BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fattah Amin, Amira Othman nikah Ahad ini

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
FATTAH-AMIRA-NIKAH.jpeg

FATTAH dan Amira akan bernikah Ahad ini.

Fattah Amin, Amira Othman nikah Ahad ini" KUALA LUMPUR – Suasana pelancaran lagu duet Amira dan Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir bertukar gempita apabila pelakon, Fattah Amin hadir membuat kejutan dengan muncul di pentas, sekali gus mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hadir dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan Haris mendendangkan lagu berkenaan, sebelum menyambung bait terakhir lagu itu dengan penuh emosi.

Lebih istimewa, pada penghujung persembahan, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbol penyerahan tanggungjawab seorang lelaki sebelum disampaikan kepada Amira, tanda restu sahabat baik terhadap perhubungan itu.

Acara penuh emosi itu turut disaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan ibu, Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan penonton. Sorakan gemuruh hadirin mengiringi detik lamaran tersebut yang begitu mengejutkan ramai.

Difahamkan, pasangan berkenaan memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari pernikahan, bertepatan dengan ulang tahun kelahiran bintang drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan khabar angin kononnya Fattah bakal menamatkan zaman dudanya selepas seorang pengguna Threads, Kimchikims_, mendedahkan maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Alahai Fattah, sweet sangat kan dia buat sikit2 gimik dekat pentas. Tapi betul ke ni last ke atau ada surprise lain? Tengok IG dia steady je, kita tunggu je la update next, syok2! 🙃✨

 
Back
Top
Log in Register