BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Dr Mohamed Mursi?

Modz

Active Member
Messages
1,125
Joined
Nov 1, 2012
Messages
1,125
Reaction score
31
Points
30
image.jpg


MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Sumber? Sinar Harian bro.. tabik kat sinar harian.. Media lain macam [STRIKE]anti islam[/STRIKE] plak..

http://www.sinarharian.com.my/global/siapa-dr-mohamed-mursi-1.179064
 
Aku rasa ... orang SYIAH kat arab dah start MEROYAN balik kat sana .. huhuhu

kat CG lama dah ... hehehe
 
Aku rasa ... orang SYIAH kat arab dah start MEROYAN balik kat sana .. huhuhu

kat CG lama dah ... hehehe

puak mazhab syiah yg pecahan mana 1?
syiah muahahaha
syiah meowmeow
syiah maumaumau

pasal syiah kat Malaysia ni bila kantoi berdebat.
terus dia tolak fahaman ulamak syiah dia sendiri. lepas tu keluarkan fahaman sendiri pulak
 
Bagus sinar harian....paper laen xleh pakai....termasuk media prima...sume copy bulat2 dr CNN...
 
bnyk kali rupanya dia kene tahan...hebat dugaan dia....selagi berjuang di jalan Allah...Allah akan permudahkan..
 
den pun x tau ape bende rakyat Mesir nak?

hari tu gembira sakan kerana Mursyi ni dikatakan berjiwa rakyat dan istiqamah serta tegas dalam undang2 Islam

la ni Presiden Syria pula bertepuk tangan (PUAS HATI) kerana kejatuhan di Mesir...

herm....
 
Back
Top
Log in Register