BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Khawarij ?

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
bismillahirrahmannirrahiim...

assalamualaikum kpd pembaca cg ... sekadar share ilmu..inshallah..semoga beroleh manfaat dan bertambah pengetahuan.


Khawarij (bahasa Arab Khawārij ﺧﻮﺍﺭﺝ ), secara
harfiah bermaksud "mereka yang keluar".
Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada
mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib
tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali.

Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad
ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka
berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah .
Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga
hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan
kelompok kecil di Zanzibar , Algeria , Tunisia
dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk
diri mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama
(golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang
melabelkan kumpulan pengganas yang
membunuh orang yang tidak berdosa sebagai
golongan "Khawarij baru" kerana golongan
pengganas seperti ini menghalalkan darah
orang kafir dan orang Islam yang mereka
hukum kafir melalui takfir

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis
Nombor 2283.

Abu Kuraib menceritakan kepada
kami, Abu Bakar bin 'Ayyasy
memberitahukan kepada kami, dari
Ashim dari Zirr dari Abdillah berkata
Rasulullah SAW bersabda: "Di akhir
zaman keluar suatu kaum yang muda
umurnya serta boodoh akalnya, mereka
membaca AI Quran yang tidak melalui
tulang antara leher dan bahu (tidak
diterima bacaannya) mereka
bersemboyan berdasarkan sabda
sebaik-baik manusia serta mereka
keluar dari agama seperti anak panah
yang menembus." Dalam bab ini
terdapat hadis dari Ali bin Abi Said
dan Abu Dzarr. Hadis ini adalah hasan
sahih. Dan diriwayatkan dalam selain
hadis ini sifat kaum tersebut iaitu
orang-orang yang membaca Al-Quran
yang tidak melalui tulang antara leher
dan bahu mereka memanah dengan
agama seperti panah keluar dari
haiwan yang terkena panah.
Sesungguhnya mereka adalah golongan
Khawarij Haruriyah dan lainnya dari
golongan Khawarij.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis
Nombor 3952.

Dari Al-Azraq ibnu Qais dari Syarik
ibnu Syihab berkata: "Aku ingin
bertemu dengan salah seorang sahabat
Rasulullah untuk bertanya tentang
sifat-sifat kaum Khawarij. Pada hari
raya aku bertemu dengan Abu Barzah
bersama beberapa orang sahabatnya.
Aku bertanya padanya: "Adakah kamu
telah mendengar Rasulullab saw
pernah menyebut-nyebut tentang
kaum Khawarij?" la menjawab: "Ya,
aku telah mendengar dengan kedua
telingaku dan menyaksikan secara
langsung dengan kedua mataku ini,
bahawasanya ketika Rasulullah saw
mendapat harta sedekah, maka ia
membahaginya dan memberikan pada
orang yang disebelah kanannya dan
orang disebelah kirinya, sedangkan
beliau tidak memberikan pada orang
yang dibelakangnya. Maka seorang
yang berkulit hitam berambut panjang
dan berbaju putih yang berada di
belakang beliau dan berkata: "Wahai
Muhammad, kamu tidak adil dalam
memberikan harta ini." Rasulullah saw
sangat marah, kemudian beliau
bersabda: "Demi Allah, sepeninggalku
kelak, kamu sekalian tidak akan
mendapatkan seorangpun yang lebih
adil dariku." Kemudian beliau
bersabda: "Pada akhir zaman nanti,
akan ada suatu kaum, mereka pandai
membaca Al Quran tetapi hati mereka
tidak tertembus oleh ajaran Islam.
Mereka keluar dari Islam secepat
terlepasnya anak panah dari busurnya.
Mereka akan selalu ada hingga orang
terakhir dari golongan mereka akan
muncul bersama Dajjal. Dan orang ini
adalah termasuk dari golongan
mereka. Jika kamu mendapatkan
mereka, maka bunuhlah mereka
adalah sejahat-jahatnya makhluk."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis
Nombor 1845.

Dari Yussair bin Amru r.a.
katanya:Saya menanyakan kepada
Sahal bin Hunaif: "Adakah engkau
dengar Nabi saw. bersabda tentang
kaum Khawarij?" Jawabnya: "Saya
mendengar beliau bersabda sambil
menunjuk dengan tangannya ke arah
negeri Iraq, sabda beliau: "Akan lahir
dari situ suatu kaum yang membaca
Quran, tetapi bacaan itu hanya
sehingga kerongkongannya. Mereka
lepas dari Islam, bagai anak panah
lepas dari busurnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan
yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum
Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib
sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman
sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan ,
yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan
tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut
balas atas kematian Uthman. Mendengar
berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan,
lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib.

Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua
orang yang terlibat dalam pembunuhan
Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali
berpendapat yang harus dihukum hanya
mereka yang membunuh Uthman saja
mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut
hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin .
Untuk berdamai, masing-masing pihak
mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal
ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan
Ali bin abi Talib dan merancang untuk
membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang
berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.


bersambung.....
 
Mahzab tertua dalam sejarah Islam

Khawarij adalah mazhab pertama dalam
sejarah Islam. Terdapat tujuh pecahan utama
dalam mazhab Khawarij:

al-Mahkamah al-Oolaa;
al-Azaariqah (Azraqī);
an-Najdaat ;
ath-Thu'aalabah;
al-'Ajaaridah;
al-Abaadhiyyah ( Ibādī );
as-Safriyyah

Pecahan kecil lain dalam mazhab ini adalah:

al-Ibaathiyyah;
ash-Shamraakhiyyah;
as-Salaydiyyah;
as-Sirriyyah;
al-'Azriyyah;
al-'Ajradiyyah;
ash-Shakkiyyah;
al-Fadhaliyyah;
al-Bayhasiyyah;
al-'Atwiyyah;
al-Fadeekiyyah;
al-Ja'diyyah;
ash-Shaybiyyah;
al-Haruriyah;
al-Khamariyyah;
ash-Sharaah.
 
Antara tokoh-tokoh utama Khawarij adalah:

'Abdullah bin Wahhab ar-Rasyidi
Urwah bin Hudair
Mustarid bin Sa'ad
Hausarah al-Asadi
Quraib bin Maruah
Nafi' bin al-Azraq
'Abdullah bin Basyir

AJARAN UTAMA

Secara umum, ajaran utama golongan
Khawarij adalah:

1. Kaum muslimin yang melakukan
dosa besar adalah kafir
(bertentangan dengan pendapat
Imam Hasan al-Basri dan golongan
Muktazilah).

2. Kaum muslimin yang terlibat dalam
perang Jamal, yakni perang antara
Aisyah, Thalhah, dan Zubair
melawan Ali ibn Abi Thalib dan
orang perantara (termasuk yang
menerima dan membenarkannya)
adalah kafir.

3. Khalifah harus dipilih rakyat serta
tidak harus dari keturunan Nabi
Muhammad SAW dan tidak mesti
keturunan Quraisy. Jadi, seorang
muslim dari golongan manapun
boleh menjadi khalifah jika mampu
memimpin dengan baik.
Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini
dipanggil takfir . Mengikut tafsiran
konvensional, hukum bagi mereka yang
menjadi kafir ( murtad) adalah bunuh. Melalui
tafsiran inilah golongan Khawarij
menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk
dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat
kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna
pakai hukum takfir untuk membunuh mereka
yang tidak berdosa termasuk orang Islam.
 
terdapat juga hadis yg mengaitkan mereka2 ini ...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul
di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri
dari orang-orang muda yang masih mentah
fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka
banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah
(firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman
mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka
telah keluar agama seperti anak panah yang
lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu
dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka
itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak
akan mendapat pahala di hari kiamat.” -

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
ibadah mereka kalau dibanding ibadah kita...jauh berbeza . mereka yg selalu mengimarahkan masjid2 ..
tidak putus2 bersujud kpd Allah swt..

puasa mereka juga tidaklah hanya di bulan ramadhan sahaja..malah puasa sunat setiap bulan turut dikerjakan.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis
Nombor 2279.

Dari Qatadah dari Mu'aadzah
Al-'Adawiyah katanya: "Pada suatu
hari, ada seorang wanita bertanya
pada Aisyah: "Apakah seorang wanita
yang haid diharuskan mengqadha'
solatnya jika dia telah suci?" Kata
Aisyah: "Apakah engkau termasuk
kelompok Khawarij?", dimasa
Rasulullah saw jika kami telah bersuci
dari haid, maka kami hanya diperintah
untuk mengqadha' puasa kami tetapi
tidak diperintah untuk mengqadha'
solat kami."

mereka sering digelar Haruriyyah ,orang muda ..

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1.
Hadis Nombor 0169.
Mewartakan kepada kami Abu Bakar
bin Abu Syaibah, mewartakan kepada
kami Yazid bin Harun, memberitakan
kepada kami Muhammad bin Amr,
dari Abu Salamah, dia berkata : Saya
bertanya kepada Abu Said Al-
Khudriy: "Apakah kamu mendengar
Rasulullah SAW. menyebutkan
sesuatu perihal kelompok
Haruriyah?" Dia menjawab: Saya
mendengar beliau menyebutkan
sekelompok kaum yang tekun
beribadah: "Salah satu di antara
kamu sekalian terbilang sedikit
solatnya dibanding solat mereka,
puasanya dibanding puasa mereka.
Mereka keluar dari agama seperti
keluarnya anak panah yang
mengenai buruannya.
 
Tempat kaum Khawarij berasal. Nabi menunjuk
ke arah Timur:

Hadis riwayat Sahal bin Hunaif ra.:
Dari Yusair bin Amru, ia berkata: Saya berkata
kepada Sahal: Apakah engkau pernah
mendengar Nabi saw. menyebut-nyebut
Khawarij? Sahal menjawab: Aku mendengarnya,
ia menunjuk dengan tangannya ke arah Timur,
mereka adalah kaum yang membaca Alquran
dengan lisan mereka, tetapi tidak melampaui
tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama
secepat anak panah melesat dari busurnya.
(Shahih Muslim No.1776)

Saat mengatakan itu, Nabi saw berada di Madinah,
Hijaz. Ada pun di timur Madinah/Hijaz adalah
Najd, tempat lahirnya Muhammad bin Abdul
Wahhab:

najd11.jpg


walau bagaimanapun tidaklah dituju semata-mata kpd muhamad bin abdul wahab... ini kerana iraq juga di bahagian timur.. IS dan Syiah juga berpegang pada takfiri (mengkafir sesama muslim)
 
“Mencela sesama muslim adalah kefasikan(derhaka) dan membunuhnya adalah kekufuran(kafir)”

(Bukhari no.46,48, muslim no. .64,97, Tirmidzi
no.1906,2558, Nasa’I no.4036, 4037, Ibnu Majah
no.68, Ahmad no.3465,3708)
 
Dari Abu Zar r.a. bahwasanya ia mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang
memanggil orang lain dengan sebutan kekafiran
atau berkata bahwa orang itu musuh Allah,
padahal yang dikatakan sedemikian itu
sebenarnya tidak, melainkan kekafiran itu
kembalilah pada dirinya sendiri.”

(Muttafaq ‘alaih)
 
.....penjelasan yg bagus buat masyarakat awam yg macam saya ni.....
 
Back
Top
Log in Register