BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Patrick Lim?

rotok

Fun Poster
Messages
288
Joined
Mar 19, 2007
Messages
288
Reaction score
0
Points
10
Nama Patrick Lim sangat terkenal bagi rakyat negeri Terangganu Darul Iman. Beliau dikatakan bersahabat baik dengan Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita dan yang menariknya seperti yang didedahkan oleh bekas PM, Dr.Mahathir Mohamad bahawa Patrick Lim bersama-sama dengan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin adalah pemerintah sebenar bagi kerajaan negeri Terangganu hari ini, bukan Idris Jusoh.

Idris dijadikan sebagai patong bernyawa sahaja. Dibelakang Idris ada orang lain yang mengatur pembangunan di negeri Terangganu. Idris hanya ditugaskan sebagai jurucakap sahaja, tanpa ada sebarang peranan untuk merancang dan membangunkan Terangganu. Idris ini tidak sedarkan diri dan nampaknya Idris amat suka peranannya sebagai boneka Abdullah.

Idris tidak ada kebebasan membuat sebarang keputusan sebagai Menteri Besar seperti MB-MB dan KM-KM di negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO/BN, hatta dalam UMNO sendiri, Idris hanya Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan ketuanya ialah Abdullah.

Idris diperlakukan sebagai orang bodoh dan dungu atau sebagai robot yang telah diprogramkan untuk berkokok sebagai ‘ayam jantan’ ketagih betina. Idrislah yang akan mencanangkan projek-projek pembanguan yang dibawa ke Teranganu seperti yang ditunjukkannya ketika perasmian tapak Universiti Darul Iman tempoh hari. Di majlis tersebut, nampak sangat kebodohan dan kedunguan Idris meriak dan memekik-mekik bagaikan orang gila dirasuk puaka. Amat memalukan kerana ianya ditatap oleh seluruh rakyat melalui siaran langsung oleh RTM.

Idris tidak boleh membuat sebarang keputusan atau tindakan selagi tidak mendapat ‘lampu hijau’ daripada Putrajaya terlebih dahulu. Dikatakan, sebahagian projek-projek pembangunan di Terangganu yang bernilai berbillion ringgit disapu oleh Patrick Lim dan Khairy [Khairy sebenarnya bertindak sebagai office boy sahaja bagi Patrick Lim].

Petikan dari: http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=print&sid=87
 
Sebelum Mahathir mendedahkan perkara ini, Raja Petra Kamaruddin terlebih dahulu membongkarkannya kepincanganan ini melalui Malaysia Today dalam satu tulisannya[http://www.malaysia-today.net/CorridorsPower/2006/07/who-is-really-running-malaysia-anyway.htm] dan kemudian diterjemahkan dan disiarkan dalam laman Marhaen [ http://marhaen.kelatedaily.net/mar_a_tag2136.html]

Hari ini, Malaysiakini turut mendedahkan ‘Siapa Patrick Lim’-Sila baca laporan tersebut :

Nama Patrick Lim melonjak secara tiba-tiba dan menjadi tumpuan awam selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa pemaju hartanah itu bersama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin ‘memerintah’ Terengganu.

Malah, Dr Mahathir membahasakannya sebagai Patrick Badawi. Dr Mahathir menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan tabung bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Kemaman Jumaat lalu.

Jadi, siapakah Patrick Lim? Patrick Lim merupakan seorang pemaju hartanah yang tidak menonjolkan diri. Bapanya adalah seorang yang terkenal dalam arena lumba kuda sehingga logo syarikatnya Equine Capital Bhd turut menggunakan imej kuda.

Patrick adalah Pengerusi Eksekutif Equine Capital Bhd yang beribupejabat di Seri Kembangan, Selangor. Beliau mempunyai tiga projek hartanah yang besar – satu daripadanya adalah di Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Projek itu termasuk dalam projek pembangunan jambatan kedua Pulau Pinang. Projek perumahan tersebut dikenali sebagai Crescentia Park – projek campuran komersial dan perumahan – yang akan dimajukan sebagai bandar satelit ketiga di Pulau Pinang.

Kawasan itu merangkumi kawasan seluas 450 ekar. Nilai Pembangunan Kasar dan Kos Pembangunannya dianggarkan masing-masing bernilai RM860 juta dan RM636 juta. Projek itu dijangka disiapkan sepenuhnya pada 2015.

Kawasan tersebut boleh diakses melalui jambatan kedua Pulau Pinang dan melalui lebuhraya. Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat projek pembangunan jambatan kedua itu, beliau turut diberi taklimat oleh Patrick mengenai projek syarikatnya.

Padang lumba kuda

Sebelum ini, salah seorang pengurus anak syarikat milik Patrick terbunuh selepas terkena kipas helikopter yang dinaikinya dan insiden itu menjadi tumpuan laporan media massa.

Selain itu, Patrick juga mendapat hak mereka-bentuk dan membina semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang akan dipindahkan ke kawasan Batu Kawan yang berharga RM375 juta.

Ini menjadikannya Patrick (foto) sebagai seorang pemaju yang mempunyai projek hartanah yang terbesar di Malaysia.

Projek kedua yang diperolehi Patrick adalah pertandingan perahu layar Monsoon Cup di Pulau Duyong, Terengganu – idea yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri. Projek bernilai RM200 juta termasuk pelaksanaan pembangunan prasarana di pulau tersebut, termasuk pembinaan chalet.

Perdana Menteri mahu dianjurkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa sewaktu musim tengkujuh bagi menghapuskan mitos bahawa tiada aktiviti yang dapat dijalankan pada musim tersebut, di mana nelayan tidak keluar menangkap ikan kerana laut yang bergelora.

Bagi sesetengah pihak, pembabitan Patrick dalam projek pembangunan yang termasuk dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang dan penganjuran ‘Monsoon Cup’ itu mencerminkan hubungan baik beliau dengan Perdana Menteri.

Monsoon Cup merupakan pertandingan perahu layar bertaraf dunia pertama yang diadakan di Asia dan dimulakan pada Disember tahun lalu, dengan disaksikan oleh 500 juta penonton di seluruh dunia.

Jackie Chan tertarik

Pertandingan tersebut berjaya menarik kehadiran pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Michelle Yeoh dan tunangnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan lumba kereta Formula 1, Ferrari, Datuk Jean Todt.

Abdullah turut menyaksikan pertandingan tersebut untuk memberi sokongan kepada projek berkenaan. Todt sudahpun memiliki dua buah bunglow di pulau tersebut.

Sementara itu akhbar melaporkan baru-baru ini Jackie Chan yang merupakan rakan karib Patrick turut menyuarakan minatnya untuk untuk membeli hartanah di Pulau Duyong.

Pelakon Hong Kong itu dilaporkan berkata, beliau telah jatuh cinta dengan keindahan dan ketenangan pulau tersebut dan sedang menimbang untuk membeli hartanah di situ.

Chan berada di Malaysia baru-baru ini untuk melawat kawasan pertandingan Monsoon Cup itu. Beliau yang datang dari Singapura, menaiki skuter air untuk meninjau sekitar kawasan tersebut.

Atas jemputan Patrick

Jackie berkata beliau datang ke Pulau Duyong atas jemputan Patrick “Patrick memujuk saya supaya datang menyaksikan pembangunan dan keindahan Pulau duyong. Lawatan saya juga adalah untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai Duta Pelancongan Asia. Bagaimanapun, Jackie bekata, beliau tidak dapat menyaksikan pertandingan ‘Monsoon Cup’ tahun in kerana sibuk dengan penggambaran filem Rush Hour 111.

Dalam cara pertandingan tahun lalu, pihak penganjur telah mengedarkan 30,000 baju hujan ‘pakai-buang’ kepada penonton yang datang menyaksikan pertandingan tersebut.

Patrick juga berjaya melantik juara kapal layar dunia sebanyak dua kali, Peter Gilmour sebagai pengarah pertandingan tersebut yang berlangsung pada 29 November hingga 4 Disember tahun lalu.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMAPAI TURUN”

Sekian.Wassalam. "
 
habih la tganu kena jual ngan patrick badawi bin jusoh nih...
 
Kalau ada maklumat lagi pasal si Patrick Lim ni, dedahkan kat sini. Biar semua rakyat Malaysia terutama rakyat Terengganu tau sapa sebenarnya yg memerintah kerajaan negeri Terengganu.
 
terbongkarnya siapa "patrick badawi" punca kejadian di batu buruk?

KUALA LUMPUR: Rakan baik Khairy Jamaluddin, Patrick Lim (foto) dilihat begitu berkuasa di Terengganu, hingga dapat membolot pelbagai projek bernilai ratusan juta di negeri yang masih dibelengu kadar kemiskinan yang tinggi itu.

Kerajaan BN Terengganu sememangnya tidak mempunyai dana untuk mengeluarkan peruntukan sebesar RM750 juta untuk membiayai Piala Monsun, projek Pulau Duyong dan Masjid Kristal, yang semuanya dibolot Patrick.

Projek sebesar ini dibiayai menggunakan wang hasil royalti minyak yang dirampas dari rakyat Terengganu semasa PAS memerintah negeri itu dari tahun 1999 hingga 2004.

Wang tersebut hanya boleh disalurkan melalui Terengganu kepada syarikat milik Patrick Lim, atas arahan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Khabarnya jika wang tidak mencukupi atau kerajaan negeri lambat membayarnya, Patrick boleh terus mengadu kepada Abdullah, meminta wang disegerakan.

"Saya difahamkan kalau ada bayaran lewat sedikit, dia akan terus mengadu kepada Perdana Menteri. Abdullah pula akan minta kewangan negeri meluluskannya dengan segera," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dalam wawancara khas bersama Harakah.

Mustafa yang tidak mahu berselindung, dengan tegas mendedahkan Abdullah mempunyai hubungan keluarga dengan Patrick Lim, melalui menantunya, Azreen Abdullah, iaitu suami Kamaludin, anak lelaki tunggal Perdana Menteri.

Patrick Lim ialah saudara sebelah ibu mertua Kamaludin. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menggelarnya 'Patrick Badawi'.

Bukan sekadar itu sahaja kata Mustafa, ada sumber mendakwa Patrick 'membiayai' beberapa orang pemimpin tertinggi Umno di Terengganu.

Hinggakan, kata beliau ada kalangan Exco Kerajaan Negeri yang memiliki rumah besar, dibeli dan diubah suai dengan harga lebih RM1.6 juta.

"Gaji exco berapa sahaja, lebih kurang RM10,000 sebulan. Maknanya kalau exco berkenaan tak makan dan minum paling tinggi dia dapat kumpul RM400,000 sepanjang sepenggal menjadi exco.

"Inikan pula RM1.6 juta. Dan ada beberapa orang lain lagi yang masing-masing mempunyai akaun bank yang 'gemuk-gemuk'," ujarnya.

Sampai masanya, kata beliau, semua ini akan didedahkan kepada rakyat Terengganu untuk menilai sejauh mana ketelusan BN memerintah.

"Abdullah Badawi bercakap soal memerangi rasuah. Sebenarnya rasuah yang berlaku dalam Umno ini terlalu parah. Rasanya sudah menjadi budaya. Mereka pula tidak ada segan silu lagi amalkan rasuah," tegas Mustafa
 
Back
Top
Log in Register