balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Muhammad Iskandar (empat, kiri) bersama pelumba, pengusaha bengkel dan pengunjung menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Ipoh semalam.
< 1 / 1 >
IPOH – Pelumba, penyokong dan pengusaha bengkel sukan lumba kereta mendesak penganjur satu pertandingan perlumbaan kereta di Sepang, Selangor disiasat kerana gagal memastikan perlumbaan berjalan lancar.
Wakil mereka, Muhammad Iskandar Pathi, 34, berkata, insiden kekerapan berlakunya kegagalan mesin penentu masa perlumbaan (timing system race America) berfungsi dengan baik perlu disiasat kerana dipercayai mempunyai unsur kecuaian.
“Alasan pengurusan litar yang juga penganjur bahawa mesin tersebut rosak tidak munasabah kerana ia dikatakan telah ditukar baharu tetapi bila tiba hari perlumbaan, ia rosak malah apa yang menghairankan kami ia akan terjadi setiap kali perlumbaan diadakan.
“Mereka perlu bertanggungjawab terhadap masalah teknikal seperti ini kerana memberi kesan kepada pelumba dan pasukan termasuk penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Muhammad Iskandar berkata, laporan polis dibuat agar siasatan dapat dijalankan supaya penganjur lebih teliti kerana ia melibatkan pelbagai kos.
"Anggaran bagi sebuah kereta untuk ubahsuai boleh cecah hingga RM80,000 dan akan meningkat mengikut jenis kereta masing-masing. Itu belum yuran pendaftaran RM250, RM55 untuk tiket dan RM10 untuk letak kenderaan,” katanya.
Menurutnya, perlumbaan tersebut mempunyai lima pusingan dan hanya tinggal satu lagi pusingan yang akan dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober depan.
“Kekerapan berlakunya ketidaklancaran perlumbaan mengakibatkan semua pihak berasa kesal dan kita mahukan penganjur bertindak segera demi kebaikan bersama,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/siasat-penganjur-lumba-1.316105