membincangkan isu kesan kenaikan mata wang Baht, selain isu keselamatan, peluang perdagangan dan pelancongan Malaysia - Thailand. Sudah pasti kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara, selain isu serantau dan global.



“Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 bermula Sabtu ini, Perdana Menteri dan pemimpin negara anggota ASEAN lain dijangka turut membincangka agenda kestabilan ekonomi serantau yang turut mencangkupi aspek politik dan keselamatan di wilayah ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.



Selain Malaysia, turut menganggotai ASEAN ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



Jojie berkata, sebanyak 43 dokumen akan diambilmaklum, seterusnya diperakukan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Impact, kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Bangkok.



Beliau menjelaskan daripada jumlah keseluruhan itu, 13 dokumen hasil perbincangan antara rakan ASEAN akan dikeluarkan, 14 dokumen untuk diperakukan, manakala 16 dokumen bagi proses ambilmaklum.



Dr Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking.



Keseluruhannya, Perdana Menteri akan menghadiri 17 sesi sepanjang tiga hari sidang kemuncak itu berlangsung, termasuk majlis pembukaan rasminya yang dijadualkan pada Ahad ini, selain

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS), Pameran Komuniti ASEAN, Sesi Pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 dan Sidang Kemuncak ASEAN - China Ke-22.



Dr Mahathir juga dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - India Ke-16; Sidang Kemuncak ASEAN - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-10; Sidang Kemuncak ASEAN + 3 Ke-22; Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat Ke-7 dan Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Ke-3.



Jojie berkata, isu kenaikan mata wang baht yang turut mempengaruhi aktiviti pelaburan dan perdagangan serantau, khususnya antara Malaysia dan Thailand, dijangka turut mencuri perhatian.



“Memang ada kesan penyusutan kepada nilai perdagangan antara Januari hingga Ogos lalu. Namun, bilangan pelancong Malaysia ke Thailand tiada nampak perubahan ketara,” katanya

 
Dr Mahathir tiba di Bangkok untuk Sidang Kemuncak ASEAN
1 November 2019

512358.JPG

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tiba mendarat di Terminal 2, Tentera Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia. - Foto Bernama

BANGKOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini, hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 yang bermula esok.


Pesawat khas yang membawa Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di Terminal 2, Tentera Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah disambut oleh Menteri Pendidikan Thailand, Nataphol Teepsuwan.


Turut menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Dr Mahathir yang mengetuai delegasi negara pada persidangan kali terakhir dipengerusikan Thailand selaku Pengerusi ASEAN 2019, mempunyai jadual padat sepanjang tiga hari sidang kemuncak itu di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT di sini.

Delegasi negara turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking serta pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra dan MITI

512357.JPG

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tiba mendarat di Terminal 2, Tentera Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia. - Foto Bernama

Perdana Menteri dijadual menghadiri sekurang-kurangnya lapan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin anggota ASEAN dan dari rantau ini serta mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan-ocha dan Scott Morrison dari Australia.

Esok, Dr Mahathir dijadual melawat Pameran Komuniti ASEAN bertema ‘Gaya ASEAN: Berkongsi Masa Depan’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu serta melawat gerai Malaysia yang mempamerkan produk dan perkhidmatan pada pameran itu.

Selepas itu, beliau akan menghadiri sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS) bertema ‘Memperkasakan ASEAN 4.0’

Pada sebelah tengah hari, Dr Mahathir dijadual menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 yang membincangkan agenda bertema 'Memperkukuh Kerjasama Bagi Kemampanan’ serta hubungan luar dan hala tuju ASEAN serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

Sepanjang sidang kemuncak tersebut, Dr Mahathir juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-22, Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-16, Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-10, Sidang Kemuncak ASEAN+3 ke-22, Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ketujuh, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-14. Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-22 dan Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-3.

512356.JPG

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tiba mendarat di Terminal 2, Tentera Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia. - Foto Bernama

Dalam pada itu, Dr Siti Hasmah mempunyai jadual berasingan.

Beliau dijadual melawat Pameran Pengurusan Sisa oleh syarikat pengeluar simen, Siam Cement Public Company Limted (SG) dan syarikat pengeluar bahan kimia, PTT Global Chemical Public Company Limted (GC) di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT.

Dr Siti Hasmah juga dijadual menghadiri sesi interaktif mengenai perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan sisa anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand.

Pada Isnin, Dr Siti Hasmah dan isteri-isteri ketua-ketua kerajaan dan negara akan melawat Muzium Negara Bangkok di Pavilion Samran Mukkhamatya serta Istana Bangkunprom di Samsen Road sebelum menghadiri jamuan tengah hari dihoskan oleh isteri Perdana Menteri Thailand, Prof Madya Naraporn Chan o-cha. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/11/01/512355.JPG[/IMG
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tiba mendarat di Terminal 2, Tentera Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia. - Foto Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/55159/BERITA/Nasional/Dr-Mahathir-tiba-di-Bangkok-untuk-Sidang-Kemuncak-ASEAN
 
01bangkok1_1572610141.jpg

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Terminal Udara Tentera Dua Wing Enam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 4.50 petang waktu Malaysia. Mahathir mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Bangkok. - Foto BERNAMA

Tun M tiba di Bangkok hadiri Sidang Kemuncak ASEAN
BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini petang tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35.



Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal Udara Tentera, dekat sini, pada jam 4 petang waktu tempatan.




Ketibaan Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut Menteri Pendidikan Thailand, Nataphol Teepsuwan; Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan pegawai kanan kedutaan.



Perdana Menteri dijadual ditemubual oleh ‘Financial Times’ yang berpangkalan di United Kingdom hari ini sebelum bersama-sama pemimpin 10 negara menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di Pusat Konvensyen dan Pameran Impact, kira-kira 30 kilometer dari sini, bermula esok.



Dr Mahathir juga dijadual ditemubual ‘Sydney Herald Morning’ pagi esok, disusuli lawatan ke tapak pameran dibuka Malaysia, seterusnya memberi sokongan kepada Promosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di Thailand bertempat di Pusat Pameran Komuniti ASEAN, kira-kira jam 10.15 pagi.



Pameran Komuniti ASEAN yang bertemakan ‘ASEAN STYLES: Sharing the Future’ itu adalah anjuran Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP) Kementerian Perdagangan Thailand.



Perdana Menteri kemudian dijadual hadir sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS 2019) di Pusat Pameran Impact, anjuran Majlis Penasihat Perniagaaan bertemakan ‘Empowering ASEAN 4.0’.



Selepas itu, beliau akan menghadiri sesi pleno yang akan membincangkan agenda ‘Advancing Partnership for Sustainability’ serta hubungan luar dan hala tuju ASEAN, selain isu-isu serantau dan antarabangsa.



Pada jam 4.20 petang, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sebelum menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara ASEAN dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).



Pada hari ketiga, Perdana Menteri dijadual hadir majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, diikuti Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-22.



Difahamkan, pemimpin ASEAN dan China, antara lain akan membincangkan hala tuju masa depan negara itu dan rantau ini serta memperakukan tiga dokumen hasil kenyataan bersama mengenai kerjasama media, inisiatif bandar pintar, kesalinghubungan ASEAN serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).



Dr Mahathir seterusnya dijadual hadir Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-16 bagi membincangkan hala tuju masa hadapan ASEAN-India, disusuli mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-10 selepas jamuan tengah hari.



Pemimpin ASEAN dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres akan membincangkan hala tuju masa hadapan ASEAN-PBB dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa.



Pada sebelah petang pula, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden, juga di Pusat Pameran dan Konvensyen Impact.



Pada hari terakhir, Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-22, yang akan membincangkan hala tuju kerjasama berkenaan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.



Dr Mahathir kemudian dijadual hadir Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-7, antara lain bagi membincangkan hala tuju, isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

 
Sabtu, 2 November 2019 | 4:21pm

02mahat_1572682877.jpg

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada Sidang Dialog di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2019 di Pusat Pameran IMPACT hari ini. - Foto BERNAMA

Negara ASEAN mudah dibuli jika bersendirian - Tun M

BANGKOK: ASEAN perlu memiliki solidariti satu suara mewakili rantau ini bagi menyuarakan pandangan dalam menghadapi kesan serta cabaran perang perdagangan oleh kuasa besar ekonomi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kesepakatan suara dan pendirian ASEAN, tegas Perdana Menteri, adalah penting supaya negara anggotanya tidak mudah dibuli kuasa besar ekonomi.



“Apabila kita bergerak sendirian, umpamanya Malaysia (bergerak) sendiri, Thailand sendiri dalam forum antarabangsa, maka suara atau pandangan tidak kuat. Jika kita bersendirian, kita akan kena buli,” katanya.



Perdana Menteri menegaskan demikian pada sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS) di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, di sini hari ini.



Katanya, kesepakatan suara ASEAN membawa pandangan 10 negara anggotanya, perlu untuk menjadikan rantau ini lebih kuat, sekali gus boleh didengar kuasa ekonomi dunia dan negara maju.



Beliau juga menegaskan, ASEAN perlu bertindak sebagai satu entiti kesatuan serantau kerana memiliki 650 juta rakyat, sekali gus mewujudkan pasaran pengguna yang besar.



“Menerusi kekuatan itu, ASEAN perlu bergerak sebagai satu organisasi serantau dengan mempunyai kesepakatan jitu dalam mempersoalkan pelbagai isu di peringkat antarabangsa. ASEAN tidak boleh bergerak sendirian.



“Apabila kita bersama-sama dan memiliki satu suara, maka kita mempunyai sumber yang kuat dan ramai. Semua negara dalam ASEAN juga ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), jadi suara ASEAN menjadi lebih kuat dalam menyampaikan pandangan kepada kuasa besar ekonomi.



“Kita perlu ingat, tiada siapa akan dengar pandangan kita kecuali kita mempunyai kekuatan, kekayaan dan berkuasa. Oleh demikian, adalah lebih baik ASEAN diwakili satu suara dan setiap kali menghadiri pelbagai forum, perlu membuat satu ketetapan khusus,” katanya.



Dr Mahathir juga mengajak ASEAN memanfaatkan 650 juta penduduknya yang mewujudkan pasaran domestik besar, sekali gus membantu industri termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serantau berkembang.



Beliau memberi contoh bagaimana China boleh menjadi kuasa besar ekonomi kerana memanfaatkan keperluan dan kehendak pasaran domestiknya menerusi 1.4 bilion rakyat.



“Anggota ASEAN juga boleh berbuat demikian bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara serantau, seterusnya membantu pembangunan industri PKS.



“Menerusi Revolusi Industri 4.0 dan era teknologi digital ketika ini, lebih mudah untuk berurus niaga. Pihak kerajaan perlu mempromosi serta menentukan hala tuju bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.

 
Mahathir2_1572684915.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa di tapak pameran Malaysia di Pusat Pameran Komuniti ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35. - Foto BERNAMA

PM lawat pameran Komuniti ASEAN

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan kira-kira 40 minit di tapak pameran Malaysia di Pusat Pameran Komuniti ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35.



Beliau yang diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Pengarah Sektor ASEAN & Oceania Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, tiba di tapak pameran itu jam 10.15 pagi tadi, sebagai tanda sokongan kepada Promosi Kempen Melawat Malaysia Tahun 2020.



Sebanyak 17 syarikat tempatan menyertai pameran yang bertemakan ASEAN STYLES: Sharing the Future ini anjuran Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand bermula hari ini hingga Isnin.



Pameran itu membabitkan produk kraftangan seperti pewter, batik, songket, makanan dan perkakasan kelengkapan rumah.



Antara syarikat yang menyertai pameran itu ialah Royal Selangor International Sdn Bhd, Pensonic Industries Sdn Bhd, Bujins L Batik Sdn Bhd, Tanoti Sdn Bhd, Aik Chong Coffee Roaster Sdn Bhd, Owl International Limited, Julies Manufacturing Sdn Bhd, dan Kraftangan Malaysia.

Mengikut kenyataan media MATRADE, mereka dan Tourism Malaysia memanfaatkan kehadiran ribuan delegasi sidang kemuncak itu bagi mempromosi produk dan perkhidmatan tempatan.

“MATRADE menerusi pejabatnya di Bangkok membantu mempamerkan pelbagai produk buatan Malaysia dan yang terdapat di Thailand manakala Tourism Malaysia pula mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020. Kempen ini bukan saja menarik delegasi negara anggota ASEAN serta pemain industri pelancongan negara berkenaan.

“Malah, pameran ini juga strategik bagi Malaysia untuk mempamerkan produk inovasi kepada negara anggota ASEAN sekali gus menarik minat pelancong datang ke Malaysia pada tahun hadapan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, pada sebelah petang, Dr Mahathir menghadiri sesi pleno yang akan membincangkan agenda “Advancing Partnership for Sustainability” dan hubungan luar dan hala tuju masa hadapan ASEAN serta isu serantau dan antarabangsa.

Beliau kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sebelum menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara ASEAN dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

 


Tun M pesan makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan

BANGKOK: Pemimpin tertua di dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 94, merancang untuk menulis mengenai rahsia kesihatannya selepas sentiasa ditanya mengenai tips dalam dialog dan sidang antarabangsa.



Perdana Menteri memberitahu peserta sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS), di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, di sini, beliau tidak makan berlebihan untuk kekal cergas dan sihat.



“Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Apabila makanan itu sedap adalah lebih baik berhenti makan… ini nasihat arwah ibu saya.



“Elakkan makanan yang banyak lemak, gula dan karbohidrat… mungkin susah untuk kita buat tetapi kita kena disiplinkan diri.



“Apabila ramai yang tanya tips dan rahsia penjagaan kesihatan… saya terpanggil untuk menulisnya. Bukan menerusi bukti saintifik tetapi lebih kepada pengalaman yang saya lalui,” katanya di sini, hari ini.



Dr Mahathir juga berkongsi tips kesihatan dengan berkata, kena sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman bagi menguatkan otot dan minda.



Beliau berkata, aktif bermaksud menggerakkan seluruh sistem badan bukan hanya otot.



“Jika kita sentiasa menggunakan minda dan menggerakkan otak kita dengan bercakap, berfikir, berdebat, beri pandangan dan sebagainya dapat mengaktifkan otak untuk berfungsi dengan baik.



“Jika tidak berfungsi baik ke atas sesuatu perkara… ulang lakukan perkara yang sama kerana apa yang kita lakukan berulang kali kita mudah ingat,” katanya.

Mahathir_Mohamads_1572694665.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) ketika sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 (ABIS), di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT. - Foto AFP

 
HQ260919ES012_1572689571.jpg


Jerebu, kempen antisawit tuntut noktah berkesan
Oleh Piapakaran S


KITA sudah melalui dua kejadian pencemaran di Pasir Gudang, Johor dan diikuti beberapa pencemaran sungai yang menyebabkan penutupan loji perawatan air serta jerebu baru-baru ini.

Isu yang berbeza ini mempunyai persamaan ketara. Apabila insiden berakhir, kita cenderung melupakannya sehingga kejadian berulang. Tiada penyelesaian konkrit terhasil daripadanya kecuali omong kosong pihak berwajib.

Insiden jerebu sahaja sudah berlaku lebih dua dekad. Belanjawan 2020 mengumumkan RM27 juta diperuntukkan untuk menangani kempen anti- sawit dan RM30 juta kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Kimia untuk menangani pencemaran.

Adakah kita akan mendapat nilai untuk wang dibelanjakan? Sebagai permulaan, apa berlaku kepada ‘laporan penuh’ mengenai pencemaran Sungai Kim Kim dan Pasir Gudang? .

Lihatlah bagaimana keadaan jerebu menjadikan Malaysia kalah. Ia akan bermula dengan penafian, diikuti kenyataan menyesali insiden.

Apabila tekanan memuncak di Malaysia, kita akan dapat jawapan bahawa ini hanya beberapa bulan, tetapi mereka (Indonesia) memberi udara bersih untuk bernafas bagi bulan seterusnya.

Sekiranya tekanan mulai meletus, Indonesia akan menamakan beberapa syarikat Malaysia diikuti sketsa ‘wayang kulit’ yang pendek. Akhirnya, kita diserang penyakit pelupa sehingga isu ini berulang kembali. Inilah versi ringkas bagaimana jerebu berlaku di Malaysia.

Bolehkah undang-undang jerebu merentas sempadan membantu? Sepatutnya, menteri bertanggungjawab melihat gambaran makro dan tidak sepatutnya mengikuti Singapura untuk membuat undang-undang rentas sempadan mengenai jerebu sahaja.

Malaysia harus menggubal undang-undang pencemaran merentas sempadan dan jerebu salah satu elemen yang boleh dimasukkan. Persetujuan undang-undang kerjasama antara negara jiran, iaitu Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina harus disusuli.

Gunakan kerjasama sedemikian untuk terus mendapatkan ASEAN bagi mengguna pakai Perjanjian Kerjasama Pencemaran Merentas Sempadan meliputi semua jenis pencemaran.

Lihat saja di Pasir Gudang. Ia sangat mudah untuk menghubungkan titik dan pautan ke syarikat berpotensi di sebalik kejadian pencemaran. Namun, tiada tindakan diambil terhadapnya hingga kini.

Apa akan kita lakukan jika bahan kimia berbahaya menyeberangi sempadan kebangsaan untuk mencemarkan dan mungkin menyebabkan kematian di negara jiran atau sebaliknya?

Oleh itu, ASEAN perlu menjadi matang dan meletakkan perlindungan lebih baik untuk rakyatnya berbanding hanya mengejar jerebu sahaja.

Sebenarnya mudah untuk menangani jerebu. Kerajaan Malaysia perlu dapatkan senarai semua syarikat yang didapati bersalah oleh Indonesia sejak 1990-an. Senaraikan semua pesalah dan pesalah berulang dalam kategori khas untuk pengetahuan umum.

Kerajaan juga mesti mengeluarkan larangan ke atas produk berkaitan syarikat berkenaan (terutama pesalah berulang) sebagai hukuman ekonomi yang lebih efektif. Anda perlu ‘memukul’ mereka di mana ia paling menyakitkan melalui kaedah ‘menamakan dan memalukan’.

Wujudkan tekanan sama pada peringkat antarabangsa untuk mengharamkan syarikat dan pelabur mereka.

Kerajaan juga perlu wujudkan pemodelan pencemaran tiga dimensi dan indeks pencemaran lebih baik untuk lokasi yang mempunyai kepadatan tinggi kawasan kediaman bertingkat.

Satu analisis titik tunggal tidak mewakili penduduk yang tinggal di bangunan tinggi. Ini untuk memastikan pemantauan pencemaran dan pengurusan kecemasan yang lebih baik.

Kerajaan juga harus menerbitkan sumber tahunan yang terbazir untuk menguruskan jerebu. Kerugian ini mesti dikira daripada tahun jerebu bermula yang ditambah dengan kadar deposit tetap lazim digunakan setiap tahun untuk mengumpul kerugian sehingga 2019.

Ini termasuk anggaran perbelanjaan perubatan awam dan swasta, kakitangan kerajaan yang ditugaskan untuk mengendalikan jerebu, gangguan operasi orang awam dan sektor swasta disebabkan jerebu dan bidang berkaitan lain. Inilah yang pesalah hutang kepada rakyat Malaysia.

Gunakan juga platform ASEAN untuk menuntut kerugian dialami Malaysia selama ini.

Kempen antisawit dapat dikendalikan secara profesional dan cepat. Selepas Malaysia dan ASEAN mengeluarkan syarikat yang bersalah, kedudukan industri sawit akan menjadi lebih kukuh.

Jika industri sawit dituduh secara salah, fakta perlu diperbetulkan dalam kes mahkamah dan gunakan semakan kehakiman atau proses lain demi membatalkan larangan Kesatuan Eropah (EU) mengenai penggunaan minyak kelapa sawit untuk biofuel.

Sekiranya EU dikalahkan, keputusan mahkamah ini akan menjadi iklan percuma di seluruh dunia dan industri kelapa sawit boleh membersihkan namanya secara bergaya. Mengapa perlu gunakan wang pembayar cukai?

Di Malaysia kita menggunakan minyak sawit untuk hampir semua aktiviti, kenapa berkempen di sini? Industri ini harus membiayai sebarang aktiviti untuk melindungi kepentingan mereka.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) tidak pernah menjangkakan perlindungan kebajikan alam sekitar dan orang ramai akan jatuh ke tahap sangat teruk. Lebih menyakitkan melihat lebih banyak tumpuan diberikan kepada publisiti murahan.

Jadi, sebelum mana-mana peruntukan terbazir, bolehkah menteri yang menjaga sawit dan alam sekitar melaksanakan cadangan diberikan sebelum penghujung 2019?



Penulis adalah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

 
NGO gesa Asean kaji semula hubungan dengan Myanmar kerana tindas Rohingya

November 1, 2019 11:28 AM

FMT-Rohingyarefugees16112018-AP.jpg

Ribuan etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar melalui Laut Adaman ke Thailand, Malaysia dan Indonesia. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan hak asasi Rohingya hari ini menggesa pemimpin Asean mengkaji semula hubungan mereka dengan Myanmar atas layanannya terhadap kumpulan minoriti, menjelang Sidang Kemuncak Asean ke-35 di Bangkok.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) turut mempersoalkan jika ia beretika untuk berdagang dengan “negara penghapusan etnik” kerana persekitaran rantau yang stabil adalah penting untuk kelestarian.

Presiden Merhrom, Zafar Abdul Ghani berkata Sidang Kemuncak Asean ke-35 yang bertemakan “Memajukan Perkongsian bagi Kelestarian”, bertentangan realiti di rantau ini.

“Bagaimana kita mahu memajukan perkongsian bagi kelestarian apabila penghapusan etnik Rohingya berterusan di Asean dan menjejaskan negara anggota Asean serta seluruh dunia?

“Tiada perubahan walaupun ribuan laporan disiarkan, ribuan pengakuan mangsa terselamat daripada penghapusan etnik direkodkan dan ribuan lawatan ke kem pelarian terbesar di dunia.

“Ia kekal sebagai kumpulan etnik paling ditindas di dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rantau ini menjadi kurang sensitif terhadap kekejaman ke atas Rohingya dan penafian akan terus wujud sehingga penghapusan etnik itu berhenti.

Beliau menggesa kerajaan Thailand membebaskan pelarian Rohingya di kem tahanan dan penjara, serta menggesa Bangkok membenarkan mereka tinggal dan kerja di sana sehingga keganasan berakhir.

“Kami minta campur tangan pejabat rantau UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) di Bangkok untuk melindungi hak mangsa terselamat daripada penghapusan etnik itu.

“Adalah jelas kita memerlukan kepimpinan moral untuk menghentikan penghapusan etnik ini dan mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran Asean serta seluruh dunia.”

Beliau berkata, penghantaran pulang Rohingya ke Myanmar bukan penyelesaiannya dan organisasi antara kerajaan serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu gagal melindungi kumpulan etnik itu.

Myanmar menganggap etnik Rohingya Islam sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan menempatkan puluhan ribu orang dalam kem di Rakhine barat sejak keganasan tercetus pada 2012.

Menurut agensi PBB, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada 2017 selepas serbuan tentera Myanmar yang membawa kepada serangan pemberontak Rohingya ke atas pasukan keselamatan.

Ribuan etnik Rohingya turut melarikan diri dari Myanmar melalui Laut Adaman ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.

 
Unite against ‘not very nice’ Trump and EU on trade, Dr M tells Asean

November 2, 2019 3:24 PM

AP19306215157632.jpg

Mahathir leaves after speaking at a session during the Asean Business and Investment Summit. (AP pic)

BANGKOK: Southeast Asian countries should band together and speak with one voice in global trade disputes with the US and European Union to avoid being bullied, according to Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.

Speaking to a business forum in Bangkok today, Mahathir said the 10-nation Asean should leverage its market of 650 million people to gain a greater voice on the world stage.

He said the bloc can learn from US President Donald Trump and hit back, citing efforts in the west to boycott Malaysian palm oil.

“If you cut down on imports of palm oil from Malaysia, we will cut down on some of our imports from you,” Mahathir said.

“Equal amount. We will do exactly what Mr. Trump does. Not a very nice man, but he does those things and we can learn even from people who aren’t so nice.”

Mahathir said Asean countries could threaten as a bloc to avoid buying certain goods in retaliation.

“We don’t want to go into a trade war but sometimes when they do things that are not nice to us, we have to be unnice to them,” he said.

“Always try to speak with one voice. You go alone, you’ll be bullied.”

Speaking about the trade war between US and China, Mahathir said it could go on for five years at “the very worst” if Trump is re-elected next year though people will “come to their senses one day.”

“I believe the American people are not very happy – well some are very happy perhaps – but many are not very happy with the present policies of their government,” Mahathir said.

“Many are against this trade war.”

Trump is skipping the meeting for the second straight year, and sending the lowest level American delegation since the Obama administration stepped up engagement with Southeast Asia in 2011.

Asian leaders at the summit are seeking a breakthrough in talks on the world’s largest trade pact, the China-backed Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), which has been jeopardised by last-minute requests from India after it earlier agreed to terms.

An agreement would cover one-third of the global economy.

Attendees include Japanese Prime Minister Shinzo Abe, India’s Narendra Modi and a US delegation led by Commerce Secretary Wilbur Ross and National Security Adviser Robert O’Brien.

Mahathir also said China was outstripping Southeast Asia and other regions on digital technology, and that the gap partly explained why Southeast Asia wasn’t “making full use” of its population.

Asean needs to be better integrated and undertake education campaigns so that individuals and firms expand use of technology, he said.

 
Mahathir: Asean perlu tindak satu suara jika mahu dihormati kuasa besar

November 3, 2019 7:46 AM

Mahathir-Mohamad-Bernama.jpg

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bercakap pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Asean di Bangkok. (Gambar Bernama)


BANGKOK: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa Asean berdiri teguh dan bercakap dalam satu suara, terutama apabila berurusan dengan ekonomi besar, jika mahu muncul sebagai pertubuhan lebih menonjol dan menegakkan kedudukannya sebagai satu kuasa ekonomi.

Sehubungan itu kata beliau, adalah penting bagi kesemua 10 negara anggota Asean menyatukan seluruh kekuatan apabila mengadakan perundingan kerana ini akan memberi kelebihan kepada pertubuhan serantau ini berbanding jika mereka memasuki perbincangan yang seumpama secara negara individu.

Mengambil contoh minyak sawit yang menghadapi pengharaman daripada Kesatuan Eropah, Mahathir berkata ia satu tindakan untuk sabotaj komoditi itu termasuk dengan menuduh Malaysia menebang hutannya dan memusnahkan habitat alam semula jadi bagi membuka lebih banyak ladang kelapa sawit.

“Tetapi sekiranya anda mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia, kita akan mengurangkan sesetengah import dari negara anda,” katanya.

“Jika anda mahu didengari, anda perlulah menjadi paling berkuasa, kuat atau paling kaya, kalau tidak tiada siapa mendengar anda,” kata beliau, lapor Bernama.

Mahathir berkata: “Jika kita berfungsi sebagai sebuah pertubuhan serantau, seperti Asean, kita mempunyai ramai orang untuk berdebat bagi memihak kepada kita dalam forum ini dan apabila kita lebih ramai, kita boleh hadiri semua mesyuarat dan menyatakan pandangan kita.”

“Tetapi sekiranya kita bersendirian, jika Thailand pergi bersendirian, ia tidak akan sekuat 10 negara anggota Asean,” kata Mahathir semasa sesi dialog pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Asean yang diadakan sempena dengan Persidangan Asean ke-35 di sini, hari ini.

Malah kata beliau, adalah juga penting agar semua negara anggota bersetuju terhadap satu keputusan sebelum menghadiri mesyuarat antarabangsa yang seumpama.

“Jadi bersama-sama kita bercakap dalam satu suara dan sebelum menghadiri sebarang perhimpunan antarabangsa, kita perlu membuat keputusan terhadap pendirian kita dan kita perlu mematuhinya.

“Asean perlu mempunyai satu pendirian tunggal dalam semua mesyuarat antarabangsa barulah mereka akan mendengar kita. Asean adalah satu pasaran agak besar untuk seluruh dunia.

“Kita tidak mahu terjerumus dalam perang perdagangan. Tetapi kadangkala jika mereka lakukan sesuatu tidak baik kepada kita, kita terpaksa menjadi tidak baik kepada mereka,” kata beliau lagi.

Mahathir berkata, Asean perlu memanfaatkan sepenuhnya 650 juta penduduknya dan kemajuan teknologi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Beliau menjelaskan bahawa ini penting memandangkan Asean belum lagi mencapai prestasi yang sepatutnya.

“Kita perlu mengguna sepenuhnya kekuatan kita. Kekuatan kita bergantung kepada pasaran kita. Kita mempunyai pasaran bagi 650 juta orang.

“Apabila ekonomi kita berkembang, kita akan mempunyai suara yang lebih kuat. Kita akan memasuki Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan ini akan membantu kita untuk tumbuh lebih pantas daripada sebelum ini,” katanya.

Perdana menteri berkata, ketika begitu banyak rundingan mengenai pendigitalan baru dan cara baru menjalankan perniagaan bagi mempertingkatkan ekonomi dengan lebih pantas, masyarakat dalam Asean masih tidak menggunakan dengan sepenuhnya cara baharu melakukan perniagaan.

Kata beliau, sekira itu diingini berlaku, negara anggota perlu mendidik rakyatnya mengenai ekonomi pendigitalan dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap teknologi baharu itu.

Mahathir berkata, contohnya, China menggunakan teknologi komunikasinya untuk membeli dan menjual produknya.

“Mereka menjual lebih banyak (produk) kerana mereka mempunyai pasaran domestik yang bagus. Kita juga mempunyai pasaran domestik yang bagus tetapi orang kita tidak ditingkatkan dengan teknologi baharu.

“Oleh itu, kita perlu mewujudkan kesedaran bagi memastikan teknologi dapat memperbaiki kehidupan mereka. Mereka yang menjalankan perniagaan perlu menggunakan pendigitalan dan peralatan untuk berkomunikasi dan melakukan perniagaan yang lebih besar,” katanya.

Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) adalah platform kepada kerajaan dan sektor bagi negara anggota ASEAN untuk mempamerkan peluang perniagaan, mewujudkan kesedaran yang lebih terhadap kemunculan IR4.0 dalam pelbagai dimensi infrastruktur digital, perhubungan digital, dan tenaga kerja digital.

 
Back
Top
Log in Register