BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shopee PayLater

yep tu je cara nak jimat free shipping yg lambat expired tu.. beli sekali harung..

yg claim hari2 free shipping checkout kol 12pm tu extra.. sape cepat dia dapat la..

Hahaha yang tu berebut orang. Baru nak check out dah x boleh guna. Fully redeem šŸ˜… yg x payah berebut Friday voucher tu jam 12-2pm.kan
 
la yeke..aku ingat kena sekali beli 1 voucher..jem

pasni boleh ikut tips ni la..check out sekali harung yg mana kedai ada support free shipping

tertinggal bas da..haha

Penuh lah troli bro lepas ni ā˜ŗļø
 
Hahaha yang tu berebut orang. Baru nak check out dah x boleh guna. Fully redeem šŸ˜… yg x payah berebut Friday voucher tu jam 12-2pm.kan
eh yg 2jam tu ari2 ada jang.. kalo 30%cashback plak.. tiap2 tgh malam jam 12 baru bole claim..

kalo freeshiping kene claim sehari awal, siang dah boleh claim.. makna claim arini, utk guna esok tgh ari yg 2 jam tu
 
Ada brapa kali try yg harian punya voucher.. claim awal. Bila sampai time dia x dpt guna 😩 100% redeem.

X paham aku.. aku checkout contoh jam 12.10 .. x pernah lepas. Kalau jumaat tu ja yg lepas. Hari lain x pernah berjaya

Utk masalah voucher ni jg.. kalau asing² beli aku install shopee dgn mak dgn anak2 buah yg masih sekolah šŸ˜‚ dorang x menyoppee jadi leh guna voucher tu utk memudahkan aku 😁

Kalau ada trik² lain share ah bro
 
12.10 mmg lambat sgt dah tu.. kene 12.00 tepat2, 11.59 dh standby haha.. alhamdulillah den byk kali gak la berjaya.. dan byk kali gok gagal.. anggap jela rezeki org lain plop hihi..

mmg boleh guna voucher dari akaun lain, cumanya coin nnt bersepah la kat akaun2 lain tu.. tu sbb den ado satu je akaun, kumpul coin, sampai masa redeem, terutama kat brg2 mahai.. byk skit leh redeem, sedap mata memandang gitu :LOL:
 
Haha.. susah bro kalau jenis x pantas ni 🤣 tak nak dah berebut. Kdg standby dah nak check out.. eehh voucher x valid dah🤣

Redeem cashback tu x silap limit rm30 sehari kan. Beli brg mahal sedap lah kumpul cashback dan redeem. Kdg kalau urgent nak beli brg itu ini tu yg tpksa guna akaun org lainšŸ˜…
 
Ustaz Lariba

17 Januari jam 8:00 PTG Ā·
SHOPEE PAY LATER

Ramai yang bertanya kepada kami berkenaan sistem baru yang diperkenalkan Shopee iatu Shopee Pay Later atau ringkasannya SPayLater.

SPayLater ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli2 yang layak. Pembeli yang layak boleh memilih bayaran ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan.

Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.

Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd (SeaMoney) untuk menjalankan operasi pembayaran ansuran Shopee.
Berikut adalah ringkasan bagaimana SeaMoney menjalankan operasi SPayLater:

1. Pembeli (buyer) beli barang yang ditawarkan penjual (seller) seperti biasa di Shopee dan memilih untuk bayaran ansuran.

2. SeaMoney akan membeli dan penjual akan menjual dan/atau menyerahkan semua jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian (purchase agreement) kepada SeaMoney, dan penjual akan menerima jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian tersebut.

3. Pembeli akan membayar secara ansuran kepada SeaMoney.
Berikut adalah isu-isu syarak yang timbul dari aturan ini:

- Hak-milik barang yang dibeli oleh pembeli tidak berpindah kepada Shopee untuk menjadikan akad jual-beli ansuran dengan bayaran tambahan ini sah di sisi syarak (bay taqsith).

- Shopee dan/atau SeaMoney hanya bertindak sebagai pembiaya/pemiutang (financer) dalam sistem ini (seperti perbankan konvensional atau Aeon Credit)

- Shopee dan/atau SeaMoney hanya mengambil-alih hutang (bay al dayn) antara pembeli dengan penjual.

- Shopee dan/atau Seamoney mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1.25% sebulan.

- Shopee dan/atau Semoney mengenakan caj/denda lewat sebanyak 1.5% sebulan.

Pendapat kami, ini adalah sah terlibat RIBA.

Oleh itu, kami nasihatkan agar kita semua ELAKKANLAH terlibat dengan skim bayaran ansuran Shopee SPayLater sebab terlibat RIBA.

Namun, pembelian biasa dengan Shopee secara tunai dan tidak melibatkan bayaran ansuran adalah harus.

Rujukan SPayLater Terms of Service https://shopee.com.my/docs/6977

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.

Wallahu’alam.
Insya Allah…
Kredit kepada Ustaz Ashraf Latif dan Ustaz Azmir Ahmad.

Suka
Anda dan 4.8K yang lain
 
Back
Top
Log in Register