BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Pendusta Agama?

Status
Not open for further replies.
tuan TT ni berguru kan sapa eak.

ce citer.

oo.. wajib ada guru untuk qualified dan benarkan ayat2 Allah yang jelas ker? hehe

aper pendapat nko mengenai ayat di bawah?

pengajarannya dan relevannya dengan dunia hari ini?

cer citer.. :D

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama mereka
sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
dan juga Al-Masih ibni Maryam
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa
tiada Tuhan melainkan Dia
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya
sekalipun orang-orang kafir tidak suka
Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar
untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah
dan mereka menghalangi dari jalan Allah

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[At-Taubah:31-34]

Ingatlah! kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik)
Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata):
Kami tidak menyembah atau memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya

sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta, lagi sentiasa kufur

[Az-Zumar:3]

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin (ahli agama) yang lain dari Allah
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan

(Al-A’raf:3)

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf
mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ahli-ahli agama mereka)
dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

[al-Baqarah:78]



Rukun Iman ada sebelas++(11++) perkara bagi GAFAQ:

(1) Beriman kepada ALLAH SWT (10% .....
sbb perlu kelulusan hadis (30%) dan orang yang nampak soleh (60%), baru perintah Allah sah.. mmm, belum tentu sah lagi kut, boleh dapat duit atau buat bisnes tak? tengok ler macam mana.. hehe)
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat (% ?)
(3) Beriman kepada Kitab-kitab (sikit-sikit)
(4) Beriman kepada Rasul-rasul (% ?)
(5) Beriman kepada Hari Kiamat (% ?)
(6) Beriman kepada Qada dan Qada (% ?)

(7) Beriman kepada Pembawa Cerita (100%)
(8) Beriman kepada Orang Soleh (100%)
(9) Beriman kepada Yang Menyerupai Orang Soleh dan Wali Allah (100%)
(10) Beriman kepada Pemimpin Kerajaan & Jabatan Keagamaan (100%)
(11) Beriman kepada puak majoriti (100%)

Dalam pemerhatian
(12) Beriman kepada tayangan filem Rasulullah saw
(13) Beriman kepada direktor dan pelakon-pelakon filem
(14) Beriman kepada game-game yang berkaitan cerita zaman Rasulullah saw

ish.. banyak ler rukun iman korang... hehehe :))
 
Last edited:
masih confuse. Allah suruh dalam quran solat 5waktu. kenapa buat 3 waktu? ayat quran cukup jelas suruh 5 waktu.
 
kenapa nak ikut quran tapi dengan tafsiran yang salah?
 
mengurangi hukum dalam quran juga satu penderhakaan terhadap perintah Allah.
 
mengurangi waktu solat seperti yang disuruh dalam quran juga suatu pendustaan terhadap agama.
 
mengurangi waktu solat seperti yang disuruh dalam quran juga suatu pendustaan terhadap agama.

al-Quran cakap solat 3 waktu...
nkorang sendiri pun solat 3 waktu apabila bermusafir..
(ni datang mana nie? tolong rujuk kat aku dalam Quran, kalau musafir 3 waktu, kalau biasa 5 waktu)
sunni pun dah keluarkan fatwa solat 3 waktu... (rujuk sini)
syiah pun memang solat 3 waktu...
cuma dia orang cakap, "combine" jenis2 solat...
tapi itu bukan persoalannya, sebab isu utama ialah "tiga waktu" ...
 
masih confuse. Allah suruh dalam quran solat 5waktu. kenapa buat 3 waktu? ayat quran cukup jelas suruh 5 waktu.

pada sayalah... yang jelasnya 3 waktu..

ayat ini...

Dan dirikanlah sembahyang
pada dua bahagian siang
dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam

Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat

(Surah Hud:114)

dan disokong ayat ini.... "tiga masa" (corroboration)

Wahai orang-orang yang beriman
hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu
meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu)
dalam tiga masa;
(iaitu) sebelum sembahyang subuh
dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari
dan sesudah sembahyang Isyak
itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya)
Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut
(kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu
dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya)
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

(Surah An-Nuur:58)


Dalam surah Hud ayat 114, translation Yusuf Ali berbunyi begini :

1:114 And establish regular prayers at the two ends of the day and at the approaches of the night: For those things, that are good remove those that are evil: Be that the word of remembrance to those who remember (their Lord)

Perkataan approaches tu yg ditranslate kan dari zulafan. Jadi kenapa Tuhan guna zulafan? Kenapa tak zulfatun, kenapa tak zulfatani?

zulafan ni adalah plural word. Dalam bahasa arab, kita ada 3 degree of words,
mufrad (singular)
muthanna (dual)
jama' (plural)

In the case of zulafan, the root word is zulfatun.so,
singular = zulfatun
dual = zulfatani
jama' = zulafan

Bila Allah guna perkataan zulafan, bermakna ianya merujuk kepada 3, ataupun lebih, sebab Allah dah gunakan jama', bukan mufrad, bukan muthanna.Jadi kita tengok dalam ayat tu, Allah kata establish prayer at :
2 ends of the day (2 times)approaches (Picthall guna watches) of the night (3 or more)So, don't you think it cannot be less than 5 then?

Kenapa solat 3 waktu? Quran suruh solat 5 waktu.

attachment.php


still.. aku tak nampak bagaimana hujahan nko ke atas "wazulafan" (iaitu "dan sebahagian")
boleh relate sebagai bermaksud perintah Allah dalam al-Quran untuk solat 5 waktu

Verb (form IV) - to bring near
(26:64:1) wa-azlafnā And We brought near وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآخَرِينَ
(26:90:1) wa-uz'lifati And (will be) brought near وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ
(50:31:1) wa-uz'lifati And will be brought near وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ
(81:13:3) uz'lifat is brought near وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
Noun
(34:37:8) zul'fā (in) position وَمَا أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ بِالَّتِي تُقَرِّبُكُمْ عِنْدَنَا زُلْفَىٰ
(38:25:7) lazul'fā surely is a near access فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
(38:40:4) lazul'fā surely is a near access وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
(39:3:16) zul'fā (in) nearness مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ
Noun
(11:114:5) wazulafan and (at) the approach وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ
(67:27:3) zul'fatan approaching فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةً سِيئَتْ وُجُوهُ الَّذِينَ كَفَرُوا

dan aku tak nampak macam mana nko boleh menghubungkan dengan "tiga masa" dalam surah Surah An-Nuur ayat 58 (post #121)

yang jelasnya... "tiga masa"

tapi ok jer kalau nko nak buat 5 waktu, terlebih..bukannya terkurang
dan aku pun takda apa2 bantahan atas isu solat.. 3 waktu ker, 5 waktu ker, 100 waktu ker...

tapi.. "pendapat boleh sama, cuma pendapatan berbeza-beza"

ini kerana beza nko ngan aku...*
nko anggap orang solat 5 waktu jer betul..*
lain tu semua sesat.. takleh campur ngan puak nko

aku takda tanggapan macam nko ni..*
pada aku ... solat 3 waktu pun ok, solat 4 waktu pun ok, solat 5 waktu pun ok... 100 waktu pun ok... setiapnya solat 1 rakaat pun ok... hehe
buatlah.. semua aku tak bantah pun...*
aku join sekali pun boleh, tak kisahlah, ASWJ ker, wahabi ker, syiah ker, khawarij ker.. hehe
cuma solat 2 waktu jer tak ok...*
sebab dah jadi kurang daripada al-Quran cakap.. :))

3 waktu malam ialah maghrib, isyak dan subuh. Subuh dan maghrib lebih hampir kepada malam. Kerana matahari telah tenggelam, atau belum muncul (subuh). Lebih dekat kepada malam berbanding siang. Sesuai dan selari dengan maksud ayat quran yang kita bincangkan.

Anda mentafsir subuh ialah solat pada waktu siang. Ia salah. Dalam tafsiran 2 waktu penghujung siang ialah zuhur dan asar kerana ia terletak selepas tengahrai, bukan awal hari.

Isyak pula permulaan malam atau gelap malam. Quran juga sebut waktu2 ini.

pada saya bezanya.. siang dan malam
dan waktu itu dikira pada waktu yang akan mendahuluinya...
waktu petang menghampiri malam itu dikira sebagai malam (maghrib)
waktu malam menghampiri siang itu dikira sebagai siang
(pagi)


atau kita hendak memahami waktu maghrib sebagai menghampiri waktu siang?*
dan memahami waktu subuh sebagai menghampiri waktu malam?
menjadikannya terbalik sebegitu?
atau pun memisahkan waktu itu kepada empat, siang, malam, sebelum malam, sebelum pagi? :D



dan persoalan tiga masa ini juga ada "corroboration" dari ayat2 al-Quran sendiri
ayat al-Quran menyatakan secara khusus ke atas 3 solat, dan tidak mengandungi apa-apa rujukan berkaitan solat yang duanya..
dan juga berkaitan fatwa membenarkan solat tiga waktu (isu yang dipertekankan di sini ialah "tiga waktu")
agama Majusi (orang Parsi) yang solat lima waktu.. sama seperti Islam
berserta cerita hadis penerimaan perintah solat agama Majusi yang seakan cerita hadis dlm agama Islam
dan hadis penerimaan solat yang tidak munasabah serta bercanggah dengan al-Quran


namun itu mungkin juga saya silap ...*
tiada pun paksaan untuk ikut ..
cuma apakah surah dan ayat bagi mensyariatkan solat 5 waktu?*
ni yang kita hendak temukan... :D

========================
jadi isu dia..

Subuh dan maghrib lebih hampir kepada malam. Kerana matahari telah tenggelam, atau belum muncul (subuh).

ayatnya

Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang
========================

dua2 setuju "hanya ada siang dan malam"..

dan dakwaan nko masih keliru dan hujah nko ke atas surah hud satu jer ..

iaitu "subuh itu malam"...
aku pula kata "subuh itu siang" untuk hari berikutnya.. (rujuk sini)


buktinya lagi subuh adalah siang, "waktu sahur pada bulan puasa"..

kenapa nko dah berhenti makan sebelum masuk waktu subuh?

bukankah mengikut nko ianya belum masuk siang yang berikutnya, masih dalam kategori malam?
bukankah mengikut nko subuh dalam kategori "hari sebelumnya" (malam), bukan "hari berikutnya" (siang)?
so... kenapa tak makan sahaja sampai matahari dah betul2 timbul pada pukul 7 lebih?
masih malam lagi kan?
masih dalam kategori "hari sebelumnya" (malam) kan?
buat apa nak berposa lagi, takkan nko berposa 2x sehari? hari sebelumnya dan waktu antara subuh dan matahari betul2 terbit... hehe :))


buktinya lagi subuh adalah siang...

kalau subuh dalam kategori "hari sebelumnya" (malam), bukan "hari berikutnya" (siang) ...
abitu nko solat subuh 2x sehari?
atau subuh itu adalah solat dlm kategori waktu yg terakhir bagi semua solat... solat dzuhur paling awal dlm setiap hari, begitu? :))


p/s: ni pentanda yang memisahkan siang dan malam... "mahgrib dalam kategori malam, subuh dalam kategori siang"

Kamu diwajibkan berpuasa (183)
...

dan makanlah serta minumlah
sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam)
iaitu waktu fajar
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) ...

[Al-Baqarah:187]

maka itu "Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang" dalam surah hud merujuk kepada ...
"solat fajar" (subuh) dan "solat wusta" (pertengahan siang)...


Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda
maka Kami hapuskan tanda malam itu
dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu
dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari)
dan tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu)
Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) DENGAN SEJELAS-JELASNYA

[Al-Israa’:12]
 
Last edited:
Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
[Al-Jathiyah:11]

Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh
kemudian dijelaskan pula kandungannya secara terperinci [ayat 1]

Dan dirikanlah sembahyang
pada dua bahagian siang
dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam
Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat [ayat 114]

(Surah Hud)

dua perkara dalam surah sama...
perkara solat, ayat2 Allah yang teguh, dan dijelaskan secara terperinci...

dan jawapan nkorang ke atas "ayat-ayat Allah yang teguh" ini ...
(iaitu perintah atau ayat2 yg pendek, tepat, padat dan terperinci..
sama seperti kalimah La ilaha ill Allah, nko pusing kut mana pun maksud "menyekutukan" tetap tak akan bercanggah dgn ayat yg teguh ini)

Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”
Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” << sebab tak bagi detail perintah Allah
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil

Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?
>> maksudnya nko gila ker bagi perintah macam ni..
>> maksudnya nko buat lawak ker bagi perintah macam ni.. hehe :))

sama kalau kata ikut solat dalam al-Quran, nko jawab apa?
nkorang mengejek kan? kata nko gila ker? nko buat lawak ker.. al-Quran cacat, al-Quran tak lengkap..
padahal Allah kata al-Quran lengkap...

Hakk...tuihhh...soalan basic aku pasal cara solat, puasa, zakat pun golongan anti-hadis tak boleh jawab. Benda basic je tu...aku tanya dalam quran takde tunjuk cara solat, puasa, dan zakat...so kalo ditolak hadis dan berpandukan quran sahaja mcm mana golongan ni solat dan dari sumber mana pergerakan-pergerakan solat ni diorg ikut?

Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
[Al-’Ankabut: 51]

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

[al-Maidah:102]

rujuk definisi orang jahil di sini
 
Last edited:
Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu
dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.

[Al-Nahl:92]

--------------

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Al-Jathiyah:11]

Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh
kemudian dijelaskan pula kandungannya SECARA TERPERINCI

[Surah Hud:1]

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah
tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya
dan untuk menjelaskan SECARA TERPERINCI hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu)
tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[Yunus:37]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran)
yang Kami telah menjelaskannya SECARA TERPERINCI berdasarkan pengetahuan
untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman.

[Al-A’raf:52]

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI
dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

[Al-A’raf:174]

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran SECARA TERPERINCI (supaya jelas jalan yang benar)
dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

[Al-An’am:55]

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI
(dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka)
dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “
dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-An’am:105]

(Katakanlah): “Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran
yang jelas nyata kandungannya SECARA TERPERINCI (tentang yang benar dan salah)?”
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab
mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

[Al-An’am:114]

Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) SECARA TERPERINCI
bagi kaum yang mahu beringat – insaf.

[Al-An’am:126]

Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya
padahal Allah telah menerangkan SECARA TERPERINCI kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu
kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

[Al-An’am:119]

Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Katakanlah: “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya
dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”
Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-A’raf:31-32]
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register