Fahmiyafeii
Active Member
- Messages
- 1,750
- Joined
- Jul 23, 2011
- Messages
- 1,750
- Reaction score
- 37
- Points
- 30
Saya tau sapa pendusta agama, kamu adalah orangnye..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Saya tau sapa pendusta agama, kamu adalah orangnye..
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[Al-An’am:116]
kalau betul dakwaan nko, cuba buat tuduhan berasaskan fakta dan ayat-ayat Allah dri al-Quran...
tak abis-abis lagi dengan "sifat sangkaan" nko, yg membawa nko jauh dari agama.. hehe)
Jgn cari pasal bro.. Ko tu sesat!! Phm x? Ko nak sesatkn org lain ni pehal????
kalau betul dakwaan nko, cuba buat tuduhan berasaskan fakta dan ayat-ayat Allah dari al-Quran...
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
Jgn cari pasal bro.. Ko tu sesat!! Phm x? Ko nak sesatkn org lain ni pehal????
definisi dan sikap orang musyrik
maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna
dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya
[Ar-Rum:30-32]
janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing, yang menjadikan fahaman ugama mereka untuk berpuak-puak, dan yang mana tiap-tiap puak boleh pula bergembira dengan apa yang ada pada mazhab mereka
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.
[aL-Araf:35-36]
And they have attributed to Allah equals to mislead [people] from His way
Say, "Enjoy yourselves
for indeed, your destination is the Fire."
[Ibrahim:30]
Terima kasih Tuan Pubin...
petikan petikan surah yang amat bermakna kepada orang yang dapat berdalil dengan dalil aqli, dalil naqli dan...yang jarang jarang manusia dapat...dalil Kasyfi...
Dalil yang berupa faham Alquran yang berkategori Kasyfi ni bukan semua manusia dapat ....hanya yang dibuka tutupan hati, mata dan telinga sahaja yang mampu memahaminya ...contoh: al An'am 116...faham kulit ramai yang boleh kot...faham isik ni yang sedikit...
Allahualam....:-?#:-S
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
[17, 22, 32, 40:Al-Qamar] <--- ayat sama berulang 4x

Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatanPerintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat(Surah Hud:114)
translation Yusuf Ali berbunyi begini :1:114 And establish regular prayers at the two ends of the day and at the approaches of the night: For those things, that are good remove those that are evil: Be that the word of remembrance to those who remember (their Lord)
Inilah kelebihan bahasa arab, tafsiran bahasa malaysia paling lemah, inggeris hampir tepat , approaches adala plural lebih dari 1, kehebatan bahasa arab tidak dapat ditandingi.
zulafan ni adalah plural word. Dalam bahasa arab, kita ada 3 degree of words, mufrad (singular)muthanna (dual)jama' (plural)
Zulafan ialah jama iaitu 3 waktu plus 2 waktu di siang hari tekan kalkulator akan menghasilkan 5 waktu. 2 + 3 = 5.
Kenapa mati2 nak tafsir dalam bahasa malaysia yang jauh dari maksud sebenar?
Dalam bahsa malaysia zulafan minal lail ialah waktu2 yang menghampiri malam dan termasuk waktu malam itu sendiri, iaitu 3 waktu, waktu malam dan dua lagi ialah waktu2 yang menghampiri malam.
Zulfa= in position
Zulafan=approaches
Jelas surah hud suruh solat 5 waktu bukan 3 waktu. Kerana tafsiran bahasa malaysia anda silap.
jadi isu dia..
Subuh dan maghrib lebih hampir kepada malam. Kerana matahari telah tenggelam, atau belum muncul (subuh).
ayatnya
========================Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang
dua2 setuju "hanya ada siang dan malam"..
dan dakwaan nko masih keliru dan hujah nko ke atas surah hud satu jer ..
iaitu "subuh itu malam"...
aku pula kata "subuh itu siang" untuk hari berikutnya.. (rujuk sini)
buktinya lagi subuh adalah siang, "waktu sahur pada bulan puasa"..
kenapa nko dah berhenti makan sebelum masuk waktu subuh?
bukankah mengikut nko ianya belum masuk siang yang berikutnya, masih dalam kategori malam?
bukankah mengikut nko subuh dalam kategori "hari sebelumnya" (malam), bukan "hari berikutnya" (siang)?
so... kenapa tak makan sahaja sampai matahari dah betul2 timbul pada pukul 7 lebih?
masih malam lagi kan?
masih dalam kategori "hari sebelumnya" (malam) kan?
buat apa nak berposa lagi, takkan nko berposa 2x sehari? hari sebelumnya dan waktu antara subuh dan matahari betul2 terbit... hehe)
buktinya lagi subuh adalah siang...
kalau subuh dalam kategori "hari sebelumnya" (malam), bukan "hari berikutnya" (siang) ...
abitu nko solat subuh 2x sehari?
atau subuh itu adalah solat dlm kategori waktu yg terakhir bagi semua solat... solat dzuhur paling awal dlm setiap hari, begitu?)
p/s: ni pentanda yang memisahkan siang dan malam... "mahgrib dalam kategori malam, subuh dalam kategori siang"
Kamu diwajibkan berpuasa (183)
...
dan makanlah serta minumlah
sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam)
iaitu waktu fajar
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) ...
[Al-Baqarah:187]
maka itu "Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang" dalam surah hud merujuk kepada ...
"solat fajar" (subuh) dan "solat wusta" (pertengahan siang)...
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda
maka Kami hapuskan tanda malam itu
dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu
dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari)
dan tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu)
Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) DENGAN SEJELAS-JELASNYA
[Al-Israa’:12]