BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan Jenayah Komersial Semakin Kompleks, Beban Pegawai Penyiasat Meningkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Siasatan Jenayah Komersial Semakin Kompleks, Beban Pegawai Penyiasat Meningkat​

ea4c67272c8fd073384f751496321a77697718f0c3064

Datuk Mohd Yusoff Mamat

Kerumitan siasatan yang melibatkan pengesanan aliran wang, semakan akaun bank dan kerjasama pelbagai institusi kewangan menjadi antara cabaran utama dalam menangani peningkatan kes jenayah komersial, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan penstrukturan semula dengan menempatkan anggota daripada cawangan lain ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), jabatan itu masih berdepan cabaran bagi menampung beban kerja yang semakin meningkat.

“Kadang-kadang anggota yang sudah lama bertugas dalam bahagian komersial pun berasa tertekan kerana kerumitan siasatan yang perlu dilaksanakan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Yusoff berkata peningkatan kes jenayah komersial yang berterusan juga menyebabkan jumlah kertas siasatan semakin bertambah dan menjadi semakin kompleks untuk diselesaikan.

Beliau berkata proses pendakwaan merupakan satu cabaran meskipun kerjasama dengan institusi kewangan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berada pada tahap baik.

Katanya, kadar pertuduhan bagi kes jenayah komersial di Kelantan ketika ini masih kurang daripada 10 peratus menyebabkan sebahagian kertas siasatan tidak dapat ditutup dan terus berada dalam simpanan sementara menunggu perkembangan siasatan.

“Kes baharu pula terus bertambah dan akhirnya memberi beban yang besar kepada pegawai penyiasat,” katanya.

Beliau berpandangan penilaian prestasi atau petunjuk prestasi utama (KPI) berkaitan penyelesaian kes jenayah komersial perlu mengambil kira faktor di luar kawalan pegawai penyiasat.

Katanya, terdapat kes yang memerlukan tindakan atau keputusan daripada agensi lain sebelum siasatan dapat dimuktamadkan, sekali gus memberi kesan kepada kadar penyelesaian kes.

 
Back
Top
Log in Register