dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Penyanyi dan pelakon Shajiry bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini bersama bakal isteri, Yusnita Yusof yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya.
Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery dan Yusnita yang bertunang pada 9 Mac lalu bakal diijabkabulkan pada 1 Jun ini, disusuli majlis resepsi pada 8 Jun di Ipoh, Perak.
"Alhamdulillah segala persiapan untuk majlis perkahwinan yang sudah dirancang sejak awal tahun semuanya sudah selesai dan sekarang ini hanya menunggu tarikh berlangsung sahaja," katanya.
Ditanya apakah yang membuatkan Yusnita istimewa di matanya, Shajiry memberitahu, sifat keibuan yang ada pada bakal isterinya itu membuatkan dirinya tertarik.
"Dia (Yusnita) seorang wanita yang lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan dalam dirinya. Ia membuatkan saya tertarik untuk menyuntingnya sebagai isteri saya yang sah.
"Lagipun dia juga banyak memberi perangsang dan menjadi tulang belakang dalam setiap perkara yang saya lakukan baik dalam bidang seni ini mahupun perniagaan yang saya ceburi," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shajiry bakal muncul dengan dua buah lagu single terbaru berjudul "Hati Lelaki" dan "Lupakan" yang dijangka diriliskan pada penghujung tahun ini.