haudli
CG Top Poster Club

- Messages
- 47,323
Paid Membership
- Joined
- Jul 15, 2009
- Messages
- 47,323
- Reaction score
- 452
- Points
- 136
6:38PM Sep 26 2013
Perwakilan Wanita Umno akan menyokong mana-mana enam calon naib presiden Umno yang telah membantu dan berusaha dalam memartabatkan peranan wanita dalam Umno, kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Untuk itu, Shahrizat yang mempertahan jawatan ketua Wanita Umno mengucapkan terima kasih kepada penyandang Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas tindakannya 'mengarusperdanakan' suara wanita dalam parti.
"Ketika beliau menjadi pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan parti, saya meminta beliau mengambil kira usaha mengarusperdanakan Wanita Umno dalam pindaan perlembagaan. (Datuk) Hishammuddin mengambil kira (pandangan Wanita Umno)."
"Kami ucapkan terima kasih kepada Hisham, dan kami akan mengambil kira perkara ini ketika menentukan siapa (naib presiden) yang kami akan sokong," katanya kepada pemberita di Dataran Tasik di Kluang hari ini.
Shahrizat berkata demikian di majlis perhimpunan bersama perwakilan Wanita Umno Johor yang turut dihadiri penyandang Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beberapa pemimpin parti yang bertanding jawatan Exco Wanita dan Majlis Tertinggi Umno.
Selain Hishammuddin, penyandang jawatan naib presiden yang akan mempertahan jawatan mereka ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ketiga-tiga penyandang naib presiden Umno itu akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Menurut Shahrizat, hasil daripada usaha bersama antara Wanita Umno dan Hishammuddin, sebanyak 18,500 ketua-ketua wanita cawangan dilantik secara automatik sebagai perwakilan di peringkat bahagian.
Pada ketika ini katanya terdapat, kira-kira 105,985 anggota perwakilan Wanita Umno di seluruh negara termasuk 10,800 di negeri Johor.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana mendengar suara wanita," katanya dan meminta, anggota perwakilan Wanita supaya menggunakan amanah yang diberikan itu sebaiknya.
Sementara itu Hishammuddin yang turut berada dalam sidang media itu, berkata beliau,Shahrizat dan dua penyandang naib presiden yang lain telah melalui pelbagai dugaan dan ujian semasa menyandang jawatan masing-masing.
Disebabkan itulah, secara realitinya mereka selesa untuk bekerjasama, walaupun ada pihak di luar melihatnya sebagai satu pakatan.
Menteri pertahanan itu juga meminta calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah untuk bertanding sehingga merosakkan institusi yang telah dibina selama ini.
- Bernama