BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shafie Apdal pula keluar Umno

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.

Beliau yang juga adalah ahli parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.

Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian Umno selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang Umno, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam Umno," katanya.

MT juga sebulat suara memutuskan timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti.

Berikutan keputusan itu, pada 27 Jun lalu, naib ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan.

Julai tahun lalu, Shafie dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.


https://twitter.com/mohdshafieapdal

http://www.malaysiakini.com/news/347623
 
lepas ini boleh buat parti baru macam mat sabun.
 
Terima kasih Datuk.

Jasamu dikenang UMNO.

Hep hep Horeey.
 
cepat2.. ckit rosak umno, baru Malaysia boleh transform
 
Mengalah jugak akhirnya.
Dalam sejarah, mana ada individu yang boleh tentang UMNO.
 
Bagus jugak klu shafie apdal dan geng2 yg dilucutkan ahli umno tu letak jawatan mp masing2.. Buat prk lagi.. Boleh la kita tgk diorg ni ada aura di tempt masing2 atau umno yg ada aura di sana
 
jrg dengar isu2 panas berkaitan dia... tp dia angkat kaki dulu...

yg byk dgr isu dan masaalah still menten n steady...
 
Apa ada hal pak herman tino dh ganti masuk umno balik:D
 
Back
Top
Log in Register